MS Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Aksesori Semasa anda membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-160) Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kord kuasa* Untuk memasang tali pada kamera Pasang tali di sini. Kabel USB Mikro Tali Rujukan Asas * Bentuk palam kord kuasa berbeza mengikut negara atau kawasan geografi di mana kamera dijual.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3 Panduan Umum 10 Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya 11 Asas Mula Pantas 15 Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda . . . . . . . . . . . . . 15 Menyengetkan Skrin Monitor . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Merakam Letusan Imej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (CS) . . 56 Merakam dengan CS Berkelajuan Tinggi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 56 Merakam dengan CS Prarakam . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 58 Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto . . . . . . . (AF CS) . . . 60 Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Tetapan Lanjutan (REC MENU) 96 Mengkonfigurasikan Tetapan Rakaman . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 96 Merakam Letusan Imej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (CS) . . 97 Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar . . . . . . . . . . . (Mod Wayarles) . . 97 Mencetuskan Operasi Pemasa kendiri dengan Gerakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Pengatup Gerakan) . . 98 Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan . .
Melihat Syot kilat dan Filem 118 Melihat Syot Kilat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Filem . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Imej Panorama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Imej Pengatup Berterusan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar (Sambungan Wayarles) 143 Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 143 Menggunakan Mod Wayarles . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 145 Bersedia untuk Mewujudkan Sambungan antara Telefon Pintar dan Kamera Anda. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 147 Memasang Aplikasi EXILIM Connect pada Telefon Pintar Anda . . . . . . . . . . .
Tetapan Lain (SETTING) 174 Mendayakan Penjimatan Kuasa . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(Mod EKO) . Melaras Kecerahan Skrin Monitor . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Skrin) . Mengkonfigurasi Tetapan Bunyi Kamera . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Bunyi) . Mencipta Folder Simpanan Imej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(Cipta Folder) . Pengecapan Masa Syot Kilat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Cap Masa) .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item.
Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya Skrin monitor menggunakan pelbagai penunjuk, ikon dan nilai untuk memastikan anda mengetahui status kamera. • Contoh skrin pada bahagian ini bertujuan menunjukkan anda lokasi semua penunjuk dan rajah yang mungkin muncul pada skrin monitor dalam pelbagai mod. Ia tidak mewakili skrin yang sebenarnya muncul pada kamera. .
. Rakaman Syot Kilat (Tangkapan Letus) 1 Kelajuan Pengatup Berterusan (CS) 234 8 7 (halaman 56) 5 Mod rakaman (halaman 31) Baki kapasiti memori syot kilat (halaman 218) Masa CS dibenarkan*/bilangan imej CS (halaman 56) * Ia tidak dipaparkan semasa merakam dengan CS Prarakam. Baki kapasiti memori filem (halaman 219) Mod Pengatup Berterusan (halaman 56) Syot CS prarakam (halaman 58) Syot CS maksimum (halaman 56) 6 .
. Melihat Syot Kilat 123 4 cl ck bt bs br bq bp bobn bmbl bk Jenis fail Penunjuk lindung (halaman 138) Saiz imej syot kilat (halaman 107) Nama folder/nama fail (halaman 171) Kualiti imej syot kilat (halaman 109) Mod rakaman (halaman 31) Histogram (halaman 115) 5 Fungsi butang pengatup hadapan 6 (halaman 128) Status komunikasi Bluetooth (halaman 146)/ 7 Mod pesawat (halaman 153) 8 Tarikh/masa (halaman 180) 9 Hantaran Auto (halaman 154) Status komunikasi LAN Wayarles (halaman 146)
. Mengkonfigurasi Tetapan Skrin Monitor Setiap tekanan [8] (DISP) akan berpusing melalui tetapan paparan yang memaparkan atau menyembunyikan maklumat di skrin. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berasingan untuk mod RKM dan mod MAIN. [8] (DISP) Mod RKM Maklumat hidup Memaparkan maklumat tetapan. Maklumat mati Menyembunyikan maklumat tetapan. Mod MAIN Maklumat hidup Memaparkan tetapan apabila menangkap, tarikh dan masa semasa, histogram (halaman 115), dan maklumat lain.
Asas Mula Pantas Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut. Sambungan Wayarles Ubah telefon pintar anda menjadi alat kawalan jauh kamera yang membolehkan anda menghantar imej yang dirakam dengan kamera anda ke telefon pintar anda. *Lihat halaman 143 untuk maklumat lanjut.
Kelompok Mekap (Mekap BKT) Kelompok Mekap (Mekap BKT) membolehkan anda merakam imej yang sama dalam tiga versi dengan menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan Tona Kulit yang berbeza. *Lihat halaman 82 untuk maklumat lanjut. Art Shot Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik. *Lihat halaman 64 untuk maklumat lanjut.
Menyengetkan Skrin Monitor Skrin monitor boleh disengetkan ke atas sehingga 180 darjah. . Menyengetkan Skrin Monitor Seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi, anda boleh menyengetkan skrin monitor dengan membukanya dari bawah. . Mengembalikan Skrin Monitor ke Kedudukan Normalnya Anda boleh kembalikan skrin monitor pada kedudukan normal dengan memegang bahagian bawah skrin monitor dan memutarnya.
. Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera... Menangkap potret sendiri Anda boleh mengatur kedudukan skrin monitor agar ia menghadap arah yang sama dengan kanta, agar mudah untuk menangkap potret sendiri. Anda juga boleh gunakan kaki di belakang kamera bagi memastikan kamera berdiri tegak apabila diletakkan di atas meja atau permukaan lain. Tangkapan sudut rendah Tangkapan sudut tinggi Sudut senget skrin monitor boleh dilaraskan bagi setiap gubahan imej dari pelbagai sudut rendah.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-160) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Untuk memasang bateri 1. Buka penutup bateri. Penutup bateri 2. Muatkan bateri.
Untuk menggantikan bateri 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. 2. Keluarkan bateri lama dan pasang bateri baharu. 3. Tutup penutup bateri. Penahan • Lampu belakang (halaman 10) akan bernyala hijau buat seketika selepas anda menekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Jangan buka penutup bateri semasa lampu belakang berkelip hijau. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan data dalam memori kamera.
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan dan/atau suhu persekitaran boleh menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu belakang berkelip merah. Jika ini berlaku, rujuk halaman 204. • Pastikan anda masukkan penyambung kabel ke dalam port [USB] sehingga anda rasa ia klik dengan selamat di tempatnya. Kegagalan memasukkan penyambung sepenuhnya boleh menyebabkan komunikasi yang lemah atau kerosakan.
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer Sambungan USB membolehkan anda mengecas bateri ketika ia dimuatkan dalam kamera. Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah (, ). Port [USB] Komputer (kuasa dihidupkan) Port USB USB 2 1 Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tanda u penyambung kecil (USB mikro) menghadap bahagian skrin monitor kamera.
Operasi Lampu Belakang Lampu belakang Status Lampu Penerangan Menyala Merah, (Menyala/Berkelip Ambar) Mengecas Berkelip Merah Suhu sekeliling tak normal, pengecasan mengambil masa yang sangat lama atau masalah bateri (halaman 204) Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai • Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
Memeriksa Baki Kuasa Bateri Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan baki kuasa seperti ditunjukkan di bawah. Baki Kuasa Tinggi Warna Penunjuk Rendah * Penunjuk Bateri Putih * Putih * * * Merah * Merah menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin. Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera. • Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda bertukar antara mod RKM dengan mod MAIN.
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda Menghidupkan Kamera Kali pertama anda memuatkan bateri ke dalam kamera, skrin akan muncul untuk mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah dirakam bersama imej. • Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong pemilihan bahasa paparan. 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera. 2.
• Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa musim panas, maka ia tertakluk pada perubahan. • Mengeluarkan bateri daripada kamera terlalu cepat selepas mengkonfigurasi tetapan masa dan tarikh buat kali pertama boleh menyebabkan tetapan ditetapkan semula kepada lalai kilangnya. Jangan keluarkan bateri untuk sekurang-kurangnya 24 jam setelah mengkonfigurasi tetapan.
Untuk memuat kad memori 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. 2. Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian depannya mengadap ke atas (ke arah sisi lensa kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Depan Depan 3. Belakang Tutup penutup bateri. • Jangan masukkan sebarang benda selain kad memori yang disokong (halaman 26) ke dalam slot kad memori.
Untuk menggantikan kad memori Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan kemudian masukkan yang lain. • Matikan kamera sebelum menggantikan kad memori. • Lampu belakang (halaman 10) akan bernyala hijau buat seketika selepas anda menekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Jangan keluarkan kad memori semasa lampu belakang berkelip hijau.
Menghidupkan dan Mematikan Kamera . Untuk menghidupkan kuasa Menekan [ON/OFF] (Kuasa) memasuki mod RKM [ON/OFF] (Kuasa) supaya anda boleh merakam imej. Menekan [p] (MAIN) semasa dalam mod RKM memasuki Butang pengatup mod MAIN, yang anda boleh gunakan untuk melihat syot kilat dan filem (halaman 35, 118). • Anda juga boleh hidupkan kamera dengan menekan [p] (MAIN). • Menekan butang pengatup semasa dalam mod Lampu belakang MAIN akan mengembalikan anda ke mod RKM.
Memegang Kamera Dengan Betul Imej anda akan kabur jika anda Melintang Menegak menggerakkan kamera semasa anda menekan butang pengatup. Semasa menekan butang pengatup, pastikan kamera dipegang seperti ditunjukkan dalam ilustrasi, dan kekalkan kedudukannya dengan merapatkan lengan anda ke sisi badan semasa anda Pegang kamera supaya denyar berada di atas menangkap. kanta.
Untuk menangkap syot kilat Memilih Mod Rakaman Auto Anda boleh pilih satu daripada dua mod rakaman (Auto Program atau PRO Auto Premium) bergantung pada keperluan pengimejan digital anda. Tetapan Paparan Ikon Skrin RKM P Auto Program Ÿ PRO Auto Premium 1. Penerangan Ini adalah mod rakaman Auto standard. Dengan rakaman PRO Auto Premium, kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain.
Untuk menangkap syot kilat 1. Halakan kamera pada subjek. • Jika anda menggunakan PRO Auto Premium, teks akan muncul di bahagian bawah skrin monitor menerangkan jenis tangkapan yang dikesan oleh kamera. • Anda boleh mengezum imej, jika anda mahu. Muncul apabila kamera mengesan ia pegun di atas tripod. Pengawal zum w Sudut Lebar z Telefoto Jika kamera menilai bahawa rakaman CS diperlukan apabila merakam dengan PRO Auto Premium, ia akan bertukar kepada pemandangan HS dan “Š” akan muncul di skrin monitor.
3. Sambil memastikan kamera tidak bergerak, tekan butang pengatup sepenuhnya. Tekan penuh Ini akan merakam syot kilat. Tangkap (Imej dirakamkan.) Membuat Rakaman Filem [0] (Filem) Tekan [0] (Filem) untuk memulakan rakaman filem. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman filem. Lihat halaman berikut untuk butiran. Filem standard (filem STD): halaman 69 Filem berdefinisi tinggi (filem FHD): halaman 72 Filem berkelajuan tinggi (filem HS): halaman 72 . Jika imej tidak berada dalam fokus...
. Merakam dengan PRO Auto Premium • Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang digunakan (halaman 96). Hanya item menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu semasa PRO Auto Premium sedang digunakan. • Selain kelajuan pengatup, bukaan dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO Auto Premium.
Melihat Syot Kilat Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera. • Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 118. • Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan (CS), lihat halaman 120. 1. Hidupkan kuasa kamera dan tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN. • Ini akan memaparkan satu daripada syot kilat yang disimpan dalam memori. • Maklumat mengenai syot kilat yang [p] (MAIN) dipaparkan turut disertakan (halaman 13).
Memadam Syot Kilat dan Filem Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej. • Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal. • Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan (CS), lihat halaman 121.
4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda selesai memilih fail, tekan [MENU]. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET]. • Ini memadam fail yang anda pilih. • Untuk membatalkan operasi pemadaman, pilih “Tidak” dalam langkah 5 dan tekan [SET]. . Untuk memadam semua fail 1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan kemudian tekan [2] ( ). 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Semua Fail” dan kemudian tekan [SET]. 3.
• Proses pengurangan hingar dilakukan apabila kepekaan ISO ditetapkan pada nilai tinggi. Ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama untuk merakam imej seterusnya selepas anda menekan butang pengatup. Jangan lakukan sebarang operasi kekunci lain semasa operasi merakam imej sedang dilakukan. • Oleh sebab ciri elemen pengimejan yang digunakan kamera, objek yang bergerak laju dalam imej mungkin kelihatan terherot. . Pembatasan Fokus Auto • Satu daripada berikut boleh memustahilkan fokus yang tepat.
Tutorial Syot Kilat Memilih Mod Rakaman Kamera anda mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan. Sebelum merakam imej, pilih mod rakaman yang sesuai dengan jenis imej yang anda cuba rakamkan. 1. Dalam mod RKM, tekan [MODE]. 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih mod rakaman yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET].
Menggunakan Panel Kawalan Panel Kawalan boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kamera. 1. [8] [2] [4] [6] Dalam mod RKM, tekan [SET]. [SET] • Anda juga boleh memaparkan Panel Kawalan dengan menekan [2]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan yang anda mahu ubah, dan gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahukan. Ini akan memilih satu daripada ikon Panel Kawalan dan memaparkan tetapannya.
Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa Kendiri) Dengan Pemasa Kendiri, menekan butang pengatup memulakan pemasa. Pengatup dilepaskan dan imej ditangkap selepas tempoh masa yang ditetapkan. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Pemasa kendiri). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
• Pemasa Sendiri tidak boleh digunakan bersama ciri berikut. CS Kelajuan Tinggi dengan CS Prarakam, Prarakam (Filem), Panorama Slaid, Syot Lebar, Syot Tigaan • Pemasa Kendiri Tigaan tidak boleh digunakan bersama ciri berikut.
Tetapan · WB Manual Paparan Ikon Skrin RKM Penerangan Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya sesuai dengan sumber lampu tertentu Pilih “WB Manual”. Kertas putih kosong Di bawah keadaan pencahayaan yang anda bercadang gunakan semasa penggambaran, halakan kamera pada sekeping kertas putih kosong supaya ia memenuhi seluruh skrin monitor dan kemudian tekan butang pengatup. Tekan [SET]. Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun anda mematikan kamera.
Memilih Mod Fokus (Fokus) • Auto Fokus ialah satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa Mekap (halaman 47) atau Pengecaman Muka (halaman 104) didayakan. Untuk memilih mod fokus lain, mula-mula matikan Mekap dan Pengecaman Muka. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Fokus). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
2. Melihat imej pada skrin monitor menggunakan [4] (lebih dekat) dan [6] (lebih jauh) untuk melaras fokus. • Pada masa ini imej yang berada dalam sempadan akan membesar dan memenuhi skrin monitor, yang membantu pemfokusan. Jika anda tidak melakukan apa-apa operasi selama dua saat semasa imej yang membesar itu dipaparkan, skrin dalam langkah 1 akan muncul semula. • Ciri Auto Makro mengesan jarak subjek dari lensa dan secara automatik memilih Fokus Makro atau Auto Fokus mengikut kesesuaian.
Menentukan Kepekaan ISO (ISO) Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Kepekaan ISO). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Tetapan Auto ISO80 Paparan Ikon Skrin RKM Tiada Penerangan Laras pemekaan secara automatik mengikut keadaan.
Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. Mekap boleh digunakan dengan mod rakaman yang disenaraikan di bawah. • Auto Program • PRO Auto Premium • Beberapa pemandangan BEST SHOT • Mekap BKT 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Tetapan Mekap) dan kemudian tekan [SET]. 3.
Memperbetulkan Kecerahan Imej (Pendedahan) Anda boleh melaraskan secara manual nilai pendedahan imej (EV) sebelum anda merakamnya. • Julat Keamatan Pendedahan: –2.0 EV hingga +2.0 EV • Unit: 1/3EV 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Pendedahan). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk melaraskan nilai pampasan pendedahan. [6]: Meningkatkan nilai pendedahan.
Menggunakan Denyar (Denyar) 1. Dalam mod RKM, tekan [2] ( ) sekali. 2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan denyar yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Tetapan > Denyar Auto 3. Denyar [2] ( ) Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Denyar nyala secara automatik mengikut keadaan pendedahan (jumlah cahaya dan kecerahan). ? Denyar Mati Denyar tidak nyala. < Denyar Hidup Denyar sentiasa nyala.
• Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas dengan cahaya denyar, menghasilkan sedikit asap dan bau yang tidak normal. Sungguhpun ini tidak menandakan berlaku kerosakan, minyak daripada jari anda dan bahan asing lain yang tertinggal pada tetingkap denyar boleh menjadi sukar untuk dibersihkan kemudian. Oleh sebab itu, anda perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk sentiasa mengelap bersih tetingkap menggunakan kain lembut yang kering.
Menentukan Mod Permeteran (Permeteran) Mod permeteran menentukan bahagian mana subjek yang dimeterkan untuk pendedahan. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Permeteran). 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
Menangkap Gambar dengan Zum Kamera anda dilengkapi dengan pelbagai jenis zum: zum optik, Zum HD, Zum SR Tunggal, Zum Berbilang SR, dan zum digital. Faktor zum maksimum bergantung pada tetapan saiz imej dan tetapan hidup/mati zum digital. Zum optik Pengezuman dilakukan dengan menukar jarak fokus kanta, oleh itu tiada kemerosotan kualiti imej. Zum HD Membenarkan keupayaan zum yang lebih hebat dengan memotong sebahagian daripada imej asal dan membesarkannya, tanpa menjejaskan kualiti imej.
Maklumat Skrin Monitor semasa Pengezuman Pelbagai maklumat ditunjukkan di skrin monitor semasa operasi zum sedang berjalan. . Ikon Mod Zum Mod zum Jarak fokus (Ditukar kepada format filem 35 mm.) Jarak Pemfokusan (Dipaparkan untuk Auto Fokus, Fokus Makro dan Fokus Manual.) Had kualiti imej (Kemerosotan bermula dari sini.) Bar zum Jadual di bawah menunjukkan apa yang muncul di skrin monitor berdasarkan pada mod zum.
. Mentafsir Bar Zum Semasa operasi zum, bar zum muncul pada skrin monitor menunjukkan tetapan zum semasa. Julat di mana kemerosotan imej dikurangkan. Julat imej merosot Sudur Lebar Telefoto Penunjuk zum (Menandakan zum semasa.) Titik batas zum optik Titik dari mana imej merosot • Lokasi titik ini bergantung pada saiz imej, tetapan “Zum (SR)”, dan sama ada Zum Berbilang SR didayakan atau tidak. .
Mengezum dengan Resolusi Super (Zum (SR)) Ada dua jenis Zum Resolusi Super: Zum SR Tunggal dan Zum Berbilang SR. Zum SR Tunggal menggunakan resolusi super bagi menambah julat zum dan kemerosokan kualiti imej diminimumkan. Zum Berbilang SR menangkap sesiri imej CS Berkualiti Tinggi, yang kemudiannya digabungkan menjadi satu imej yang membolehkan perakaman pada nisbah zum yang lebih tinggi tanpa kehilangan kualiti imej.
Meluaskan Julat Zum untuk Menangkap Syot Kilat yang Lebih Jelas (Zum Berbilang SR) Ciri ini menggunakan teknologi resolusi super dan berbilang imej Pengatup Berterusan (CS) bagi menambah julat zum untuk seluruh imej berkualiti lebih tinggi dan lebih jelas (halaman 55). 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Zum SR Berbilang” (halaman 80). 2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. • Zum Berbilang SR berkesan apabila anda mahu menangkap tekstur halus.
1. Pilih Auto Program sebagai mod rakaman (halaman 39). 2. Tekan [MENU]. 3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “CS” dan kemudian tekan [6]. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Kelajuan Tinggi CS” dan kemudian tekan [SET]. Ini akan menyebabkan ikon mod rakaman pada skrin menjadi Ú. 6. Tekan [SET]. 7. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Kelajuan Tinggi CS fps). 8.
Merakam dengan CS Prarakam Menekan separuh dan menahan butang pengatup menyebabkan penimbal prarakam terus dikemas kini dengan imej. Apabila butang pengatup ditekan sepenuhnya, kandungan penimbal akan dirakam bersama-sama sesiri imej masa sebenar. Gunakan CS Prarakam apabila anda mahu memastikan anda tidak terlepas aksi-aksi yang bergerak pantas.
10. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih bilangan syot maksimum. 11. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Prarakam Syot CS). 12. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun) dan kemudian tekan [SET]. • Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot • Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak disimpan apabila anda menekan separuh butang pengatup. 13. Tekan separuh dan tahan butang pengatup untuk memulakan prarakaman.
Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto (AF CS) AF CS merakam sehingga 30 imej CS sambil memfokus subjek. Ciri ini amat berguna apabila merakam kanak-kanak dan subjek lain yang bergerak laju. Kelajuan CS dilaraskan secara automatik mengikut keadaan rakaman dalam julat tiga hingga enam bingkai per saat. 1. Pilih Auto Program sebagai mod rakaman (halaman 39). 2. Tekan [MENU]. 3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 4.
Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan (Pengatup Gerakan) Dengan Pengatup Gerakan, kamera mencetuskan kiraan pemasa kendiri secara automatik apabila ia mengesan pergerakan di sekitar ikon di skrin monitor. Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya anda masuk dalam imej yang dirakam. 1. Pilih satu daripada mod rakaman yang berikut: Auto Program, PRO Auto Premium, Mekap (Pemandangan BEST SHOT), atau Seni Selfie. 2. Tekan [MENU]. 3.
• Selepas merakam syot kilat, kamera akan kembali kepada tunggu sedia. Manamana yang berikut akan membatalkan operasi Pengatup Gerakan. – Merakam 30 syot kilat Pengatup Gerakan – Menekan butang pengatup semasa tunggu sedia – Menyengetkan skrin monitor – Memutarkan kamera • Pengatup Gerakan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek jauh dari kamera.
Mengkonfigurasi Tetapan Pengatup Gerakan (Pengatup Gerakan) Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan tetapan Pengatup Gerakan. 1. Dalam mod RKM, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pengatup Gerakan” dan kemudian tekan [6]. 4. Konfigurasikan tetapan Pengatup Gerakan. Tetapan Penerangan Tetapan Gerakan Tentukan operasi pengaktifan Pengatup Gerakan.
Menangkap gambar dengan Kesan Artistik (Art Shot) Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik. Pemandangan Penerangan Seni HDR Menggunakan HDR (Julat Dinamik Tinggi, halaman 86) untuk menukar imej biasa kepada hasil karya seni. Kamera Mainan Pinggir gelap dan rona diubah membuat gambar nampak seperti ditangkap oleh kamera mainan. Fokus Lembut Pengaburan keseluruhan bagi kesan romantis dan lembut.
4. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan yang kelima dari atas. Keamatan kesan yang dipilih boleh dilaraskan seperti yang diterangkan di bawah.
• Bergantung pada pemandangan “Art Shot”, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin tidak boleh digunakan. • Dengan pemandangan “Art Shot” ini, tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Denyar Mati). • Rakaman filem dinyahdayakan semasa “Syot Berkilau” atau “Kumpulan Art Shot” dipilih. • Selepas merakam imej dengan “Kumpulan Art Shot”, anda tidak boleh merakam imej lain sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai.
Merakam dengan Seni Selfie (Seni Selfie) Fungsi ini membolehkan anda memilih pemandangan dan mengambil selfie dengan pelbagai kesan seni yang digunakan. 1. Dalam mod RKM, tekan [MODE]. 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “N” (Seni Selfie) dan kemudian tekan [SET]. 3. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan “N” (Seni Selfie) , dan kemudian tekan [SET]. Ini memaparkan menu pemandangan Seni Selfie. 4.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pengatup Hadapan” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan Pemasa Selfie yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Tetapan Paparan Ikon Skrin RKM Menekan butang pengatup hadapan untuk melakukan ini: Pemasa Selfie Merakam satu syot kilat apabila hujung kiraan dicapai. Pemasa Selfie ×3 Merakam sejumlah tiga imej pada selang dua saat apabila hujung kiraan dicapai. Untuk menggunakan Pemasa Selfie untuk menangkap selfie 1.
Merakam Filem Untuk merakam filem Prosedur berikut menjelaskan cara merakam filem standard (STD). Kamera ini menyokong rakaman filem PRO Auto Premium (halaman 70). Lihat halaman yang ditunjukkan di bawah untuk maklumat lanjut tentang filem. Filem berdefinisi tinggi (filem FHD): halaman 72 Filem berkelajuan tinggi (filem HS): halaman 72 [0] (Filem) 1. Dalam mod RKM, tekan [MODE]. 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “P” (Auto Program) atau “Ÿ” (PRO Auto Premium), dan kemudian tekan [SET]. 3.
Merakam Filem dengan PRO Auto Premium Apabila PRO Auto Premium didayakan (halaman 31), kamera secara automatik membuat pertimbangan mengenai subjek, keadaan rakaman, dan parameter lain. Hasilnya ialah imej berkualiti lebih tinggi berbanding imej yang dihasilkan rakaman Auto Program. Persekitaran rakaman yang dikesan oleh kamera dipaparkan di bahagian bawah mod skrin RKM. • PRO Auto Premium didayakan untuk filem FHD dan filem STD sahaja.
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan. Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk mengurangkan penghasilan haba. • Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan rakaman filem dihentikan secara automatik.
Merakam Filem Berdefinisi Tinggi Kamera ini menyokong filem berdefinisi tinggi (FHD). Nisbah bidang filem FHD ialah 16:9, saiz imej ialah 1920x1080 piksel, dan kadar bingkai ialah 30 fps. Tetapan kualiti imej dan saiz imej tidak boleh diubah. 1. Dalam mod RKM, tekan [MODE]. 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “P” (Auto Program) atau “Ÿ” (PRO Auto Premium), dan kemudian tekan [SET]. 3. Tekan [MENU]. 4. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6].
4. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Kualiti Filem” dan kemudian tekan [6]. 6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kadar bingkai (kelajuan rakaman) yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. Kadar bingkai yang tinggi (seperti 1000 fps) akan menghasilkan saiz imej yang lebih kecil.
• Lebih tinggi kadar bingkai (kelajuan), lebih banyak pencahayaan diperlukan semasa rakaman. Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, rakamnya dalam persekitaran bercahaya terang. • Apabila merakam jenis filem tertentu, imej yang muncul di skrin monitor mungkin lebih kecil daripada biasa. Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, akan muncul jalur hitam di atas, bawah, kiri dan kanan skrin.
. Untuk menyediakan kamera bagi merakam Filem Prarakam 1. Pilih “b” (BEST SHOT) sebagai mod rakaman (halaman 80). 2. Tekan [MENU]. 3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Kualiti Filem” dan kemudian tekan [6]. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kualiti filem yang anda mahu gunakan untuk merakam dan kemudian tekan [SET]. 6. Tekan [SET]. 7.
• Semasa kamera disediakan untuk rakaman Filem Prarakam, menekan butang pengatup tidak akan menangkap syot kilat kecuali rakaman filem sedang berjalan. Dengan filem berdefinisi tinggi (FHD) dan standard (STD), anda boleh menangkap imej pegun semasa rakaman filem masa sebenar berlangsung.
6. Tekan [SET]. • Tetapan Selang Masa ditunjukkan di bahagian bawah skrin. 7. Tekan butang pengatup untuk memulakan rakaman. • Rakaman diulang pada selang masa yang ditetapkan dalam langkah 5. • Rakaman berhenti apabila masa rakaman yang ditetapkan dalam langkah 5 berlalu atau apabila butang pengatup ditekan sekali lagi. • Baki masa rakaman tidak dipaparkan apabila tetapan “ Jumlah Masa” ialah “Mati”.
• Operasi tetapan semula (halaman 182) mengembalikan “Selang” dan “Jumlah Masa” kepada tetapan lalai awalnya. Setiap pemandangan Selang Masa mempunyai tetapan “Selang” dan “Jumlah Masa” uniknya sendiri. • Untuk melaraskan kecerahan semasa merakam dengan Selang Masa “» Pemandangan Malam”, gunakan “” (Kljuan Pngtup) di Panel Kawalan (halaman 40) bagi melaraskan kelajuan pengatup. .
Merakam Syot Kilat semasa Merakam Filem (Syot Kilat Dalam Filem) Anda boleh menangkap syot kilat semasa rakaman filem berlangsung. Semasa kamera berada dalam mod Syot Tunggal, anda boleh menangkap syot kilat satu per satu. Dalam mod CS, menekan dan menahan butang pengatup akan merakam sehingga tujuh imej berturutan pada kelajuan lebih kurang 10 imej per saat (fps). Anda boleh menangkap maksimum 28 imej semasa satu operasi rakaman filem. 1. Semasa filem sedang dirakam, tekan butang pengatup.
Menggunakan BEST SHOT BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik. Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah. Untuk merakam dengan BEST SHOT 1. Dalam mod RKM, tekan [MODE]. 2.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan, pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke mana-mana arah. • Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal zum semula. • Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan [6]. • Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang dipilih, tekan [SET]. .
Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Mekap” (halaman 80). 2. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Tetapan Mekap), dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Tona Kulit” atau “Kulit Licin”, dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk menukar nilai tetapan.
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. Ini akan merakam dan menyimpan imej yang sama dalam tiga versi dengan pelbagai tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam langkah 4, di atas. • Selepas merakam imej dengan Mekap BKT, anda tidak boleh merakam imej lain sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai. • Hanya dua versi imej akan dirakam dan disimpan jika anda merakam dengan BKT Mekap semasa “Perang +6” atau “Cerah +6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
Merakam dengan Anti Goncang Berkelajuan Tinggi (Antigoncang HS) Sebagai tambahan kepada Antigoncang optik, tekanan tunggal butang pengatup semasa Antigoncang HS didayakan, menyebabkan kamera merakam berbilang imej dan menggabungkannya secara automatik. Gunakan ciri ini untuk meminimumkan imej kabur disebabkan oleh pergerakan kamera di bawah keadaan di mana antigoncang optik tidak berfungsi atas sebab tertentu. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Antigoncang HS” (halaman 80). 2.
Merakam Imej Cerah dalam Gelap tanpa Denyar (Syot Malam HS) Kamera merakam sesiri imej dan kemudian menggabungkannya menjadi satu imej akhir. Hasilnya ialah imej yang cerah, walaupun ditangkap dalam gelap tanpa denyar. Ditangkap dengan “Auto Program”, tanpa denyar Ditangkap dengan “Syot Malam HS” 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Syot Malam HS” (halaman 80). 2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. • Berhati-hati supaya kamera dan subjek tidak bergerak semasa merakam.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang Secara Digital (HDR) Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap kecerahan berbeza. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “HDR” (halaman 80). 2. Tekan [SET], dan gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan. 3.
Merakam dengan Latar Belakang Kabur (Latar Belakang Kabur) Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan kemudian mengaburkan latar belakang di belakang subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-benar menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang diambil dengan kamera refleks satu kanta. Kesan kabur boleh ditetapkan kepada satu daripada tiga tahap. Ditangkap dengan “Latar Belakang Kabur”. Ditangkap dengan “Auto Program”. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Latar Belakang Kabur” (halaman 80). 2.
Merakam dengan Makro Fokus Penuh (Makro Semua Dalam Fokus) Makro Semua Dalam Fokus merakam dan menganalisis letusan berbilang imej dan menggabungkannya dengan cara yang menghasilkan imej yang memfokuskan segala-galanya: daripada objek dekat hinggalah objek jauh. Imej “Auto Program” Makro Semua Dalam Fokus 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Makro Semua Dalam Fokus” (halaman 80). 2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Merakam Imej Panorama (Panorama Slaid) Dengan Panorama Slaid, anda mengalihkan kamera untuk menyediakan dan merakam berbilang imej, yang kemudiannya digabungkan menjadi panorama. Ciri ini membolehkan anda merakam panorama sehingga 360 darjah, yang lebih hebat daripada yang boleh dirakam dengan keupayaan fizikal kanta. • Imej panorama akhir boleh jadi satu daripada dua saiz yang ditunjukkan di bawah.
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan kursor slaid akan muncul pada skrin monitor. Perlahanlahan gerakkan kamera ke arah yang ditunjukkan dengan anak panah pada skrin sehingga kursor slaid mencecah penghujung julat pergerakannya (misalnya hingga hujung kanan apabila menggerakkan kamera ke kanan). • Kamera akan mula menyediakan imej panorama secara dalaman apabila kursor slaid mencecah penghujung julat pergerakan.
Merakam dengan Sudut Pandang Super Lebar (Syot Lebar) Dengan ciri ini, beberapa imej dirakam dan kemudian digabungkan bagi menghasilkan imej dengan sudut pandang super lebar yang melebihi sudut pandang terlebar mungkin dengan kanta ini. Ditukar kepada 35 mm setara, jarak fokus yang tersedia dengan ciri ini mendayakan rakaman dengan anggaran sudut pandang 15 mm dan 19 mm. 25 mm (sudut terlebar kanta) 19 mm 15 mm 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Syot Lebar” (halaman 80). 2.
5. Halakan kamera ke arah subjek yang anda mahu berada di tengah-tengah imej dan kemudian tekan separuh butang pengatup untuk memfokus. • Bahagian luar sempadan biru di skrin menandakan julat boleh rakam imej. Imej yang diingini Sempadan biru Bahagian tengah di permulaan operasi rakaman 6. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan perlahan-lahan gerakkan kamera mengikut arahan dan anak panah yang kelihatan di skrin monitor.
• Nilai sudut pandang “15 mm” dan “19 mm” adalah anggaran dan diberikan sebagai rujukan semata-mata. Nilai sudut pandang sebenar tidak dijamin. • Operasi zum tidak disokong semasa rakaman Syot Lebar. Tetapan zum ditetapkan pada sudut lebar penuh. • Fungsi ini membolehkan anda merakam imej dengan sudut pandang maksimum 15 mm atau 19 mm. Namun, sila ambil perhatian, keadaan rakaman yang tertentu akan menghasilkan sudut pandang yang lebih kecil. • Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Syot Lebar.
Menggunakan Skrin TV untuk Merakam Syot Kilat (Output TV HDMI) Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan kamera untuk merakam syot kilat dengan nisbah bidang 16:9, semasa anda menggubahnya di skrin TV. 1. Matikan kamera dan gunakan kabel HDMI yang tersedia secara komersil untuk menyambungkan kamera pada TV. Penyambung HDMI Input HDMI HDMI output (mikro) Kabel HDMI (tersedia secara komersil) Penyambung mikro HDMI 2. Hidupkan kamera. 3.
• Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 126. • Jika anda mahu menukar format isyarat video digital, mula-mula cabut kabel HDMI dari kamera (halaman 127). • Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan fungsi ini.
Tetapan Lanjutan (REC MENU) Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. • Anda juga boleh menggunakan Panel Kawalan (halaman 40) untuk mengkonfigurasi beberapa tetapan yang muncul di skrin menu. Rujuk pada rujukan halaman yang disediakan dalam bahagian ini untuk maklumat mengenai mengkonfigurasi tetapan menggunakan Panel Kawalan. Mengkonfigurasikan Tetapan Rakaman . Contoh Operasi Skrin Menu 1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
. Operasi Menu dalam Manual Ini Operasi menu digunakan dalam manual ini seperti ditunjukkan di bawah. Operasi berikut adalah sama seperti yang diterangkan di bawah “Contoh Operasi Skrin Menu” pada halaman 96. Tekan [4] dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pemasa kendiri Tekan [MENU]. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pemasa kendiri” dan kemudian tekan [6].
Mencetuskan Operasi Pemasa kendiri dengan Gerakan (Pengatup Gerakan) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pengatup Gerakan Lihat halaman 61 untuk butiran. Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan (Pengatup Hadapan) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pengatup Hadapan Tetapan ini boleh digunakan untuk menetapkan fungsi rakaman yang akan dilaksanakan apabila butang pengatup hadapan ditekan ketika kamera berada dalam mod RKM.
• Operasi butang pengatup hadapan akan menjadi dinyahdayakan semasa merakam dengan beberapa rakaman. • Bagi operasi butang pengatup hadapan dalam mod MAIN, lihat halaman 128. • Apabila tetapan “Pengatup Hadapan” adalah sesuatu yang lain daripada “Mati”, butang pengatup hadapan boleh digunakan untuk menangkap syot kilat semasa rakaman filem sedang berjalan (Syot Kilat Dalam Filem). Bagaimanapun, dalam hal ini, hanya satu syot kilat boleh dirakamkan.
Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa Kendiri) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pemasa kendiri Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 41. Membetulkan Kecerahan Imej (Pendedahan) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pendedahan Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 48. Melaraskan Imbangan Putih (Imbangan Putih) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Imbangan Putih Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 42.
Menentukan Had Atas Kepekaan ISO (Had Tinggi ISO) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Had Tinggi ISO Tetapan Auto Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Merakam menggunakan tetapan kepekaan ISO yang ditentukan oleh tetapan “Kepekaan ISO” (halaman 46). ISO 200 ISO 400 ISO 800 Tetapan yang dipilih di sini menjadi had atas kepekaan ISO apabila “Auto” dipilih untuk tetapan “Kepekaan ISO” (halaman 46).
Memilih Mod Fokus (Fokus) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Fokus Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 44. Menentukan Kawasan Auto Fokus (Kawasan AF) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Kws AF Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk menukar kawasan pemeteran Fokus Auto untuk rakaman syot kilat. • Apabila merakam filem, kawasan pemeteran AF sentiasa “U Titik”.
“š Pintar” “U Titik” atau “O Penjejakan” “I Multi” Bingkai fokus Bingkai fokus Bingkai fokus • Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus (halaman 44), walaupun anda memilih kawasan AF. • Memilih “O Penjejakan” boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku kerana operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan. • Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan tetapan kawasan AF.
Penggambaran dengan Pengecaman Muka (Pengecaman Muka) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pengecaman Muka Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya. 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan [SET]. 2. Halakan kamera pada subjek. Kamera akan mengesan muka manusia dan memaparkan rangka di sekeliling setiap muka. 3. Tekan butang pengatup sehingga separuh.
Merakam Potret Indah (Mekap) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Mekap Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 47. Merakam dengan Fokus Auto Berterusan (AF Berterusan) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * AF Berterusan Apabila merakam syot kilat semasa “Hidup” dipilih untuk AF Berterusan, Fokus Auto dijalankan dan pemfokusan dikemas kini berterusan sehingga anda menekan separuh butang pengatup.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek (Fungsi Anti-goncang) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Fungsi Antigoncang Anda boleh menghidupkan ciri Fungsi Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
Untuk memilih saiz imej syot kilat (Saiz Imej) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Saiz Imej Saranan Saiz Paparan Ikon Cetakan dan Skrin RKM Aplikasi Saiz Imej (Piksel) Penerangan 16 M (4608x3456) Poster 3:2 (4608x3072) Poster 16:9 (4608x2592) HDTV 10 M (3648x2736) Poster Perincian yang baik 3M (2048x1536) Cetak 3.5"×5" Paling sesuai apabila pengekalan kapasiti memori lebih penting daripada kualiti imej.
. Piksel dan saiz imej Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik Piksel kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak piksel dalam imej, lebih banyak perincian yang ada. Namun, anda selalunya tidak mengalami masalah dengan piksel yang kurang semasa mencetak imej (saiz L) melalui perkhidmatan cetak, melampir imej pada e-mel, apabila melihat imej pada komputer dsb. Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai piksel melintangxpiksel menegak.
Menetapkan Kualiti Imej Syot Kilat (Kualiti Imej) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Kualiti Imej Tetapan Paparan Ikon Skrin RKM Penerangan Halus Beri keutamaan pada kualiti imej. Normal Normal • Tetapan “Halus” membantu menonjolkan perincian apabila merakam imej alam semula jadi dipenuhi butiran terperinci termasuklah dahan atau dedaun pokok yang rimbun atau imej corak kompleks.
Tetapan Paparan (Kualiti Ikon Skrin (piksel)) RKM STD Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) 3.8 Megabit/saat (30 bingkai/saat) HS1000 40.0 Megabit/saat (1000 bingkai/saat) HS480 40.0 Megabit/saat (480 bingkai/saat) HS240 40.0 Megabit/saat (240 bingkai/saat) HS120 40.0 Megabit/saat (120 bingkai/saat) HS30240 5.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 40.4 Megabit/saat (240 bingkai/saat) HS30120 10.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 40.
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Pencahayaan Anda boleh menggunakan tetapan ini untuk mengoptimumkan keimbangan antara kawasan cerah dengan kawasan gelap apabila menangkap imej. Tetapan Penerangan Hidup Melakukan pembetulan kecerahan. Apabila opsyen ini dipilih, ia mengambil masa yang lebih lama untuk imej disimpan selepas butang pengatup ditekan. Mati Tidak melakukan pembetulan kecerahan. • Pencahayaan dinyahdaya semasa rakaman filem.
Melaras Kontras Imej (Kontras) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Kontras Anda boleh menentukan satu daripada lima tetapan kontras daripada +2 (paling kontras antara cerah dan gelap) hingga –2 (paling kurang kontras antara cerah dan gelap). Menentukan Kekuatan Denyar (Kekuatan Denyar) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Kekuatan Denyar Anda boleh tetapkan keamatan denyar kepada satu daripada lima tahap daripada +2 (denyar paling terang) kepada –2 (denyar paling kurang terang).
Menggunakan Lampu Bantuan Auto Fokus (Lampu Bantuan AF) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Lampu Bantuan AF Menekan separuh butang pengatup semasa tetapan ini dipilih akan menyebabkan lampu hadapan menyala, yang memberikan pencahayaan untuk fokus di kawasan yang cahayanya malap. Membiarkan fungsi ini dimatikan disarankan apabila merakam potret dari jarak dekat, dsb. Lampu hadapan • Jangan melihat secara terus kepada lampu hadapan ketika ia menyala.
Menghidupkan Semak Semula Imej (Semak Semula) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Semak Semula Semasa Semak Semula diaktifkan, kamera akan memaparkan imej selama satu saat dengan serta-merta selepas ia dirakam. Jenis 1 Memaparkan pandangan skrin penuh imej. Jenis 2, Jenis 3 Memaparkan pandangan skrin separa imej. Perbezaan antara Jenis 2 dengan Jenis 3 ialah cara imej muncul di paparan.
Menukar Skrin Monitor semasa Merakam (Maklumat Rakaman) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Maklumat Rakaman Anda boleh gunakan prosedur di atas bagi memaparkan grid atau histogram, atau julat rakaman filem di skrin monitor semasa rakaman. Grid Memilih “Hidup” untuk tetapan ini memaparkan garisan grid di skrin monitor. Garisan grid memberikan rujukan yang membantu anda memastikan kamera lurus menegak atau melintang. Memilih “Hidup” untuk tetapan ini memaparkan histogram di skrin monitor.
. Cara Menggunakan Histogram Histogram ialah graf yang mewakili kecerahan imej mengikut bilangan piksel. Paksi menegak menunjukkan bilangan piksel, manakala paksi mendatar menunjukkan kecerahan. Jika histogram kelihatan terlalu sendeng atas sebab tertentu, anda boleh menggunakan Keamatan Pendedahan untuk mengalihkannya ke kiri atau ke kanan untuk mendapat imbangan yang lebih baik. Pendedahan optimum boleh dicapai dengan penganjakan EV supaya graf berada sehampir mungkin di tengah.
Mengkonfigurasi Tetapan Lalai Hidupkan Kuasa (Memori) Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “r REC MENU” * Memori Tetapan ini membolehkan anda menentukan tetapan kamera yang perlu diingat oleh kamera apabila ia dimatikan, dan dikembalikan pada kali berikutnya kamera dihidupkan. Bagi membolehkan kamera mengingat tetapan, anda harus mendayakan memori tetapan. Sebarang tetapan yang memorinya dinyahdayakan akan ditetapkan semula kepada nilai lalai awalnya bila-bila masa kamera dimatikan.
Melihat Syot kilat dan Filem Melihat Syot Kilat Lihat halaman 35 untuk prosedur bagi melihat syot kilat. Melihat Filem 1. Tekan [p] (MAIN) dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan filem yang anda mahu lihat. 2. Tekan [SET] untuk memulakan main semula. Ikon Filem: »/» (Selang Masa) Masa rakaman Kualiti imej Kawalan Main Semula Filem Mara laju/undur laju [4] [6] (Main semula sedang berjalan.) • Setiap tekanan salah satu butang meningkatkan kelajuan operasi mara laju atau undur laju.
Berhenti main semula [MENU] • Main semula mungkin tidak boleh dilakukan untuk filem yang tidak dirakam dengan kamera ini. • Filem yang diputar menggunakan “Putaran” (halaman 140) atau “Putaran” (halaman 176) tidak boleh dizumkan. Melihat Imej Panorama 1. Tekan [p] (MAIN) dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan imej panorama yang anda mahu lihat. 2. Tekan [SET] untuk memulakan main semula panorama itu. Main semula panorama menyebabkan imej menatal ke kiri, kanan, atas atau bawah.
Melihat Imej Pengatup Berterusan Setiap kali anda merakam dengan pengatup berterusan (CS), kamera akan mencipta kumpulan yang merangkumkan semua imej bagi sesi tersebut. Anda boleh menggunakan prosedur berikut bagi memain semula imej dalam kumpulan tertentu. 1. Tekan [p] (MAIN) dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan kumpulan yang imejnya anda mahu lihat. Bilangan fail imej dalam kumpulan Ikon kumpulan Imej pertama dalam kumpulan 2. Tekan [SET] untuk memulakan main semula.
Kawalan Main Semula [4] [6] Semasa main semula, mengubah arah main semula dan kelajuan main semula. Semasa main semula dipegunkan, tatal ke depan atau belakang. • Kelajuan main semula tidak boleh dilaraskan semasa imej paparan dizumkan. [SET] Bertukar antara pegun dengan main. Pengawal zum Zum imej. • Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor.
. Memadam Berbilang Fail dalam Kumpulan 1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan, tekan [2]. Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam” dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Bingkai” dan kemudian tekan [SET]. Ini memaparkan skrin permilihan fail. 4. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan sempadan pemilihan ke fail yang anda mahu padam dan kemudian tekan [SET].
Membahagikan Kumpulan Gunakan yang berikut bagi membahagikan Kumpulan kepada imej individu. . Membahagikan Kumpulan Tertentu 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “p PLAY MENU”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bahagi Kumpulan” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pilih Fail” dan kemudian tekan [SET]. 5. Gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan kumpulan yang anda ingin bahagikan. 6.
Menyalin Imej Kumpulan Gunakan prosedur berikut bagi menyalin imej dalam kumpulan ke lokasi di luar kumpulan. 1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan, tekan [2]. Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Salin” dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan imej yang anda mahu salin. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Salin” dan kemudian tekan [SET].
Mengezum Imej Atas skrin 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda mahu dipaparkan. 2. Putar pengawal zum ke arah z ([) untuk mengezum. Faktor zum Kawasan imej Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Putar pengawal zum ke arah w untuk nyahzum imej. – Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan, grafik di bawah sudut kanan skrin menunjukkan bahagian mana daripada imej yang dizum sedang dipaparkan.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV 1. Guna kabel HDMI yang tersedia secara komersil untuk menyambungkan kamera pada TV. • Guna kabel HDMI yang tersedia secara komersial dan ditanda dengan logo yang ditunjukkan di sebelah kanan. • Pastikan kamera dimatikan sebelum menyambung atau menanggalkan kabel. Semak dokumentasi pengguna yang diberikan bersama TV untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sebelum menyambung atau menanggalkannya daripada TV.
• Gunakan kabel HDMI dengan palam yang serasi dengan penyambung mikro HDMI kamera pada satu hujung, dan palam yang serasi dengan penyambung HDMI TV anda pada hujung satu lagi. • Imej dan/atau output audio yang baik dan operasi lain mungkin tidak dapat dilakukan dengan peranti tertentu. • Menyambungkan kamera kepada penyambung HDMI peranti lain boleh merosakkan kamera dan peranti lain. Jangan sekali-kali anda sambung dua penyambung output HDMI. • Tanggalkan kabel HDMI jika tidak menggunakan output HDMI.
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU) Bahagian ini menerangkan item menu yang boleh anda gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan lain-lain operasi main semula. Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 96. Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar (Mod Wayarles) [p] (MAIN) * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Mod Wayarles Lihat halaman 145 untuk butiran.
Mencipta Imej Kolaj (Kolaj Pantas) [p] (MAIN) * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Kolaj Pantas Fungsi ini boleh digunakan untuk menggabung berbilang syot kilat dalam satu imej kolaj. 1. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih susun atur yang anda mahu. 2. Tekan [SET]. Ini mencipta dan menyimpan imej kolaj. • Kolaj ini akan menggabungkan tiga atau empat syot kilat, termasuk gambar yang dipaparkan semasa anda memulakan operasi Kolaj Pantas.
Memainkan Persembahan Slaid di Kamera (Persembahan Slaid) [p] (MAIN) * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Prsmbhn Slaid Mula Mulakan pertunjukan slaid Imej Menyatakan jenis imej yang akan disertakan dalam pertunjukan slaid Semua imej: Syot kilat, filem, imej pengatup berterusan Semua kecuali Z: Semua imej pengatup bukan berterusan (CS) T Sahaja: Syot kilat sahaja » Sahaja: Filem sahaja » Sahaja: Selang masa sahaja Masa Masa dari mula hingga tamat pertunjukan slaid 3 minit, 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 6
Kesan Pilih kesan yang anda mahu. Corak 1 hingga 5: Memainkan muzik latar belakang dan menerapkan kesan perubahan imej. • Corak 2 hingga 4 mempunyai muzik latar belakang yang berbeza, tetapi kesemuanya menggunakan kesan perubahan imej yang sama. • Corak 5 boleh digunakan untuk main semula syot kilat sahaja (kecuali syot daripada kumpulan CS), dan tetapan “Selang” diabaikan.
Memindah Muzik daripada Komputer Anda ke Memori Kamera Anda boleh gantikan muzik latar belakang pertunjukan slaid terbina dalam dengan muzik lain daripada komputer anda. Jenis Fail Disokong: • Format PCM (16 bit, monoaural/stereo) file WAV • Frekuensi Pensampelan: 11.025 kHz/22.05 kHz/44.1 kHz Bilangan Fail: 9 Nama fail: SSBGM001.WAV hingga SSBGM009.WAV • Cipta fail muzik pada komputer anda menggunakan nama-nama di atas.
Mengedit Filem pada Kamera (Pengeditan Filem) [p] (MAIN) * Skrin Filem bagi Filem yang akan Diedit * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Edit Filem Ciri Pengeditan Filem membolehkan anda menggunakan salah satu prosedur berikut bagi mengedit bahagian tertentu filem. Potong Sblmnya Memotong semuanya dari mula filem sehingga lokasi semasa. Potongan Tengah Memotong semuanya di antara dua titik. Potong Slpsnya Memotong semuanya dari lokasi semasa hingga penghujung filem. 1.
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET]. Operasi potong yang dipilih akan mengambil sedikit masa untuk selesai. Jangan cuba lakukan operasi kamera sehingga mesej “Sedang sibuk... Sila tunggu...” hilang dari skrin monitor. Sila maklum bahawa operasi potong mungkin mengambil masa yang lama jika filem yang diedit terlalu panjang. • Apabila anda mengedit filem, hanya hasilnya disimpan. Filem asal tidak disimpan. Operasi edit tidak boleh dibuat asal.
Untuk gabungkan dua filem (Gabung Filem) [p] (MAIN) * Paparkan salah satu filem yang ingin digabungkan. * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Gabungan Filem Prosedur ini menggabungkan dua filem. Masa main bagi setiap filem mesti kurang daripada 10 minit, dan dua filem itu mestilah mempunyai kualiti dan kadar kerangka yang sama. Perhatian, penggabungan dua Filem Berkelajuan Tinggi tidak disokong. 1.
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Pencahayaan Anda boleh gunakan tetapan ini untuk melaraskan keimbangan antara kawasan cerah dengan kawasan gelap dalam imej sedia ada dalam julat 0 (tiada pengoptimuman) hingga +2 (cerah). • Memperbetulkan pencahayaan semasa tangkapan menghasilkan hasil yang lebih baik (halaman 111). • Mengubah pencahayaan imej menyebabkan imej asal dan versi baharu (pindaan) disimpan sebagai fail berasingan.
Melaraskan Kecerahan Syot Kilat Sedia Ada (Kecerahan) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Kecerahan Anda boleh memilih satu daripada lima tahap kecerahan, daripada +2 (paling cerah) hingga –2 (paling kurang cerah). • Tangkapan gambar asal disimpan dalam memori dan tidak dipadam. • Apabila anda memaparkan imej pindaan di skrin monitor kamera, tarikh dan masa menunjukkan masa imej dirakam pada asalnya, dan bukan tarikh imej tersebut dipinda.
Melindung Fail Daripada Pemadaman (Lindungi) [p] (MAIN) * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Lindungi Pilih Fail Lindung fail tertentu. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej yang anda mahu lindungi. • Untuk melihat imej tertentu, putar pengawal zum. Tekan [SET]. Imej yang dilindungi ditunjukkan oleh ikon ›. Untuk melindungi fail lain, ulang langkah 1 dan 2. Untuk keluar daripada operasi lindung, tekan [MENU]. Untuk membatalkan perlindungan fail, pilih imej yang dilindungi dan kemudian tekan [SET].
5. Selepas anda selesai, tekan [MENU] untuk keluar operasi ini. • Perhatikan bahawa walaupun fail dilindungi, ia akan dipadam jika anda melakukan operasi format (halaman 182). . Untuk melindungi semua imej dalam kumpulan 1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan, tekan [2]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Lindungi” dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bingkaikan semua” dan kemudian tekan [SET]. 4.
Memutar Imej (Putaran) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat atau Filem * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Putaran 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan [SET]. Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri. 2. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda mahu, tekan [MENU]. • Memutar imej CS menyebabkan semua imej dalam kumpulan CS terputar. Anda tidak boleh memutar imej komponen individu dalam kumpulan CS.
Memangkas Syot Kilat (Memotong) [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Memotong Anda boleh memangkas syot kilat untuk memotong bahagian yang anda tak perlukan dan menyimpan hasil dalam fail berasingan. Syot kilat asal juga disimpan. Faktor zum Menunjukkan kawasan syot kilat Gunakan pengawal zum untuk zum imej ke saiz yang anda mahu, gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memaparkan bahagian imej yang anda mahu buang, dan kemudian tekan [SET].
Menggabungkan Imej CS ke dalam Imej Pegun Tunggal (Berbilang Cetak CS) [p] (MAIN) * Paparkan kumpulan CS. * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Multi Cetak CS 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cipta”. • Anda boleh gunakan [4] dan [6] bagi memilih kumpulan CS yang berlainan, jika anda mahu. 2. Tekan [SET]. Ini menukar kumpulan CS kepada imej 16 M (4608x3456) yang mengandungi sehingga 30 bingkai CS (5 menegak x 6 melintang).
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar (Sambungan Wayarles) Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar Kamera anda mempunyai kedua-dua teknologi wayarles Bluetooth dan keupayaan LAN wayarles yang terbina di dalam. Selepas mewujudkan sambungan wayarles dengan telefon pintar, anda boleh melaksanakan operasi yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect pada telefon pintar anda. • Kamera anda ialah peranti Bluetooth® Smart.
Dengan fungsi ini: Anda boleh melakukan ini: Hantar ke telefon Hantar foto dan filem yang dirakam dengan kamera ke telefon pintar. Selepas menghantar imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh memuat naik ia daripada telefon pintar ke perkhidmatan rangkaian sosial (halaman 152). Lihat di telefon Lihat syot kilat yang disimpan dalam memori kamera pada telefon pintar dan salin syot kilang dan filem ke telefon pintar untuk dilihat.
. Tentang EXILIM Connect Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Connect, rujuk ke Panudan Pengguna EXILIM Connect (yang anda boleh muat turun di laman web di bawah). http://www.exilim.com/manual/ • Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Connect, anda perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
. Ikon Sambungan Wayarles Selepas anda mengkonfigurasi tetapan sambungan kamera dan telefon pintar, ikon di bawah akan tertera pada skrin kamera untuk menunjukkan status komunikasi semasa. Separa-lut sinar Berpasangan selesai, tetapi tiada sambungan teknologi wayarles Bluetooth. Legap Berpasangan selesai, dan terdapat sambungan teknologi wayarles Bluetooth. Separa-lut sinar LAN wayarles didayakan, tetapi tiada sambungan. Legap LAN wayarles disambungkan.
Bersedia untuk Mewujudkan Sambungan antara Telefon Pintar dan Kamera Anda Memasang aplikasi EXILIM Connect pada telefon pintar anda akan memungkinkan kawalan jauh kamera dari telefon pintar anda dan untuk menghantar imej-imej yang dirakam dengan kamera ke telefon pintar anda. Cari aplikasi EXILIM Connect pada Google Play atau App Store dan pasangkan pada telefon pintar anda. .
Mewujudkan Sambungan Wayarles buat Kali Pertama Kali pertama anda mewujudkan sambungan wayarles antara kamera dan telefon pintar, anda perlu menggunakan prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan wayarles. Operasi ini diperlukan untuk sambungan pertama sahaja. . Telefon pintar yang menyokong Bluetooth Smart Menyambung kamera kepada telefon pintar dengan teknologi wayarles Bluetooth (berpasangan) membuatkan konfigurasi tetapan sambungan wayarles lebih mudah.
• Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk menggunakannya. • Menanggalkan bateri kamera akan menamatkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth. Bagaimanapun, sambungan akan dilakukan semula apabila anda memasang bateri ke dalam kamera dan menghidupkan kuasa semula. .
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh Kamera (Rakam dengan telefon) Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara jauh menggunakan telefon pintar. Anda juga boleh lakukan zum, pemasa kendiri, dan operasi lain secara jauh. 1. Memaparkan skrin mod wayarles (halaman 145). 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “Rakam dengan telefon”, dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Permulaan Jauh” dan kemudian tekan [SET].
Mengkonfigurasi Butang Pengatup Depan untuk Menghantar Imej (Pnghntrn Cpt) Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk menghantar imej yang dipaparkan dalam mod MAIN (termasuk filem) ke telefon pintar dengan menekan butang pengatup hadapan kamera. Selepas menghantar imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial. • Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu menetapkan fungsi Penghantaran Cepat ke butang pengatup hadapan. 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada Telefon Pintar (Lihat di telefon) Anda boleh menyambungkan kamera ke telefon pintar melalui LAN wayarles untuk melihat dan memuat turun gambar serta filem dalam memori kamera pada lapan telefon pintar lain yang tersambung. Anda boleh juga melihat syot kilat dan filem dalam memori kamera pada komputer dan menyalinnya ke komputer. Telefon pintar tidak memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect untuk mengakses imej kamera menggunakan fungsi ini. 1.
Mengkonfigurasi Tetapan Sambungan Wayarles Seksyen ini menerangkan operasi mod wayarles dan tetapan item. 1. Memaparkan skrin mod wayarles (halaman 145). 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] “Tetapan wayarles” dan kemudian tekan [SET]. Ini akan memaparkan skrin tetapan wayarles. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item yang anda mahu konfigurasi dan kemudian tekan [SET]. 4. Ubah tetapan item yang dipilih. 5. Apabila tetapan adalah seperti yang anda mahukan, tekan [SET].
Menghantar Imej dari Kamera ke Telefon Pintar semasa Ia Dirakam (Hantaran Auto) Nama item : Hantaran Auto Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, imej dihantar secara automatik ke telefon pintar yang dipasangkan semasa ia merakam. Jika tiada sambungan wayarles antara kamera dengan telefon pintar semasa imej dirakam, ia akan dihantar sebaik sahaja sambungan diwujudkan. • Hantaran Auto tidak boleh didayakan melainkan kamera dipasangkan dengan telefon pintar (halaman 148).
Menentukan Imej yang Dihantar melalui Hantar Auto (Tetapan Hantaran Fail Auto) Nama item : Tetapan Hantaran Fail Auto Menentukan fail yang akan dihantar ke telefon pintar melalui Hantaran Auto. T» Tangkapan gambar dan filem dihantar. T Sahaja Hanya tangkapan gambar dihantar. • Saiz maksimum fail filem yang boleh dihantar melalui Penghantaran Auto ialah 100 MB.
Menukar Kata Laluan Kamera untuk Sambungan LAN Wayarles (Kata laluan WLAN) Nama item : Kata laluan WLAN Guna prosedur untuk menukar kata laluan yang anda guna apabila membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dengan telefon pintar. • Sebelum menukar kata laluan LAN wayarles, nyahpasang kamera daripada telefon pintar yang dipasangkan dengannya (halaman 157). 1. Gunakan [4] dan [6] untuk mengalih kursor ke digit kata laluan yang anda mahu tukar. 2.
Menyahpasang Kamera daripada Telefon Pintar (Menyahpasang) Nama item : Putuskan yang Berpasangan Nyahpasang kamera daripada telefon pintar. Untuk menggunakan kamera dengan telefon pintar berbeza, nyahpasang dahlu daripada telefon pintar semasa. • Apabila menyahpasang kamera daripada telefon pintar, pastikan untuk menjalankan operasi nyahpasang pada telefon pintar juga. Untuk maklumat lanjut, rujuk EXILIM Connect Panduan Pengguna (halaman 145).
Percetakan Percetakan Syot Kilat Perkhidmatan Cetak Profesional* Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah* Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
. Mengkonfigurasi Tetapan DPOF Secara Berasingan untuk Setiap Imej [p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Cetakan DPOF * Pilih imej 1. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga imej yang anda mahu cetak dipaparkan. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan. Anda boleh menentukan nilai sehingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu mencetak imej. • Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya “Hidup” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh.
. Untuk menetapkan bilangan salinan bagi imej tertentu dalam kumpulan 1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan, tekan [2]. Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetakan DPOF” dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pilih Bingkai” dan kemudian tekan [SET]. 4. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda mahu cetak dipaparkan. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan.
Tetapan DPOF tidak dibersihkan secara automatik selepas percetakan selesai. Operasi cetak DPOF yang anda lakukan seterusnya akan dijalankan menggunakan tetapan DPOF terakhir yang anda konfigurasi untuk imej. Untuk membersihkan tetapan DPOF, nyatakan “00” untuk bilangan salinan bagi semua imej.
. Standard yang Disokong oleh Kamera • PRINT Image Matching III Menggunakan perisian penyuntingan gambar dan mencetak pada pencetak yang menyokong PRINT Image Matching III membolehkan anda menggunakan maklumat tentang syarat merakam yang dirakam bersama imej, dan menghasilkan imej seperti yang anda mahu. PRINT Image Matching dan PRINT Image Matching III adalah tanda dagangan Seiko Epson Corporation.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej ke komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 164, 168). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula filem (halaman 167, 170). Untuk memain semula filem, gunakan perisian yang serasi dengan persekitaran pengendalian komputer anda.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ secara manual Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Pemasangan tidak diperlukan. Windows 7, Windows Vista Windows 10, Windows 8.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke komputer anda. Port USB USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 22. 2. Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
8. Pengguna Windows 10, Windows 8.1, Windows 8: Pada menu “Documents”, klik “Home” dan kemudian “Paste”. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Pada menu “Documents”, klik “Organize” atau “Edit”, dan kemudian “Paste”. Ini akan menampal folder “DCIM” (dan semua fail imej yang terkandung di dalamnya) ke dalam folder “Documents” anda. Anda kini mempunyai salinan fail yang ada dalam memori kamera pada komputer anda.
Memainkan Filem Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara berasingan. • Dengan Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7, main semula disokong oleh Windows Media Player 12.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Perisian yang Diperlukan Menyimpan imej pada Macintosh anda OS X dan melihatnya di situ secara manual Pemasangan tidak diperlukan. Simpan imej pada Macintosh anda secara automatik/ Urus imej OS X iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk Macintosh. Mainkan filem OS X 10.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke Macintosh anda. Port USB USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 22. 2. Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
. Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 172. • Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Fail dan Folder Kamera mencipta fail dan menyimpannya setiap kali anda menangkap syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 172). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej komplian DCF. Namun, harap maklum bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej komplian DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej komplian DCF kamera ini menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej komplian DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya. .
. Fail Imej yang Disokong • Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini • Fail imej komplian DCF Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF. Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini. . Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad Memori • Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin folder DCIM dan semua kandungannya.
Tetapan Lain (SETTING) Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM dan mod MAIN. Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 96. Mendayakan Penjimatan Kuasa (Mod EKO) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Mod EKO Mendayakan penjimatan tenaga mengurangkan kecerahan skrin monitor dan menukar operasi kamera lain ke operasi rendah-tenaga, yang membenarkan cas untuk tahan lebih lama.
Mengkonfigurasi Tetapan Bunyi Kamera (Bunyi) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Bunyi Permulaan Pengatup Separa Pengatup Tentukan bunyi permulaan Bunyi 1 - 5: Bunyi terbina dalam (1 hingga 5) Mati: Bunyi mati Operasi Kelantgn Operasi Menentukan kelantangan bunyi. Tetapan ini juga digunakan sebagai tahap audio semasa output TV (halaman 126). Kelntgn Main Sml Menentukan kelantangan output audio filem. Tetapan kelantangan ini tidak digunakan semasa output TV (halaman 126).
Pengecapan Masa Syot Kilat (Cap Masa) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Cap Masa Anda boleh mengkonfigurasi kamera untuk mengecap tarikh rakaman sahaja atau tarikh dan masa di sudut kanan bawah setiap syot kilat. • Setelah maklumat tarikh dan masa dicap pada syot kilat, ia tidak boleh disunting atau dipadam. Contoh: 10 Julai 2016, 1:25 p.m.
Menentukan Peraturan Penjanaan Nombor Siri Nama Fail (No. Fail) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * No. Fail Gunakan prosedur berikut untuk menentukan peraturan yang mengawal penjanaan nombor siri yang digunakan dalam nama fail (halaman 171). Teruskan Beritahu kamera untuk mengingati nombor fail terakhir yang digunakan. Fail baru akan dinamakan menggunakan nombor jujukan seterusnya, walaupun fail telah dipadam atau kad memori kosong dimuatkan.
Mengkonfigurasi Tetapan Mati Kuasa Auto (Mati Kuasa Auto) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Mati Kuasa Auto Mati Kuasa Auto mematikan kamera apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk tempoh masa yang telah dipraset. Tetapan Masa Pemicu: 2 min, 5 min, 10 min (Masa pemicu sentiasa 5 minit dalam mod MAIN.) • Mati Kuasa Auto dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Menyahdayakan Pemadaman Fail (Kekunci Padam) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Kekunci Padam Kamera tidak akan memulakan operasi padam imej apabila anda menekan [2] ( ) ketika “Kekunci Padam” dihidupkan. Anda boleh melindungi daripada pemadaman imej secara tidak sengaja dengan memilih “Dinyahdayakan” untuk “Kekunci Padam”. • Melakukan operasi format (halaman 182) akan menyebabkan semua imej dipadam, walaupun pemadaman fail dinyahdayakan (“Dinyahdayakan” dipilih untuk “Kekunci Padam”) untuk sesetengah imej.
Menetapkan Jam Kamera (Adjust) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Laras Apabila tetapan tarikh dan masa adalah apa yang anda mahu, tekan “Guna” dan kemudian tekan [SET] untuk menggunakannya. [8] [2] Tukar tetapan di lokasi kursor [4] [6] Alih kursor di antara tetapan • Untuk bertukar antara penjagaan masa 12 jam dengan 24 jam, alihkan kursor ke “am (pm)” dan “24h” (yang akan dipaparkan) dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan. • Anda boleh menentukan tarikh dari 2001 hingga 2049.
Menentukan Bahasa Paparan (Bahasa) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Language . Tentukan bahasa paparan yang anda mahu. Pilih tab bawah “¥”. Pilih “Language”. Pilih bahasa yang anda mahu. • Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong pemilihan bahasa paparan. Memilih Kaedah Output Terminal HDMI (Output HDMI) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Output HDMI • Lihat halaman 127 untuk butiran.
Memformat Memori Terbina Dalam atau Kad Memori (Format) [MENU] * Tab “¥ SETTING” * Format Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori. Ia akan memformat memori terbina dalam jika tiada kad memori dimuatkan. • Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
Lampiran Peringatan Keselamatan *BAHAYA Simbol ini menandakan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan salah, mewujudkan bahaya kematian atau kecederaan diri yang serius. *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*BAHAYA • Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. – Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka. – Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api. – Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya. – Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
*AMARAN . Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain $ • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa.
*AMARAN • Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik. • Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda. • Jangan gunakan penyesuai USB-AC di kawasan yang cecair* mungkin tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. " + - • Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas penyesuai USB-AC. Air mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
*AMARAN . Terjatuh dan Layanan Kasar - • Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket dinding. Juga, keluarkan bateri daripada kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar. 3.
*AMARAN - • Jangan guna fungsi wayarles kamera apabila berdekatan peranti digital berkejituan tinggi atau peranti digital yang menggunakan isyarat lemah. Berbuat demikian boleh mengganggu operasi normal peranti digital dan menyebabkan risiko kemalangan. • Apabila menggunakan fungsi wayarles kamera, jauhkannya dari individu yang memakai perentak jantung. Kemagnetan yang terhasil daripada kamera mungkin menjejaskan perentak jantung dan peranti perubatan lain.
*AWAS . Bateri Boleh Cas Semula • Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang dinyatakan, berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO tempatan anda. Berterusan mengecas mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. • Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama kamera dan unit pengecas khas sebelum mengguna atau mengecas bateri. • Simpan bateri di tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanakkanak.
*AWAS . Skrin Monitor • Jangan mengenakan tekanan yang kuat pada permukaan panel LCD atau mengenakannya dengan hentakan yang kuat. Perbuatan itu boleh menyebabkan keretakan pada kaca panel paparan dan menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. • Jika skrin monitor retak, jangan menyentuh sebarang cecair di dalam skrin monitor. Perbuatan itu mewujudkan risiko keradangan kulit. • Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mulut anda, segera berkumur-kumur dan hubungi pakar perubatan anda.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Kanta • Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta. Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan. • Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu, seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak. . Menjaga kamera anda • Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda.
Sambungan ke LAN awam Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN wayarles awam. Kawasan Penggunaan Sasaran Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web yang dipautkan di bawah. http://world.casio.
. Hak Cipta Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda.
. Buka Perisian Sumber Produk ini termasuk perisian yang dilesenkan di bawah keadaan lesen di bawah. OpenVG 1.1 Reference Implementation Copyright (c) 2007 The Khronos Group Inc.
"Legal Entity" shall mean the union of the acting entity and all other entities that control, are controlled by, or are under common control with that entity. For the purposes of this definition, "control" means (i) the power, direct or indirect, to cause the direction or management of such entity, whether by contract or otherwise, or (ii) ownership of fifty percent (50%) or more of the outstanding shares, or (iii) beneficial ownership of such entity.
2. Grant of Copyright License. Subject to the terms and conditions of this License, each Contributor hereby grants to You a perpetual, worldwide, non-exclusive, no-charge, royalty-free, irrevocable copyright license to reproduce, prepare Derivative Works of, publicly display, publicly perform, sublicense, and distribute the Work and such Derivative Works in Source or Object form. 3. Grant of Patent License.
wherever such third-party notices normally appear. The contents of the NOTICE file are for informational purposes only and do not modify the License. You may add Your own attribution notices within Derivative Works that You distribute, alongside or as an addendum to the NOTICE text from the Work, provided that such additional attribution notices cannot be construed as modifying the License.
9. Accepting Warranty or Additional Liability. While redistributing the Work or Derivative Works thereof, You may choose to offer, and charge a fee for, acceptance of support, warranty, indemnity, or other liability obligations and/or rights consistent with this License.
See the License for the specific language governing permissions and limitations under the License. Apache License Version 2.0, January 2004 http://www.apache.org/licenses/ TERMS AND CONDITIONS FOR USE, REPRODUCTION, AND DISTRIBUTION 1. Definitions. "License" shall mean the terms and conditions for use, reproduction, and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License.
submitted to Licensor for inclusion in the Work by the copyright owner or by an individual or Legal Entity authorized to submit on behalf of the copyright owner.
excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works; and (d) If the Work includes a "NOTICE" text file as part of its distribution, then any Derivative Works that You distribute must include a readable copy of the attribution notices contained within such NOTICE file, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works, in at least one of the following places: within a NOTICE text file distributed as part of the Derivative Works; within the Source form
8. Limitation of Liability.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah... Jika lampu belakang mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Peringatan Bateri . Peringatan semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 15°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal. • Jangan mengoyak atau menanggal label di luar bateri.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 26 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. . Menggunakan Kad Memori • Kad memori SD, kad memori SDHC dan kad memori SDXC mempunyai suis perlindungan tulis. Gunakan Tulis didayakan suis apabila anda perlu melindungi daripada terpadam data secara tidak sengaja.
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik kepada pihak lain.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai asal yang telah dikonfigurasi untuk item menu (dipaparkan apabila anda menekan [MENU]) selepas anda mengeset semula kamera (halaman 182). Item menu bergantung pada sama ada kamera berada dalam mod RKM atau mod MAIN. • Sengkang (–) menunjukkan item yang tetapannya tidak diset semula atau item yang tiada tetapan set semula. • Bergantung pada mod rakaman, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin tidak boleh digunakan. .
Bantuan Ikon Hidup Maklumat Rakaman Grid: Mati / Histogram: Mati / Julat Filem: Mati Memori CS: Mati / Denyar: Hidup / Fokus: Mati / ISO: Mati / Imbangan Putih: Mati / Pendedahan: Mati / Kws AF: Hidup / Permeteran: Mati / Pemasa kendiri: Mati / Kekuatan Denyar: Mati / Zum (SR): Hidup / Zum Digital: Hidup / Posisi MF: Mati / Posisi Zum: Mati .
. ¥ SETTING Mod EKO Mati Kcondngn Skrn Kuasa Hidup Skrin Auto PLAY Kuasa Hidup Kekunci Padam Didayakan Waktu Dunia – Bunyi Permulaan: Bunyi 1 / Pengatup Separa: Bunyi 1 / Pengatup: Bunyi 1 / Operasi: Bunyi 1 / Kelantgn Operasi: 3/ Kelntgn Main Sml: 3 Laras – Gaya Tarikh – Language – Output HDMI Auto Buat Folder – Format – Cap Masa Mati Set Semula – Putaran Hidup Versi – No.
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 19). 2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 20). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh cas semula CASIO NP-160 yang tersedia secara berasingan. Kamera terpadam secara tiba-tiba.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Subjek tidak tepat fokusnya dalam imej yang dirakam. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai fokus. Denyar tidak nyala. 1)Jika ? (Denyar Mati) dipilih sebagai mod denyar, tukar ke mod lain (halaman 49). 2)Jika bateri lemah, caskannya (halaman 20).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej yang direkod tidak disimpan. 1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri secepat mungkin (halaman 24). 2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad memori sebelum operasi simpan selesai.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Main semula Warna imej main semula berbeza daripada apa yang kelihatan di skrin monitor semasa penggambaran. Cahaya matahari atau cahaya daripada sumber lain mungkin memancar terus ke dalam kanta semasa anda sedang menangkap gambar. Letakkan kamera supaya cahaya matahari tidak memancar terus ke dalam kanta. Imej tidak dipaparkan. Kamera ini tak boleh memaparkan imej bukan DCF yang dirakam pada kad memori menggunakan kamera digital lain.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej tidak boleh 1)Kabel USB mungkin tidak disambungkan dengan betul. dipindahkan Periksa semua sambungan. melalui sambungan 2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya. USB. 3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung terus dengan port USB komputer. 4)Komunikasi USB mungkin tidak boleh dilakukan apabila penunjuk tahap bateri adalah . Caj bateri sebelum membuat sambungan.
Mesej Paparan Bateri lemah. Kuasa bateri rendah. Tidak dapat mencari fail. Imej yang anda nyatakan dengan tetapan “Imej” pertunjukan slaid tidak dapat ditemui. Tukar tetapan “Imej” (halaman 130) dan cuba semula. RALAT Kad Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera, keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman 182). • Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Terlampau panas. Kuasa akan dimatikan. Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya semula. Ralat Rakaman Pemampatan imej tak dapat dilakukan kerana sesuatu sebab semasa perakaman data imej. Laksanakan operasi zum bagi menukar komposisi imej dan tangkap sekali lagi. CUBA SEMULA HIDUPKAN KUASA Kanta bertemu halangan semasa bergerak.
Tangkapan Gambar/Masa Rakaman Filem Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) 16 M (4608x3456) 3:2 (4608x3072) 16:9 (4608x2592) 10 M (3648x2736) 3M (2048x1536) Kualiti Saiz Fail Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Kad Memori SD*2 Kapasiti Rakaman Halus 10.71 MB 3 1072 Normal 5.57 MB 5 1654 Halus 9.43 MB 3 1214 Normal 4.92 MB 6 1873 Halus 7.83 MB 4 1466 Normal 4.1 MB 7 2221 Halus 6.4 MB 5 1787 Normal 3.38 MB 8 2728 Halus 2.0 MB 14 4669 Normal 1.
Filem Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Masa Rakaman Maksimum dengan Kad Memori SD*2 Saiz Fail Filem 1 minit Masa Rakaman Berterusan setiap Filem*3 14.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 26 saat *4 2 jam 14 minit 106.5 MB 29 minit HD (1280x720) (Monaural) 10.9 Megabit/saat (12, 15, 20, 30 bingkai/saat) 33 saat *5 2 jam 56 minit *5 81.8 MB *5 29 minit *5 STD (640x480) (Monaural) 3.8 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 1 minit 38 saat 8 jam 33 minit 29.
*6 Masa boleh rakam apabila seluruh filem dirakam pada 30 fps. Masa rakaman lebih • • • • pendek jika kadar kerangka 30 fps ditukar kepada 120 fps atau 240 fps semasa rakaman. Nilai kapasiti syot kilat dan rakaman filem adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja. Kapasiti sebenar bergantung pada kandungan imej. Nilai saiz fail dan kadar data adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja. Nilai sebenar bergantung pada jenis imej yang ditangkap.
Spesifikasi Format Fail Syot kilat: JPEG (Exif Versi 2.3; standard DCF 2.0; komplian DPOF) Filem: Format MOV, standard H.264/AVC, IMA-ADPCM (Monaural) Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 48.
Kelajuan Pengatup Syot Kilat (Program Auto): 1/4 hingga 1/1000 saat Syot Kilat (PRO Auto Premium): 4 hingga 1/4000 saat • Mungkin berbeza mengikut ttpn kamera. Nilai Bukaan F3.5 (W) hingga F11.1 (W) (Dgn penapis ND) • Menggunakan zum optik menukar nilai bukaan.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-160) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 1200 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 37.5 (L) x 44.9 (T) x 7.0 (D) mm (tidak termasuk unjuran) Berat Kira-kira 25 g . Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Output 5.
CASIO COMPUTER CO., LTD.