User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))
50
Main Semula
• Maklumat mainan, kecuali ikon , akan dipaparkan apabila video
dihentikan sebentar, semasa mod Mandir/Maju Pantas atau bingkai per bingkai.
• Kelantangan tidak boleh dilaraskan apabila menghentikan sebentar atau semasa
mod Mandir/Maju Pantas.
Apabila klip video dihentikan sebentar, tekan butang Fungsi/Padam untuk memasuki
mod Edit Filem. Panel Edit yang dipaparkan di penjuru kiri bawah skrin manakala bar
masa dan panjang filem dipaparkan di bahagian bawah skrin.
Tetapkan Titik Mula/Tamat
1. Gunakan kekunci 8 dan 2 bagi memilih untuk
menentukan titik mula filem yang dipotong.
Seterusnya, gunakan kekunci 4 dan 6 bagi
memilih untuk menentukan titik tamat filem
yang dipotong.
2. Menekan 4 atau 6 mengalihkan 1/30-saat
dalam salah satu arah. Filem mestilah minimum
dua saat panjang.
3. Pilih untuk pratonton atau untuk
menyimpan klip video.
4. Pilih dan tekan butang OK untuk keluar dari
mod Edit Filem dan kembali ke masa yang
dihentikan sebentar sama ada titik Mula/Tamat
ditetapkan atau tidak.
• Klip video yang diedit akan disimpan sebagai fail berasingan yang boleh diedit lagi.
Menggunakan Edit Filem
Titik Mula
Panel Edit
Bar Masa
Titik Tamat
Pratonton
Simpan
Kembali
Panjang Filem










