User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
58
Main Semula
Fungsi Pangkas membenarkan anda untuk memangkas imej menjadi saiz imej yang
lain. Fungsi ini hanya tersedia untuk imej pegun sahaja.
Untuk memangkas imej:
1. Tekan butang Main Semula pada kamera.
2. Tekan kekunci 4 atau 6 untuk menatal dan memilih imej untuk dipangkas.
3. Tekan butang Menu untuk melancarkan menu Main Semula.
4. Pilih Pangkas. Susun atur skrin Pangkas dipaparkan pada monitor LCD.
5. Gunakan dail Zum untuk mengubah saiz semasa zum masuk/keluar.
6. Gunakan kawalan navigasi untuk mengalih imej.
7. Tekan butang OK untuk mengenakan perubahan. Pilihan menu muncul.
8. Pilih tetapan yang tersedia.
• Tlis ganti: Simpan dan ganti fail lama dengan yang baharu.
• Smpn sbg: Simpan fail baharu sebagai yang baharu.
• Batal: Batal Pangkas.
9. Tekan butang OK untuk menyimpan/membatalkan perubahan.
• Fungsi Pangkas tidak tersedia untuk imej yang mempunyai saiz imej yang
ditetapkan pada VGA.
• Semua imej akan dipangkas pada nisbah 4:3 tanpa mengira nisbah imej asalnya.
Pangkas
No. Penerangan
1 Imej yang dibesarkan
2 Penunjuk 4-cara
3 Saiz dipangkas
4 Anggaran lokasi kawasan yang dipangkas
5 Kawasan imej