User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
44
Merakam Imej dan Video
Ciri ini mengawal mod Zum Digital kamera anda.
Kamera anda membesarkan imej menggunakan zum optik terlebih dahulu. Apabila
skala zum melebihi 5x, kamera menggunakan zum digital.
Untuk menetapkan Zum Digital:
1. Daripada menu Rakam, pilih Zum Digital.
2. Gunakan kekunci 8 atau 2 untuk melihat semua pilihan.
3. Tekan butang OK untuk menyimpan dan mengenakan perubahan.
Jadual di bawah menunjukkan tetapan Zum Digital yang tersedia.
• Operasi Zum tidak tersedia dalam mod Penjejakan Muka dihidupkan dan rakam
imej video.
• Skala zum Bijak maksimum adalah berbeza-beza bergantung pada saiz foto.
Menetapkan Zum Digital
Ikon Item Penerangan
Zum Bijak
Membesarkan imej secara digital dengan hampir tiada
herotan.
Zum Bijak tidak disokong apabila saiz foto ialah 14 M.
Zum Standard
Membesarkan semua saiz imej sehingga maksimum 5x
pembesaran dalam pratonton, tetapi kualiti imej terjejas.
Mati Menggunakan zum optik sahaja.