User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
54
Main Semula
Tetapkan data kepada baca-sahaja untuk mengelakkan imej daripada dihapuskan
secara tidak sengaja.
Fail yang dilindungi mempunyai ikon kunci apabila dilihat dalam mod Main
Semula.
Untuk melindungi fail:
1. Daripada menu Main Semula, pilih Lindungi.
2. Submenu Lindungi dipaparkan pada monitor LCD.
Pilih tetapan yang tersedia.
• Tunggal: Pilih satu fail untuk dikunci/dibuka kunci.
• Berbilang: Pilih berbilang fail daripada pandangan imej kecil untuk dikunci/
dibuka kunci.
• Kunci semua: Kunci semua fail.
• Buka knci smua: Buka kunci semua fail.
Untuk melindungi/nyahlindungi satu fail:
1. Pilih Tunggal dalam submenu Lindungi, imej dipaparkan pada monitor LCD
dalam mod navigasi Satu.
2. Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk menatal paparan.
3. Apabila fail yang diinginkan dipaparkan pada monitor LCD, tekan butang OK
untuk memilih Kunci/Buka kunci.
4. Untuk menutup fungsi lindungi/nyahlindungi dan kembali ke mod Main
Semula, pilih Keluar.
Lindungi