User manual
152
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh menghantar secara berkelompok imej yang ditangkap hari ini ke telefon.
Walau bagaimanapun, imej yang dihantar dengan fungsi ini (Hantar Imej Baharu)
tidak dihantar semula.
1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “p PLAY MENU”
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hantar ke telefon” dan kemudian
tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hantar Imej Baharu” dan
kemudian tekan [SET].
5. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar fail ke telefon pintar. Sambungan antara kamera dengan telefon
pintar akan diputuskan secara automatik selepas operasi hantar selesai.
• Jika mesej “Sambungkan telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 145).
• Jika anda mempunyai bilangan imej yang banyak untuk dihantar, operasi hantar
akan berhenti secara automatik selepas 100 imej dihantar. Anda perlu mengulangi
operasi di atas beberapa kali mengikut keperluan untuk menghantar semua imej.
• Anda boleh tetapkan saiz syot kilat yang dihantar ke telefon pintar menggunakan
“Saiz sml sblm hntr” (halaman 153).
• Opsyen untuk menghantar imej ke perkhidmatan rangkaian sosial (halaman 153)
dinyahdayakan apabila menghantar imej menggunakan fungsi ini.
• Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
– iPhone: Camera Roll
– Terminal Android: Gallery atau aplikasi pelayar foto lain
• Prosedur ini tidak boleh digunakan untuk menghantar filem.
• Menghantar imej kumpulan menggunakan prosedur ini menyebabkan imej-imej
tersebut tidak berada dalam kumpulan.
Menghantarkan Semua Imej Yang Dirakam pada Hari Semasa
ke Telefon Pintar (Hantar Imej Baharu)