User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
67
Membuat Sambungan
Anda boleh memindahkan imej dan video ke komputer anda.
• Jangan menanggalkan kabel USB atau mengendalikan kamera semasa melihat
atau menyimpan imej. Perbuatan itu boleh merosakkan data.
1. Sambungkan satu hujung kabel USB
ke port USB yang tersedia pada
komputer anda.
2. Sambungkan hujung kabel USB yang
satu lagi ke port USB pada sisi
kamera anda.
3. Hidupkan kamera.
4. Komputer mula mengesan
sambungan manakala
“Menyambung...” muncul pada
monitor LCD.
5. Sambungan diwujudkan setelah Mod PC muncul pada monitor LCD.
6. Capai fail dalam kamera menggunakan komputer anda.
• Memori dalaman dan kad memori kamera akan dipaparkan sebagai pemacu boleh
alih keluar dalam komputer.
• Selepas sambungan, tiada imej dipaparkan pada monitor LCD.
Menyambungkan Kamera ke Komputer
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam,
mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam
memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera,
yang akan menjadikannya mustahil untuk memainkan semula imej pada kamera
dan boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik. Apabila anda
mahu mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula imej,
lakukannya hanya pada imej yang disimpan pada komputer anda.
Kabel USB (disertakan
bersama kamera)