User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
76
Lampiran
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini perkara biasa dan
tidak bermakna kerosakan.
. Hak Cipta
Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej syot kilat
atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah
dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran
persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali,
walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda. Tidak kira sama ada fail tersebut
dibeli oleh anda atau didapati secara percuma, menyiarkan pada laman web, laman
perkongsian fail atau mana-mana laman Internet lain atau mengedar fail kepada
pihak ketiga tanpa kebenaran pemilik hak cipta adalah dilarang sama sekali oleh
undang-undang hak cipta dan perjanjian antarabangsa. Sebagai contoh, memuat
naik atau mengedar imej Internet program TV, konsert siaran langsung, video muzik
dsb. yang ditangkap atau direkod oleh anda mungkin melanggar hak orang lain.
Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak bertanggungjawab
terhadap penggunaan produk dalam sebarang cara yang melanggar hak cipta orang
lain atau mencabul undang-undang hak cipta.
Perhatikan bahawa cap dagang
™ dan cap dagang berdaftar
®
tidak digunakan
dalam teks manual ini.
• Logo SDXC adalah cap dagang SD-3C, LLC.
• Microsoft, Windows, Windows Vista, Windows 7 dan DirectX ialah cap dagang
berdaftar atau cap dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara
lain.
• Macintosh, Mac OS dan QuickTime ialah cap dagang Apple Inc.
• Semua syarikat atau nama produk lain yang disebut di sini ialah cap dagang
berdaftar atau cap dagang syarikat mereka masing-masing.
Mana-mana dan semua penyalinan, pengedaran, dan pemindahan tanpa kebenaran
bagi tujuan komersial perisian yang disediakan oleh CASIO untuk produk ini adalah
dilarang.
Terma berikut, yang digunakan dalam manual ini, adalah cap dagangan berdaftar
atau cap dagangan pemilik mereka yang berkenaan.