User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))

59
Main Semula
Ubah saiz imej yang telah disimpan sebelumnya dan hanya mengubah saiz ke saiz
yang lebih kecil sahaja yang tersedia.
Untuk mengubah saiz imej:
1. Tekan butang Main Semula pada kamera.
2. Tekan kekunci 4 atau 6 untuk menatal dan memilih imej untuk diubah saiz.
3. Tekan butang Menu untuk melancarkan menu Main Semula.
4. Pilih Ubah Saiz. Submenu Ubah Saiz dipaparkan pada monitor LCD.
5. Pilih saiz antara: 8 M, 5 M, 3 M dan VGA. Tetapan saiz yang tersedia boleh
berbeza-beza bergantung pada saiz imej asal. Tetapan yang tidak tersedia
muncul sebagai ikon kelabu dalam submenu Ubah Saiz.
6. Selepas memilih saiz, pilihan menu muncul. Pilih tetapan yang tersedia.
Tlis ganti: Simpan dan ganti fail lama dengan yang baharu.
Smpn sbg: Simpan fail baharu sebagai yang baharu.
Batal: Batal ubah saiz.
7. Tekan butang OK untuk menyimpan/membatalkan perubahan.
Fungsi Ubah Saiz tidak tersedia untuk imej yang mempunyai saiz imej yang
ditetapkan pada VGA.
Ubah Saiz