User Manual

19
Untuk menyalin fail dari komputer ke memori dalaman
projektor
z Prosedur ini disokong pada komputer yang menjalankan salah satu sistem pengendalian di
bawah.
Windows: XP, Vista, 7, 8, 8.1 (Dilog masuk dengan keistimewaan pentadbir)
Mac OS: 10.6, 10.7, 10.8, 10.9 (Dilog masuk dengan akaun akar atau akaun pengguna)
z Untuk melaksanakan prosedur di bawah, anda mesti memilih terlebih dahulu salah satu yang
berikut sebagai sumber input: Komputer, Video, S-Video (Siri XJ-M sahaja) atau HDMI. Anda
tidak akan dapat melaksanakan operasi ini jika Pemapar Fail atau mana-mana sumber ipunt
selain sumber di atas dipilih.
1.
Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Multimedia”, dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
3.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Fungsi Storan Dalaman”, dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
4.
Apabila muncul mesej “Matikan projektor untuk menggunakan storan dalaman.”,
tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan mematikan kuasa projektor. Penunjuk POWER/STANDBY akan menyala ambar dan
penunjuk TEMP akan menyala merah.
5.
Tekan kekunci [P] (Kuasa) projektor untuk menghidupkan kuasa.
z Penunjuk POWER/STANDBY akan menyala hijau dan penunjuk TEMP akan menyala merah.
Ini menunjukkan bahawa fungsi storan dalaman projektor beroperasi. Anda tidak dapat
menayangkan imej menggunakan projektor pada masa ini.
6.
Jika pemacu kilat USB atau apa-apa media boleh alih lain disambungkan pada
komputer anda, tanggalkannya.
7.
Gunakan kabel USB yang boleh didapati secara komersil untuk menyambungkan
port USB-B projektor (jenis USB B Mikro) kepada port USB komputer anda.
z Lokasi port USB-B projektor ini ditunjukkan oleh “*
2
” dalam ilustrasi di bawah “Menyambung
Kabel Projektor” (halaman 11).
z Selepas anda melakukannya, memori dalaman projektor akan dikenali oleh komputer anda
sebagai pemacu cakera boleh alih dinamakan “InternalMem”.
8.
Di komputer, buka pemacu “InternalMem”.
Windows:
Apabila kotak dialog “AutoPlay(Automain) muncul pada skrin komputer anda, klik “Open folder
to view files” (Buka folder untuk melihat fail). Jika kotak dialog “AutoPlay” (Automain) tidak
muncul, lakukan operasi berikut: [Start] 3 [Computer] 3 Klik dua kali “InternalMem”.
Mac OS:
Ikon pemacu “InternalMem” akan muncul pada desktop Mac. Klik dua kali untuk membukanya.
C