User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))
49
Main Semula
Fungsi pandangan zum berfungsi pada imej pegun
sahaja.
• Dalam pandangan biasa, putar dail Zum mengikut arah
jam (ke kanan) berulang kali sehingga mendapat
pandangan zum yang diinginkan.
• 4 anak panah pada monitor LCD menunjukkan bahawa
imej telah dizum masuk.
• Anda boleh mengezum untuk melihat imej sehingga
12x zum.
• Gunakan kawalan navigasi untuk melihat imej yang dizum.
• Tekan butang Menu untuk menutup pandangan zum.
Setiap tekanan kekunci 8 akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah.
Hanya imej pegun boleh diputar.
1. Tekan butang Main Semula pada kamera.
2. Gunakan kawalan navigasi untuk menatal semua
imej yang disimpan. Klip video mempunyai
paparan ikon video pada skrin.
3. Tekan butang OK untuk memainkan video.
4. Semasa main semula, tekan dan jangan lepaskan kekunci 4 atau 6 untuk
maju pantas/mandir video itu. Kamera menyokong kelajuan maju dan
mandir sehingga 4x kelajuan.
5. Semasa main semula, gunakan dail Zum untuk mengawal kelantangan.
Putar mengikut arah jam (ke kanan) untuk menguatkan kelantangan/Putar
mengikut arah lawan jam (ke kiri) untuk memperlahankan kelantangan.
6. Tekan kekunci 8 untuk menghentikan sebentar main semula. Tekan
kekunci 8 semula untuk meneruskan. Apabila dihentikan sebentar,
maklumat mainan akan kekal berada pada skrin tetapi akan
menjadi .
7. Untuk maju atau mandir video bingkai per bingkai, tekan kekunci 8 untuk
menghentikan sebentar main semula, kemudian tekan kekunci 4 atau 6.
8. Tekan kekunci 2 untuk menghentikan main semula. Monitor LCD
memaparkan imej bingkai video dalam mod navigasi Satu.
Mengezum Imej
Memutar Imej
Memainkan Video










