User manual - QVR300_QVR80_M29_FA (Malay (macrolanguage))

65
Menggunakan Menu Sediakan
Fungsi ini mengawal paparan ikon pada monitor LCD bagi kedua-dua mod Rakam
dan mod Main Semula.
Tetapan yang tersedia adalah: Hidup, Maklumat Terperinci, Mati.
Jika Mod Paparan ditetapkan kepada Mati, ikon mod dan baki syot akan dipaparkan
selama 2 saat dalam situasi berikut:
Hidupkan kamera
Tukar daripada mod Main Semula kepada Rakam
Selepas merakam
Tutup menu dan kembali ke pratonton
Fungsi ini membenarkan anda untuk memilih kaedah bagi menguntukkan nombor fail
pada imej.
Tetapan yang tersedia adalah:
Siri: Untukkan nombor pada fail menurut turutan walaupun folder diubah.
Set Semula: Penomboran fail akan bermula daripada 0001 setiap kali folder
diubah atau memori diformat.
Untuk memahami folder dan struktur fail kamera anda, lihat “Mengenai Folder dan
Nama Fail” di halaman 84.
Gunakan fungsi TV Keluar untuk melaraskan isyarat output video bagi menyesuaikan
tetapan wilayah yang berbeza. Jika TV Keluar tidak ditetapkan dengan betul, imej
mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul di TV.
Tetapan yang tersedia adalah:
NTSC: Terpakai di Jepun, AS, Kanada, Taiwan dan lain-lain.
PAL: Terpakai di Eropah, Asia (tidak termasuk Taiwan), Oceania dan lain-lain.
Menetapkan Mod Paparan
Menetapkan Penomboran Fail
Menetapkan TV Keluar