User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))
25
Merakam Imej dan Video
Apabila mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang bermasalah,
gunakan butang Denyar/Ke Bawah untuk mendapatkan pendedahan yang betul.
Fungsi ini tidak boleh diaktifkan dalam rakaman video atau tangkapan berterusan.
Untuk mengaktifkan Denyar:
• Tekan butang Denyar/Ke Bawah pada kamera
anda berulang kali sehingga mod Denyar yang
anda inginkan dipaparkan pada monitor LCD.
Kamera anda dilengkapkan dengan lima mod
denyar.
• Fungsi denyar tersedia hanya apabila menangkap imej pegun. Ia tidak tersedia
untuk mod Letusan dan AEB.
• Denyar tidak mengecas semasa dail Zum diputarkan. Untuk mendayakan
pengecasan denyar, lepaskan dail Zum.
Menggunakan Denyar
Auto Denyar. Denyar menyala secara automatik
apabila lebih pencahayaan diperlukan.
Kurangan Mata Merah. Denyar menyala dua kali
untuk mengurangkan kesan mata-merah.
Paksa Hidup. Denyar menyala setiap kali anda
menekan butang Pengatup tanpa mengira
keadaan pencahayaan.
Sgrk Prlhn. Denyar menyala dengan kelajuan
pengatup yang perlahan.
Paksa Mati. Denyar dimatikan.
Butang Denyar/
Ke Bawah
Pengurangan mata
merah didayakan










