User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
69
Membuat Sambungan
• Macintosh
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya.
3. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
4. Pada kamera, tekan butang POWER untuk mematikan kamera. Kemudian,
putuskan sambungan kamera daripada komputer
.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda
•Windows
1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
• Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 80.
• Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
• Macintosh
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
• Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 80.
• Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).