User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
63
Menggunakan Menu Sediakan
Fungsi Jimat Kuasa membenarkan anda untuk menetapkan masa melahu di mana
selepas itu kamera secara automatik ditetapkan ke mod tidur untuk menjimatkan
kuasa. Selepas satu minit berada dalam mod tidur, kamera akhirnya mematikan
kuasa.
Fungsi ini tidak tersedia dalam keadaan berikut:
• Merakam fail video
• Memainkan persembahan slaid/fail video
• Menggunakan penyambung USB
Mendayakan fungsi Jimat LCD untuk mengurangkan kecerahan LCD secara
automatik bagi menjimatkan kuasa bateri. Apabila kamera melahu untuk 20 saat,
LCD menjadi gelap. Tekan mana-mana butang untuk kembali ke kecerahan biasa.
• Kamera melahu dan memasuki mod Jimat LCD apabila tiada butang ditekan. Jimat
LCD, walaupun didayakan, tidak berfungsi semasa main semula video,
persembahan slaid dan rakaman video.
Gunakan fungsi Tarikh & Masa untuk menetapkan tarikh dan masa kamera anda.
Fungsi ini berguna dalam meletakkan cap tarikh pada imej yang ditangkap. Kamera
anda menggunakan format masa 24-jam.
1. Gunakan kawalan navigasi untuk melaras nilai tarikh dan masa. Dengan
terus menekan kekunci 2 atau 8, nilai angka berubah secara berterusan.
2. Tekan butang OK untuk mengenakan perubahan.
Tentukan dalam bahasa apa menu dan mesej perlu dipaparkan pada monitor LCD.
1. Gunakan kawalan navigasi untuk menatal semua senarai dan pilih bahasa
yang diinginkan.
2. Tekan butang OK untuk mengesahkan dan mengenakan tetapan.
Menetapkan Jimat Kuasa
Menetapkan Jimat LCD
Menetapkan Tarikh & Masa
Menetapkan Bahasa