User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))

36
Merakam Imej dan Video
Mod Internet membenarkan anda merakam video dengan tetapan video yang telah
dipratakrif untuk memudahkan muat naik ke laman web Internet.
Oleh itu apabila anda merakam menggunakan Mod Internet, standard berikut akan
ditepati:
Video yang dirakam ditetapkan pada resolusi standard Internet 640
x
480.
Rakaman secara automatik berhenti apabila fail mencapai saiz 1 GB.
Masa rakaman yang tersedia untuk Mod Internet ialah sehingga 10 minit.
Merakam video semasa (Web) dipilih untuk tetapan saiz filem menyebabkan
satu folder bernama “100UTUBE” diwujudkan untuk menyimpan fail filem. Ini
membantu dalam memudahkan muat naik ke YouTube.
Anda boleh merakam tiga saat pertama aksi yang anda
berkemungkinan terlepas. Selepas didayakan, fungsi ini
mula merakam video secara automatik sebelum butang
Filem ditekan. Sebaik sahaja butang Filem ditekan, tiga saat rakaman video yang
terbaharu akan ditambah pada permulaan klip.
Ikon Pra-Rakam dipaparkan dalam warna merah semasa Pra-Rakam
dihidupkan.
Pra-Rakam akan dibatalkan dalam keadaan berikut.
Apabila anda mengubah Mod Saya ke “Program” atau menukar ke mod Main
Semula
Apabila anda mematikan kuasa
Apabila anda memasuki mod USB
Mod Internet
Pra-Rakam