User manual - QVR70_M29_FB (Malay (macrolanguage))
79
Lampiran
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
• Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam
terus data pada kad memori.
• Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam terus datanya.
• Gunakan fungsi format (halaman 65) untuk memadam terus data daripada memori
terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
Kamera anda secara automatik mencipta direktori folder yang khusus dalam memori
dalaman (atau kad memori) untuk menyusun imej dan video yang ditangkap.
Nama fail bermula dengan “CIMG” dan diikuti dengan nombor 4-angka yang
meningkat mengikut turutan. Penomboran fail bermula daripada 0001 apabila folder
baharu dicipta.
Jika nombor folder tertinggi adalah 999 dan nombor fail tertinggi melebihi 9999,
kamera akan memaparkan mesej amaran “Folder tidak dapat dicipta”. Apabila ini
berlaku, cuba salah satu daripada cara berikut:
• Tetapkan semula nombor fail. Lihat “Menetapkan Penomboran Fail” di halaman 64.
. Mengenai DCF
Operasi berikut disokong untuk imej komplian DCF. Namun, harap maklum bahawa
CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini.
• Memindahkan imej komplian DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan
melihatnya.
• Mencetak imej komplian DCF kamera menggunakan pencetak pengilang lain.
• Memindahkan imej komplian DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya.
Mengenai Folder dan Nama Fail
Penamaan Fail