MS Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, sila lawati Laman Web Casio di http://dc.casio.
Aksesori Semasa membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-150) Adaptor lampiran Kabel USB Mikro Rujukan Asas • Item sebenar yang termasuk bergantung pada model kamera yang anda beli.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari terdapat sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3 Panduan Umum. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7 Asas Mula Pantas 8 G’z EYE Pengawal Apl dan Pilihan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Mengkonfigurasi Tetapan Kamera 40 Rujukan Menu REC . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 40 Merakam Potret Indah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Mekap) . . . 40 Mengurangkan Kabur kerana Pergerakan Kamera Semasa Rakaman Filem . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Filem Antigoncang) . . . Tetapan Kualiti Imej Filem . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Kualiti Filem) . . .
Bekalan Kuasa. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 84 Mengecas . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 84 Peringatan Bateri . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 85 Menggunakan Kamera di Negara lain . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 85 Menggunakan Kad Memori . . . . . . . . . . . . . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item.
Asas Mula Pantas G’z EYE Pengawal Apl dan Pilihan Kamera anda boleh bersambung dengan telefon pintar dan dengan pengawal tersedia secara pilihan seperti yang diterangkan di bawah. . Peranti Boleh Bersambung Telefon pintar Memasang apl G’z EYE pada telefon pintar mendayakan alat kawalan jauh kamera daripada telefon pintar. Anda juga boleh mengkonfigurasi tetapan kamera dengan telefon pintar.
. Fungsi Kamera Boleh Kawal Gabungan Rakaman Pemantauan Pilihan Mod Main Sudut Rakaman semula Kamera Konfigurasi Tetapan Kamera Tersedia Tidak Tersedia Terhad*1 Tidak Tersedia Tidak Tersedia Tersedia Terhad*2 Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tersedia Tidak Tersedia Terhad*1 Tidak Tersedia Tidak Tersedia Kamera Sahaja Aplikasi Kamera + G’z EYE G’z EYE Kamera + Pengawal dengan LCD Kamera + Alat Kawalan Jauh *1 Bertukar antara Auto dan Pergerak
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Bahagian ini menerangkan fungsi asas kamera. . RKM Penggambaran Pergerakan Perlahan Dramatik Bahagian rakaman Pergerakan Perlahan Dramatik dalam filem dengan pergerakan perlahan, menyerlahkannya lantas menjadikannya lebih dramatik. *Lihat halaman 32 untuk maklumat lanjut. Penggambaran persekitaran lasak Ciri tahan kejutan dan tahan air membenarkan penggunaan semasa meluncur atau terlibat dalam sukan air yang lain.
. Menyambungkan Kamera kepada Telefon Pintar Rakam dengan telefon Pengambaran dan pengawalan jauh dengan kamera menggunakan telefon pintar. Untuk maklumat terperinci, lihat Panduan Pengguna aplikasi G’z EYE (halaman 23). Hantar ke telefon Hantar foto dan filem yang dirakam dengan kamera ke telefon pintar. Selepas menghantar imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh memuat naik imej daripada telefon pintar ke perkhidmatan rangkaian sosial.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-150) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Muatan dan Pengecasan Bateri 1. Buka penutup.
Untuk menggantikan bateri 1. Tahan dan tekan butang [POWER] selama kira-kira dua saat untuk mematikan kuasa, kemudian tanggalkan penutup bateri (halaman 12). 2. Keluarkan bateri semasa dan pasang bateri baharu. Tarik pinggir bateri untuk mengeluarkannya seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi. 3. Tutup penutup bateri (halaman 12). • Lampu [STATUS] akan bernyala hijau buat seketika selepas anda menekan butang [POWER] untuk mematikan kamera. Jangan cabut bateri semasa lampu [STATUS] berkelip hijau.
Caskan Bateri Penyesuai USB-AC dan kod kuasa tidak disediakan dnegan produk ini. Gunakan kabel USB yang disertakan seperti yang ditunjukkan di bawah untuk mengecas. • Peranti yang sesuai dengan pengecasan USB dan peranti bekalan kuasa (yang dijual sebagai peranti boleh guna untuk pengecasan USB), lazimnya memenuhi standard spesifik. Jangan gunakan peranti yang tidak berkualiti atau peranti yang tidak memenuhi standard yang dikehendaki.
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan dan/atau suhu persekitaran boleh menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu [POWER] berkelip merah. Jika ini berlaku, rujuk halaman 84. • Menekan butang [POWER] semasa adaptor USB-AC disambung pada kamera akan menghidupkan kamera dengan kamera dibekalkan kuasa bateri. Jadi, pengecasan akan berhenti. • Penyesuai USB-AC menjadi sedikit panas semasa pengecasan.
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer Masa pengecasan: Kira-kira 2 jam 55 minit Sambungan USB membolehkan anda mengecas bateri ketika ia dimuatkan dalam kamera. Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah (, ). Komputer (kuasa dihidupkan) Port [USB] Port USB USB Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Letakkan penyambung (USB mikro) kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah, masukkan dalam palam.
[POWER] Operasi Lampu Lampu [POWER] Status Lampu Penerangan Merah Menyala, (Ambar Menyala) Mengecas Berkelip Merah Suhu sekeliling tak normal, pengecasan mengambil masa yang sangat lama atau masalah bateri (halaman 84) Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai • Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan. .
Memeriksa Tahap Bateri Semasa Semasa kamera dihidupkan, anda boleh menentukan tahap pengecasan semasa dengan memeriksa warna lampu [POWER]. Warna Lampu [POWER] Baki Kuasa Hijau Kuning Tinggi Merah Rendah • Lampu ambar [POWER] menunjukkan bahawa kuasa bateri yang tinggal adalah rendah. Cas bateri secepat mungkin. • Lampu [POWER] merah menunjukkan bahawa baki kuasa bateri sangat sedikit. Cas bateri dengan segera.
Menghidupkan Kuasa Hidup dan Mati . Untuk menghidupkan kuasa Tekan butang [POWER]. Menghidupkan kuasa menyebabkan lampu kamera [POWER] menyala, lantas menandakan status semasa bateri (halaman 18). Ini menunjukkan bahawa rakaman imej didayakan. Lampu [STATUS] Lampu [POWER] Butang [POWER] Mod Tidur Jika anda tidak melakukan sebarang operasi selama lebih daripada lima minit selepas menghidupkan kuasa, kamera akan memasuki Mod Tidur untuk memelihara kuasa bateri.
Menyediakan Kad Memori Walaupun kamera mempunyai memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia secara komersial untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina dalam. • Gambar dan filem yang disimpan dalam memori terbina tidak boleh disalin ke kad memori.
Untuk memuat kad memori 1. Tahan dan tekan butang [POWER] selama kira-kira dua saat untuk mematikan kuasa, kemudian tanggalkan penutup (halaman 12). Tuil [FREE] 2. Memuat kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian depannya mengadap ke atas, tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. depan Depan 3. Belakang Tutup penutup (halaman 12). • Jangan masukkan sebarang benda selain kad memori yang disokong (halaman 20) ke dalam slot kad memori.
• Matikan kamera sebelum menggantikan kad memori. Menggantikan kad semasa kamera dihidupkan boleh mengakibatkan imej yang direkod tidak disimpan dan malahan merosakkan kad memori. Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar (Sambungan Wayarles) Kamera anda mempunyai teknologi wayarles Bluetooth® dan kefungsian wayarles terbina dalam.
. Tentang apl G’z EYE Untuk maklumat terperinci tentang apl G’z EYE, rujuk pada Panduan Pengguna aplikasi G’z EYE (yang boleh anda muat turun di laman web di bawah). http://dc.casio.com/ • Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna aplikasi G’z EYE (PDF), anda perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna. • Ambil perhatian bahawa Panduan Pengguna aplikasi G’z EYE mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.
Memasang Aplikasi G’z EYE pada Telefon Pintar Anda Cari aplikasi G’z EYE pada Google Play ™ atau App Store dan pasangkan pada telefon pintar anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai versi OS (Android dan iOS) yang disokong oleh aplikasi G’z EYE, lawati laman muat turun Google Play atau App Store. . Jaminan operasi aplikasi Tiada jaminan yang dibuat mengenai keupayaan untuk mengendalikan aplikasi G’z EYE pada telefon pintar atau tablet tertentu.
Mendaftar Kamera pada aplikasi G’z EYE (Berpasangan) Untuk menggunakan kamera dengan telefon pintar yang berkeupayaan teknologi wayarles Bluetooth, sila lakukan prosedur di bawah untuk mendaftar kamera pada aplikasi G’z EYE. • Mendaftar pada apl G’z EYE menyebabkan tetapan waktu dan tarikh untuk disegerakkan dengan tetapan telefon pintar.
7. Pada aplikasi G’z EYE, ketik “OK”. Ini akan menyebabkan skrin atas aplikasi G’z EYE muncul dengan “Bluetooth” dipaparkan dalam warna merah. • Bagi iPhone (iOS), mesej akan muncul dan meminta jika anda mahu membenarkan penggunaan maklumat lokasi. Nyatakan sama ada anda mahu membenarkan penggunaan maklumat lokasi atau tidak. • Seterusnya, tetapkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar (halaman 26).
SSID dan Kata Laluan Kamera • SSID (yang tidak boleh diubah) dan kata laluan (lalai asal) kamera ditunjukkan di bawah. SSID: Rujuk kepada lampiran “[Important] About the camera’s SSID” berasingan yang datang dengan kamera. Kata laluan: 00000000 • Semasa sambungan teknologi wayarles Bluetooth masih ada antara kamera dan telefon pintar, ketik “Wi-Fi” di bahagian bawah bahagian atas skrin G’z EYE dan SSID dan kata laluan kamera akan dipaparkan. .
Memutuskan sambungan LAN Wayarles Tekan dan tahan butang [WLAN] kamera selama kirakira dua saat sehingga lampu [WLAN] padam. Ini menamatkan sambungan antara kamera dengan telefon pintar. Sambungan antara kamera dan telefon pintar juga ditamatkan jika anda mematikan kamera dengan menekan dan menahan butang [POWER] selama kira-kira dua saat.
Untuk memformat (mengasal) kad memori baharu Sebelum menggunakan kad memori dengan kamera ini, wujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar serta gunakan aplikasi G’z EYE (halaman 23) untuk memformatkannya. 1. Pada telefon pintar, pergi ke skrin atas “G’z EYE” dan ketik “Setting”. 2. Pada aplikasi G’z EYE, ketik “Setting up the camera”. 3. Pada aplikasi G’z EYE, ketik “Format”. 4. Ketik “OK” dua kali.
Merakam dengan Kamera Sahaja Merakam Syot Kilat atau Filem Gunakan prosedur di bawah untuk merakam dengan kamera. 1. Menghidupkan kamera (halaman 19). Kamera akan mula dengan mod rakaman yang sama kali terakhir anda menutupnya. • Di bawah tetapan awal, kamera akan memasuki mod Auto. 2. Halakan kamera pada subjek. 3. Tangkap imej. Butang [r/SLOW] Butang [ ] Butang [POWER] Lampu [STATUS] . Untuk merakam syot kilat Tekan butang [r/SLOW] Ini akan menyebabkan lampu [STATUS] akan berkedip. .
• Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan rakaman filem dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan biarkan kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu. • Penggunaan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh melambatkan kelajuan pemprosesan.
Mengubah kepada Rakaman Gerak Perlahan ketika Merakam Filem (Gerak Perlahan Dramatik) Bahagian rakaman Pergerakan Perlahan Dramatik dalam filem dengan pergerakan perlahan, menyerlahkannya lantas menjadikannya lebih dramatik. Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau Pengawal dengan LCD pilihan untuk mengubah tetapan kamera di bawah. Masa Grkan Perlahan Nyatakan panjang rakaman gerak perlahan sebaik ia bermula.
Butang [ ] Butang [r/SLOW] Rakaman Biasa 1. Penggambaran Gerak Perlahan Menghidupkan kamera (halaman 19). • Di bawah tetapan awal, kamera akan memasuki mod Auto. 2. Tahan butang [ ] selama kira-kira 2 saat. Butang [ ] Rakaman Biasa Butang [r/SLOW] Butang [ ] Butang [POWER] Ini akan menukar mod rakaman kepada Gerak Perlahan Dramatik, yang ditunjukkan dengan lampu [STATUS] yang bernyala ambar. • Untuk mengembalikan mod rakaman kepada Auto, tahan butang [ ] selama kira-kira 2 saat sekali lagi.
• Anda juga boleh mengubah mod rakaman menggunakan apl G’z EYE atau pengawal pilihan dengan LCD. • Fail filem boleh mencapai sehingga saiz 4 GB. Rakaman akan berhenti secara automatik apaila salah satu daripada nilai-nilai dicapai. • Audio tidak dirakam sewaktu rakaman gerak perlahan.
Fungsi Rakaman Lain Jika kamera disambungkan dengan telefon pintar atau Pengawal Dengan LCD pilihan, anda juga boleh merakam dengan Pengatup Berterusan (CS) atau Selang Masa dengan mengubah mod rakaman. Bagi maklumat tentang apl G’z EYE atau operasi Pengawal dengan LCD, rujuk kepada Panduan Pengguna yang berkenaan.
• Jika “HS” muncul semasa merakam dengan Pengawal Dengan LCD yang tersedia secara berasingan, kamera akan menangkap siri imej CS dan menggabungkannya menjadi imej akhir. Untuk mengelakkan kekaburan imej, pastikan kamera dan subjek tidak bergerak sehingga semua imej dirakam. Merakam dengan CS Berkelajuan Tinggi Sehingga 30 imej boleh dirakam bagi satu operasi CS Berkelajuan Tinggi. Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau Pengawal dengan LCD pilihan untuk mengubah tetapan kamera di bawah.
Merakam dengan CS Prarakam CS Prarakam menyimpan imej akan perkara yang berlaku sebelum butang [r/ SLOW] ditekan. Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau Pengawal dengan LCD pilihan untuk mengubah tetapan kamera di bawah. Kelajuan Tinggi CS fps Tentukan kelajuan rakaman CS dalam bingkai per saat (fps). 10 fps, 15 fps, 30 fps Syot CS maksimum Nyatakan bilangan imej yang dirakam dengan satu operasi CS Berkelajuan Tinggi.
Merakam Filem Selang Masa Selang Masa merakam wayang yang muncul seperti mempersembahkan tindakan berkelajuan tinggi dengan mencantum siri foto yang dirakam dalam satu tempoh masa tetap. Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau Pengawal dengan LCD pilihan untuk mengubah tetapan kamera di bawah. Selang Menetapkan bilangan saat antara syot. 1/10 saat, 1/2 saat, 1 saat, 2 saat, 3 saat, 5 saat, 10 saat, 30 saat Jumlah Masa Menetapkan masa rakaman.
Peringatan Tangkapan Syot Kilat Operasi • Jika cahaya yang tidak diingini memancar ke arah lensa, lindung lensa dengan tangan anda semasa merakam imej. Penggambaran Tertutup di bawah Pencahayaan Pendarfluor • Kelipan kecil pencahayaan pendarfluor boleh memberi kesan pada kecerahan dan warna imej. Peringatan Lain • Oleh sebab ciri elemen pengimejan CMOS yang digunakan kamera, subjek yang bergerak laju boleh menyebabkan herotan pada imej yang dirakam.
Mengkonfigurasi Tetapan Kamera Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau Pengawal dengan LCD yang tersedia berasingan untuk menukar tetapan kamera. Bagi maklumat tentang apl G’z EYE atau operasi Pengawal dengan LCD, rujuk kepada Panduan Pengguna yang berkenaan. Rujukan Menu REC Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik.
Tetapan Kualiti Imej Filem (Kualiti Filem) Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kualiti imej filem untuk memilih rakaman filem normal atau rakaman Filem Berkelajuan Tinggi. Kualiti Filem Kadar Bingkai Saiz Imej (Piksel) Penerangan FHD 30 fps 1920x1080 Pilih tetapan ini untuk merakam filem berdefinisi tinggi (FHD). Nisbah bidang filem yang dirakam menggunakan tetapan ini ialah 16:9. STD 30 fps 640x480 Gunakan tetapan ini untuk rakaman filem standard.
• Semasa membuat penggambaran dalam keadaan yang amat gelap atau amat terang, anda mungkin tidak dapat memperoleh hasil yang memuaskan meskipun selepas melakukan keamatan pendedahan. • Mematikan kamera akan menyebabkan tetapan ini kembali ke lalai awalnya (0.0).
Menentukan Kepekaan ISO (ISO) Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya. Tetapan Penerangan Auto Laras kepekaan secara automatik mengikut keadaan ISO80 Kepekaan lebih rendah Kelajuan pengatup perlahan Kurang hingar Kelajuan pengatup pantas (Ditetapkan untuk menangkap gambar dalam kawasan bercahaya malap.
Rujukan Menu Penyediaan Kamera Melaraskan Kecerahan Lampu Kamera (Tetapan LED Kamera) Tetapan kecerahan lampu kamera tersedia ialah “Cerah” dan “Standard”. Mengunci Orientasi Kamera (Kunci Putaran) Gunakan tetapan ini untuk mengawal sama ada kamera perlu mengesan orientasinya semasa merakam dan menyimpan maklumat orientasi dengan data imej. Mati Kamera mengesan orientasinya apabila anda merakam dan menyimpan maklumat orientasi bersama dengan data imej.
Memformat Memori Terbina Dalam atau Kad Memori (Format) Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori. Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat memori terbina dalam. • Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
Rujukan Menu Tetapan Wayarles Imej yang Ditangkap dengan Kamera Dihantar ke Telefon Pintar secara Automatik (Hantaran Auto) Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, syot kilat yang dirakam dengan kamera dihantar secara wayarles kepada telefon pintar apabila syarat tertentu dipenuhi. Lampu [WLAN] kamera akan berkelip atau menyala semasa operasi penghantaran imej sedang berlangsung. • “Hidup” tidak boleh dipilih bagi Penghantaran Auto melainkan kamera didaftarkan pada apl G’z EYE (halaman 22).
Mensaiz Semula Syot Kilat sebelum Menghantarnya ke Telefon Pintar (Saiz Semula Apabila Menghantar) Imej kamera boleh disaizkan semula apabila dihantar ke telefon pintar. 3M Imej ditukar kepada saiz 3 M sebelum dihantar. • Jika imej asal bersaiz 3 M atau kurang, ia dihantar tanpa disaiz semula. Mati Imej dihantar dalam saiz asal rakaman. • Mensaiz semula disokong untuk imej yang dirakam dengan kamera ini sahaja.
Menukar Kata Laluan Kamera untuk Sambungan LAN Wayarles (Kata laluan WLAN) Anda boleh menukar kata laluan yang anda guna apabila membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dengan telefon pintar. • Untuk menukar kata laluan LAN wayarles, nyahdaftar kamera daripada apl G’z EYE (halaman 48). • Menukar kata laluan LAN wayarles akan menamatkan sambungan dengan telefon pintar. Untuk menyambung semula dengan telefon pintar, konfigurasikan tetapan sambungan wayarles (halaman 26).
Percetakan Perkhidmatan Cetak Profesional Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej ke komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 51, 54). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula filem (halaman 53, 56). • Untuk menyunting filem, gunakan perisian yang tersedia secara komersial mengikut keperluan.
Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer Anda boleh menyambungkan kamera ke komputer anda bagi melihat dan menyimpan imej (fail syot kilat dan filem). Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
4. Pengguna Windows 10: Klik “Start” dan kemudian “Explorer”. Seterusnya, dalam bar sisi, klik “PC”. Pengguna Windows 8.1: Klik “Desktop” dan kemudian “Explorer”. Pengguna Windows 7: Klik “Start” dan kemudian “Computer”. 5. Dwiklik “Removable Disk”. • Komputer anda mengenali kad memori yang dimuat dalam komputer (atau memori terbina dalam jika tiada kad) sebagai cakera boleh alih. 6. Klik kanan folder “DCIM”. 7. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”. 8. Pengguna Windows 10, Windows 8.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda 1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya. 2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 58. . Peringatan Main Semula Filem • Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Perisian yang Diperlukan Menyimpan imej pada Macintosh anda dan melihatnya di situ secara manual OS X Pemasangan tidak diperlukan. Simpan imej pada Macintosh anda secara automatik/Urus imej OS X Gambar atau iPhoto, tergabung dengan beberapa produk Macintosh. Mainkan filem OS X 10.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Tahan dan tekan butang [POWER] selama kira-kira dua saat untuk mematikan kuasa, kemudian tanggalkan penutup (halaman 12). 2. Seterusnya, gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambung kamera pada port USB komputer anda. Port [USB] USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 16. 3.
. Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 58. . Peringatan Main Semula Filem • Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem.
Fail dan Folder Kamera mencipta fail setiap kali anda menangkap syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 58). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej pematuhan DCF. Namun, harap maklum bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej pematuhan DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej pematuhan DCF kamera ini menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej pematuhan DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya. .
Lampiran Peringatan Keselamatan *BAHAYA Simbol ini menandakan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan salah, mewujudkan bahaya kematian atau kecederaan diri yang serius. *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*BAHAYA • Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. – Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka. – Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api. – Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya. – Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
*AMARAN . Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain + • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa.
*AMARAN • Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik. • Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda. • Jangan gunakan penyesuai USB-AC di kawasan yang cecair* mungkin tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. " + - • Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas penyesuai USB-AC. Air mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
*AMARAN . Terjatuh dan Layanan Kasar - • Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa. Juga, keluarkan bateri daripada kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar. 3.
*AWAS . Penyesuai USB-AC Yang Tersedia Secara Berasingan • Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut. – Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas.
*AWAS . Lokasi Yang Perlu Dielakkan • Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. – Kawasan yang mengalami kelembapan atau debu yang tinggi – Kawasan penyediaan makanan atau lokasi lain yang ada asap minyak – Berdekatan pemanas, atas permaidani yang dipanaskan, di kawasan terdedah pada cahaya matahari, dalam kenderaan tertutup yang diletakkan di bawah matahari atau kawasan lain yang terdedah pada suhu yang sangat tinggi - .
Tahan Kejutan, Kalis Simbah, Kalis Habuk Kamera ini direka untuk tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk seperti yang diterangkan di bawah. 0 Tahan kejutan: Lulus ujian berdasarkan standard*1 bebas CASIO yang dirumuskan menurut MILStandard 810G Method 516.7-Shock.
• Periksa permukaan sentuhan penutup gasket untuk kotoran, pasir dan apa jua benda asing. Bersihkan permukaan sentuhan dengan mengelapnya dengan kain lembut, bersih dan kering. Ambil perhatian bahawa sehelai rambut atau sebutir pasir boleh menyebabkan air masuk ke dalam kamera. • Periksa penutup gasket kalis simbah bebas dari rekahan, calar dan sebarang kerosakan lain. • Tutup penutup dengan kemas. • Produk ini akan tenggelam jika diletakkan di dalam air.
. Pembersihan selepas Penggunaan Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan kamera selepas menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran, atau selut. Ambil perhatian bahawa penutup perlu ditutup dengan kemas apabila melakukan langkah-langkah ini. 1. Rendam kamera dalam air tawar. • Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar lain, dan rendam kamera selama lebih kurang 10 minit.
. Peringatan Lain • Aksesori yang dibekalkan bersama kamera tidak kalis simbah. • Mendedahkan kamera kepada impak keterlaluan boleh mengakibatkan kehilangan ciri kalis simbah. • Kelembapan pada kamera boleh membeku dalam persekitaran yang terlalu sejuk. Ais yang tertinggal pada kamera boleh mengakibatkan malfungsi. Jangan biarkan lembapan berada pada kamera dalam keadaan sejuk. • Jika air masuk ke dalam kamera dan menyebabkan malfungsi disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul, CASIO COMPUTER CO., LTD.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Kanta • Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan lensa. Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan lensa dan menyebabkan kerosakan. • Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu, seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak. . Menjaga kamera anda • Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari.
Sambungan ke LAN awam Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN wayarles awam. Kawasan penggunaan sasaran Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web yang dipautkan di bawah. http://world.casio.
. Hak Cipta Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej syot kilat atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda.
Terma berikut, yang digunakan dalam manual ini, adalah cap dagangan berdaftar atau cap dagangan pemilik mereka yang berkenaan. Perhatikan bahawa cap dagang ™ dan cap dagang berdaftar ® tidak digunakan dalam teks manual ini. • Logo microSDXC adalah cap dagang SD-3C, LLC. • Windows, Windows 7, Windows 8.1, dan Windows 10 adalah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan bagi Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
. Buka Perisian Sumber Produk ini termasuk perisian yang dilesenkan di bawah keadaan lesen di bawah. OpenVG 1.1 Reference Implementation Copyright (c) 2007 The Khronos Group Inc.
and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License. "Legal Entity" shall mean the union of the acting entity and all other entities that control, are controlled by, or are under common control with that entity.
"Contributor" shall mean Licensor and any individual or Legal Entity on behalf of whom a Contribution has been received by Licensor and subsequently incorporated within the Work. 2. Grant of Copyright License.
within a display generated by the Derivative Works, if and wherever such third-party notices normally appear. The contents of the NOTICE file are for informational purposes only and do not modify the License. You may add Your own attribution notices within Derivative Works that You distribute, alongside or as an addendum to the NOTICE text from the Work, provided that such additional attribution notices cannot be construed as modifying the License.
9. Accepting Warranty or Additional Liability. While redistributing the Work or Derivative Works thereof, You may choose to offer, and charge a fee for, acceptance of support, warranty, indemnity, or other liability obligations and/or rights consistent with this License.
See the License for the specific language governing permissions and limitations under the License. Apache License Version 2.0, January 2004 http://www.apache.org/licenses/ TERMS AND CONDITIONS FOR USE, REPRODUCTION, AND DISTRIBUTION 1. Definitions. "License" shall mean the terms and conditions for use, reproduction, and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License.
to that Work or Derivative Works thereof, that is intentionally submitted to Licensor for inclusion in the Work by the copyright owner or by an individual or Legal Entity authorized to submit on behalf of the copyright owner.
attribution notices from the Source form of the Work, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works; and (d) If the Work includes a "NOTICE" text file as part of its distribution, then any Derivative Works that You distribute must include a readable copy of the attribution notices contained within such NOTICE file, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works, in at least one of the following places: within a NOTICE text file distributed a
8. Limitation of Liability.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu operasi kamera [POWER] mula berkelip merah... Jika lampu kamera [POWER] mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Peringatan Bateri . Peringatan Semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 15°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal. • Jangan mengoyak atau menanggal label di luar bateri.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 20 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. . Menggunakan Kad Memori • Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula (halaman 29). Namun, anda disarankan supaya sentiasa membawa beberapa kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau pejabat.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai awal selepas operasi set semula dilakukan dengan apl G’z EYE atau Pengawal Dengan LCD. • Sengkang (–) menunjukkan item yang tetapannya tidak diset semula atau item yang tiada tetapan set semula. • Beberapa item menu mungkin tidak tersedia, bergantung pada mod rakaman yang digunakan. . Menu RKM Mekap Tona Kulit: 0 (Mati) Kulit Licin: 0 (Mati) Filem Antigoncang Standard Kualiti Filem FHD Kecerahan 0.
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum menggunakan kamera. 2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri (halaman 12). Jika ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO. Kamera terpadam secara tiba-tiba. 1)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 12).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Terdapat hingar digital pada imej. Kepekaan mungkin telah meningkat secara automatik untuk subjek gelap, yang meningkatkan kemungkinan hingar digital. Gunakan lampu atau cara lain untuk menerangi subjek. Imej yang direkod tidak disimpan. Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Walaupun terdapat pencahayaan yang terang, muka orang dalam imej nampak gelap.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Lain-lain Imej tidak boleh dipindahkan melalui sambungan USB. 1)Kabel USB mungkin tidak bersambung dengan betul pada kamera. Periksa semua sambungan. 2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya. 3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung terus dengan port USB komputer. Butang tidak bertindak balas sejurus kuasa dihidupkan.
Tangkapan Gambar/Masa Rakaman Filem Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Anggaran Saiz Fail 6 M (3008x2256) 4.10 MB microSD Kad Memori*2 Kapasiti Rakaman 8 2508 Filem Masa Rakaman Maksimum Saiz Fail dengan Kad Filem 1 minit Memori microSD*2 Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) Saiz Fail Maksimum Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman FHD 1920x1080 14.4 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 29 minit 26 saat 2 jam 9 minit 108 MB STD*3 640x480 3.
*1 Kapasiti memori terbina dalam selepas diformat (Kira-kira 14.8 MB) *2 Apabila menggunakan kad memori microSDHC 16 GB (SanDisk Corporation). Bilangan imej dan nilai masa rakaman bergantung pada jenis kad memori yang anda gunakan. *3 Anda boleh menggunakan apl G’z EYE atau pengawal yang tersedia berasingan dengan LCD untuk mengkonfigurasi tetapan. • Nilai kapasiti syot kilat dan rakaman filem adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja. Kapasiti sebenar bergantung pada kandungan imej.
Spesifikasi Format Fail Syot kilat: JPEG (Exif Versi 2.3), standard DCF 2.0 Filem: Format MOV, standard H.264/AVC, IMA-ADPCM (stereo) Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 14.8 MB) microSD, microSDHC, microSDXC Saiz Imej Dirakam Syot kilat: 6 M (3008x2256) Filem: FHD (1920x1080 30 fps), STD (640x480 30 fps*1), HS240 (512x384 240 fps*1), HS120 (640x480 120 fps*1) Piksel Berkesan 690 Megapiksel Elemen Pengimejan 1/2.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri Ion Litium boleh cas semula (NP-150) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 950 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 34.2 (L) x 39.8 (T) x 6.
Pengisytiharan Keakuran Mengikut Arahan Kesatuan Eropah Manufacturer: CASIO COMPUTER CO., LTD. 6-2, Hon-machi 1-chome, Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Japan Responsible within the European Union: Casio Europe GmbH Casio-Platz 1, 22848 Norderstedt, Germany www.casio-europe.com To comply with the relevant European RF exposure compliance requirements, this GZE-1 must not be co-located or operating in conjunction with other transmitter. Note: This equipment is intended to be used in all EU and EFTA countries.
Tanda FCC ialah tanda pematuhan standard di Amerika Syarikat. GUIDELINES LAID DOWN BY FCC RULES FOR USE OF THIS UNIT IN THE U.S.A. (not applicable to other areas). NOTICE This equipment has been tested and found to comply with the limits for a Class B digital device, pursuant to Part 15 of the FCC Rules. These limits are designed to provide reasonable protection against harmful interference in a residential installation.
CASIO COMPUTER CO., LTD.