User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))

26
Merakam Imej dan Video
Fungsi ini membenarkan pengguna untuk mentakrifkan jenis fokus semasa merakam
imej pegun.
Untuk menetapkan mod Fokus:
Tekan butang Makro/Kiri berulang kali sehingga
ikon mod Fokus yang diinginkan dipaparkan di
sudut kiri sebelah bawah monitor LCD.
Kamera anda menyokong lima mod fokus.
Menetapkan Mod Fokus
Fokus Auto. Dengan fokus auto, kamera akan
fokus pada subjek secara automatik.
Super Makro. Mod ini direka untuk fotografi jarak
dekat.
Fokus Sorot. Fokus dalam mod ini memberikan
Kedalaman Medan (DOF) maksimum, tidak direka
untuk fotografi jarak dekat.
Infiniti. Apabila Infiniti ditetapkan, kamera akan
memfokus pada objek jauh.
Fokus Manual. Dengan fokus manual, anda boleh melaraskan jarak fokus dari
30 sm hingga 100 sm dengan menekan kekunci 8 atau 2. Tekan butang OK
untuk mengunci fokus dan keluar dari skrin pelarasan.
Fokus Manual boleh digunakan hanya dalam mod Program (halaman 38).
Butang Makro/
Kiri
Fokus Manual
didayakan