User Manual

21
Memulakan Tayangan Fail yang Terletak dalam Memori
Dalaman Projektor
1.
Jika pemacu kilat USB atau peranti USB lain disambungkan pada port USB-A
projektor, putuskan sambungannya.
2.
Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”.
3.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
4.
Pada kotak dialog yang muncul, sahkan bahawa “Pemapar Fail” dipilih dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan memulakan Pemapar Fail dan memaparkan skrin utama Pemapar Fail seperti yang
ditunjukkan di bawah.
5.
Bergantung pada jenis fail yang anda mahu tayang, lakukan salah satu operasi di
bawah.
Untuk menayang fail jenis ini: Lakukan operasi ini:
Fail Persembahan “Untuk menayang fail persembahan” (halaman 27)
Fail PDF “Untuk menayang fail PDF” (halaman 28)
Fail Imej “Untuk menayang fail imej” (halaman 29)
Fail Filem “Untuk menayang fail filem” (halaman 29)