User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
24
Merakam Imej dan Video
Merakam Imej dan Video
Sekarang anda sudah biasa dengan kamera anda, anda kini telah bersedia untuk
mengambil imej anda. Mengambil imej menggunakan kamera anda adalah amat
mudah.
1. Hidupkan kamera dengan menekan butang
POWER.
2. Bingkaikan tangkapan menggunakan tanda
kurung fokus pada monitor LCD. Lihat ilustrasi di
sebelah kanan.
3. Menekan butang Pengatup sehingga separuh
akan memfokus dan melaraskan pendedahan
secara automatik dan menekan butang Pengatup
sepenuhnya akan menangkap imej tersebut.
Jika ikon amaran goncang muncul, pegang kamera dengan stabil, sambil
lengan anda berada di sisi anda atau gunakan tripod untuk menstabilkan kamera
bagi menggelakkan imej kabur.
Menggunakan gabungan 5 kali zum optik dan 5 kali zum digital membenarkan
fotografi zum sehingga 25 kali pembesaran. Sungguhpun zum digital adalah satu ciri
yang berguna, semakin imej itu dibesarkan (dizumkan), semakin berpiksel (lebih
berbintik) imej akan kelihatan. Sila rujuk pada “Menetapkan Zum Digital” di halaman
44 mengenai cara menetapkan zum digital.
Untuk melaraskan zum optik:
1. Putar dail Zum untuk zum masuk atau zum keluar sesuatu imej.
2. Penunjuk zum muncul pada monitor LCD.
Mengambil Imej
Menetapkan Dail Zum
Tanda kurung fokus