User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))

39
Merakam Imej dan Video
Kamera anda mempunyai ciri Pemasa-kendiri dan Tangkapan Berterusan yang boleh
ditetapkan dalam fungsi mod Pacuan dalam menu Rakam. Pemasa-kendiri
membenarkan anda untuk mengambil imej selepas lengah yang telah dipratakrif.
Manakala tangkapan berterusan membenarkan anda mengambil tangkapan berturut-
turut. Ciri ini hanya tersedia dalam rakaman imej pegun sahaja. Tetapan mod Pacuan
secara automatik ditetapkan untuk dimatikan apabila anda mematikan kamera.
Untuk menetapkan Mod Pacuan
1. Daripada menu Rakam, pilih Mod Pacuan.
2. Gunakan kekunci 8 atau 2 untuk melihat semua pilihan.
3. Tekan butang OK untuk menyimpan dan mengenakan perubahan.
Jadual di bawah menunjukkan tetapan Mod Pacuan yang tersedia.
Menetapkan Mod Pacuan
Ikon Item Penerangan
Mati Menangkap imej tanpa lengah masa.
10 sec.
Menetapkan lengah 10-saat untuk menangkap imej
selepas menekan butang Pengatup.
2 sec.
Menetapkan lengah 2-saat untuk menangkap imej
selepas menekan butang Pengatup.
Dua
Melakukan lengah dan menangkap dua kali.
Melakukan lengah 10-saat, kemudian menangkap
imej.
Melakukan satu lagi lengah 2-saat, dan kemudian
menangkap imej semula.
Tngkpn.
Berterusn
Melakukan tangkapan berterusan apabila butang
Pengatup ditekan.
Menghentikan tangkapan apabila butang Pengatup
dilepaskan.