User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))
28
Merakam Imej dan Video
Tekan butang Fungsi/Padam dalam mod Rakam akan memaparkan Menu Fungsi
dengan ciri-ciri paling biasa bagi foto dan filem.
• Bar Menu memaparkan status semasa tetapan kamera
anda. Hanya fungsi yang tersedia untuk tetapan itu
ditunjukkan sebagai ikon pada bar menu.
• Opsyen yang tersedia untuk setiap item pada bar menu
ditunjukkan dalam opsyen Menu.
• Gunakan kekunci 4 atau 6 untuk melihat semua
pilihan menu, dan kemudian tekan butang OK untuk
menyimpan dan mengenakan perubahan.
Mod Saya menunjukkan Mod Adegan yang tersedia, di
mana Mod Adegan yang dipilih diserlahkan. Ikon dalam
bar menu berubah kepada ikon Mod Adegan yang dipilih.
Untuk butiran lanjut tentang Mod Adegan, lihat halaman 38.
Fungsi Nisbah Bidang digunakan untuk menetapkan
nisbah lebar kepada tinggi bagi sesuatu imej.
Memaparkan baki tangkapan yang tersedia dalam teks
bantuan secara serentak semasa memilih opsyen yang berbeza.
Menggunakan Menu Fungsi
Tekan butang Fungsi/Padam kamera anda untuk melancarkan Menu
Fungsi.
Tekan butang Fungsi/Padam semula untuk menutup menu.
Mod Saya
Nisbah Bidang
Bar Menu
Opsyen Menu










