User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))

61
Main Semula
Imej pemula masih akan dipaparkan pada pemulaan walaupun imej yang dipilih
telah dipadam.
DPOF ialah singkatan untuk Format Susunan Cetak Digital, yang membenarkan
anda untuk membenam maklumat cetakan pada kad memori anda. Anda boleh
memilih imej untuk dicetak dan berapa banyak cetakan untuk dibuat menggunakan
menu DPOF dalam kamera dan memasukkan kad memori pada pencetak serasi kad.
Apabila pencetak mula mencetak, ia akan membaca maklumat yang terbenam pada
kad memori dan mencetak imej yang ditentukan.
Untuk menetapkan DPOF:
1. Tekan butang Menu untuk melancarkan menu Main Semula.
2. Pilih DPOF. Submenu akan muncul. Tetapan yang tersedia adalah seperti
berikut.
Tunggal: Pilih satu imej untuk ditanda.
Semua: Tanda semua imej dalam kad memori.
Set Semula: Menetapkan semula semua tetapan DPOF kepada tetapan lalai
awal.
Untuk menetapkan DPOF pada satu imej/semua imej:
1. Pilih Tunggal atau Semua pada submenu DPOF.
2. Untuk satu imej, gunakan kekunci 4 atau 6 untuk menatal dan memilih imej
bagi ditanda untuk cetakan.
3. Tentukan bilangan salinan. Gunakan kekunci 2
atau 8 untuk menambah/mengurangkan
bilangan.
4. Tekan butang Fungsi/Padam untuk togol antara menghidupkan/mematikan
cap tarikh.
5. Tekan butang OK untuk menyimpan tetapan DPOF.
Untuk menetapkan semula DPOF:
1. Pilih Set Semula pada submenu DPOF. Mesej pengesahan muncul.
2. Pilih Ya.
3. Tekan butang OK untuk menetapkan semula tetapan DPOF.
DPOF