User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
53
Main Semula
Fungsi persembahan slaid membolehkan anda memainkan semula imej pegun anda
secara automatik mengikut susunan satu imej pada satu masa.
Untuk melihat persembahan slaid:
1. Daripada menu Main Semula, pilih Psmbhn Slaid. Menu persembahan
slaid muncul.
2. Tetapkan tetapan persembahan slaid.
3. Pilih Bermula, kemudian tekan butang OK untuk memulakan persembahan
slaid.
4. Semasa persembahan slaid, tekan butang OK untuk menghentikan
sebentar persembahan slaid.
5. Gunakan kekunci 8 atau 2 untuk melihat semua opsyen. Pilih sama ada
untuk Sambung atau Keluar persembahan slaid.
6. Tekan butang OK untuk mengenakan opsyen yang dipilih.
Untuk mengubah tetapan persembahan slaid:
1. Daripada menu Persembahan Slaid, gunakan kekunci 8 atau 2 untuk
melihat semua pilihan.
2. Pilih tetapan Jarak masa. Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk melaras. Pilih
antara tetapan selang yang tersedia: 1 saat, 3 saat, 5 saat dan 10 saat.
3. Pilih tetapan Peralihan. Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk melaras. Pilih
antara tetapan peralihan yang tersedia.
4. Pilih tetapan Ulang. Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk melaras. Tetapan
yang tersedia adalah: Ya, Tidak.
Persembahan Slaid