User manual

187
Lampiran
Apabila menggunakan fungsi wayarles kamera, jauhkannya dari
individu yang memakai perentak jantung. Kemagnetan yang terhasil
daripada kamera mungkin menjejaskan perentak jantung dan peranti
perubatan lain. Sekiranya anda perasan sebarang ketaknormalan, serta-merta
jauhkan dari produk dan hubungi doktor.
Di dalam tren yang sesak atau lokasi sesak yang lain di mana terdapat
kemungkinan anda berada dalam kawasan yang berdekatan dengan
orang yang memakai perentak jantung, berhenti menggunakan fungsi
wayarles (Tangkapan Jauh, pindahan imej, melihat imej secara wayarles, dsb)
kamera ini, atau matikan kamera. Gangguan radio yang terhasil kerana fungsi
wayarles kamera mungkin menjejaskan operasi perentak jantung.
*
AWAS
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan
seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan
jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat
demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di
sekelilingnya menjadi panas.
Jangan gunakan detergen apabila membersihkan kord kuasa, penyesuai
USB-AC, atau kabel USB (terutamanya palam dan bicu).
Masukkan palam kuasa ke dalam outlet dinding setakat yang boleh.
Cabut palam kuasa daripada outlet dinding sebelum meninggalkan
kamera tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama, seperti apabila
pergi melancong, dsb.
Sekurang-kurangnya setahun sekali, gunakan kain atau pembersih
hampagas untuk membersihkan sebarang habuk yang terkumpul pada
hujung palam kuasa dan dalam kawasan di sekitarnya.
(Kord kuasa disertakan bersama kamera anda) Apabila menanggalkannya
dari punca kuasa dinding, jangan tarik pada kord kuasa. Pegang palam kuasa
dan tarik.
*
AMARAN
+
+
-
+