User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))

31
Merakam Imej dan Video
Imej boleh ditangkap dengan pemandangan keseluruhan
dijadikan lebih cerah atau lebih gelap secara sengaja.
Tetapan ini digunakan apabila kecerahan yang sesuai
(pendedahan) tidak boleh didapati dalam keadaan di mana perbezaan kecerahan
antara subjek dan latar belakang (kontras) adalah terlalu besar, atau apabila subjek
yang anda ingin tangkap adalah terlalu kecil dalam pemandangan tersebut. Tersedia
untuk imej pegun sahaja.
Fungsi ini digunakan hanya dalam mod Program (halaman 38).
Untuk melaraskan tetapan EV, tekan kekunci 4 atau 6 untuk meningkatkan/
mengurangkan nilai. Ketika anda melaraskan tetapan, monitor LCD secara
serentak memaparkan imej yang mengenakan tetapan EV itu. Tekan butang OK
untuk menyimpan dan mengenakan perubahan.
Ini menetapkan imbangan putih untuk berbagai keadaan
pencahayaan dan membenarkan imej ditangkap yang
menangani keadaan seperti apa yang dilihat oleh mata
manusia.
Fungsi ini digunakan hanya dalam mod Program (halaman 38).
Sambil anda melihat semua pilihan, anda boleh pratonton pada monitor LCD
secara serentak.
Keamatan EV
Imbangan Putih
Ikon Item Penerangan
Keseimbangan
Putih Auto
Kamera secara automatik melaraskan imbangan
putih.
Hari Terang Sesuai digunakan untuk keadaan matahari cerah.
Mendung Sesuai digunakan untuk keadaan mendung.
Tungsten
Sesuai digunakan untuk imej dalam kawasan
tertutup dengan pencahayaan tungsten atau
halogen tanpa denyar.
Pendarfluor_1
Sesuai digunakan untuk imej dalam kawasan
tertutup dengan keadaan pencahayaan pendarfluor
kebiruan.
Pendarfluor_2
Sesuai digunakan untuk imej dalam kawasan
tertutup dengan keadaan pencahayaan pendarfluor
kemerahan.