User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
26
Merakam Imej dan Video
Apabila mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang bermasalah,
gunakan butang Denyar/Kanan untuk mendapatkan pendedahan yang betul. Fungsi
ini tidak boleh diaktifkan dalam rakaman video atau tangkapan berterusan.
Untuk mengaktifkan Denyar:
• Tekan butang Denyar/Kanan pada kamera
anda berulang kali sehingga mod Denyar yang
anda inginkan dipaparkan pada monitor LCD.
Kamera anda dilengkapkan dengan lima mod denyar.
• Fungsi denyar tersedia hanya apabila menangkap imej pegun. Ia tidak tersedia
untuk mod Tangkapan Berterusan dan AEB.
• Denyar tidak mengecas semasa dail Zum diputarkan. Untuk mendayakan
pengecasan denyar, lepaskan dail Zum.
Menggunakan Denyar
AUTO. Denyar menyala secara automatik apabila
lebih pencahayaan diperlukan.
Pengurangan Mata-merah. Denyar menyala dua
kali untuk mengurangkan kesan mata-merah.
Paksa hidup. Denyar menyala setiap kali anda
menekan butang Pengatup tanpa mengira
keadaan pencahayaan.
Segerak perlahan. Denyar menyala dengan
kelajuan pengatup yang perlahan.
Paksa mati. Denyar dimatikan.
Butang
Denyar/Kanan
Auto denyar didayakan.