User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
46
Main Semula
Main Semula
Anda boleh memainkan semula imej pegun dan klip video pada monitor LCD.
Mod navigasi Satu memaparkan imej satu persatu pada monitor LCD. Untuk melihat
imej/klip video, ikut langkah di bawah.
1. Tekan butang Main Semula pada kamera.
2. Monitor LCD memaparkan satu imej. Untuk memahami ikon dan maklumat
lain pada skrin, sila lihat “Susun Atur Monitor LCD” di halaman 19.
3. Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk melihat imej/video seterusnya/
sebelumnya.
4. Untuk memainkan klip video, tekan butang OK. Lihat “Memainkan Video” di
halaman 48 untuk butiran lanjut.
Fungsi ini membenarkan anda untuk melihat 9 imej kecil atau mengikut mod kalendar
pada monitor LCD. Mencari imej yang banyak adalah lebih mudah daripada navigasi
satu pandangan.
Untuk menetapkan mod 9-imej
1. Tekan butang Main Semula pada kamera.
2. Putar dail Zum mengikut arah lawan jam (ke kiri) sekali untuk memasuki
mod 9-imej.
3. Gunakan kawalan navigasi untuk melihat semua item.
4. Tekan butang OK untuk memilih imej dan melihatnya secara biasa.
Melihat dalam Navigasi Satu
Imej Pegun Video
Melihat Imej Kecil