User Manual

31
Operasi Menu Fail
Terdapat dua paparan berbeza untuk menu fail Pemapar Fail: paparan senarai dan paparan ikon.
Paparan Senarai
Paparan ini menunjukkan senarai nama folder dan fail dalam memori dalaman projektor, atau pada
peranti memori yang bersambung pada port USB projektor. Folder dan fail dipaparkan dalam format
ini sejurus anda pergi dari skrin utama Pemapar Fail ke Mod Persembahan, Mod Pemapar PDF, Mod
Slaid atau Mod Filem.
Paparan Ikon
Paparan ini menunjukkan kedua-dua ikon dan nama untuk folder dan fail. Lakaran kecil dipaparkan
untuk semua fail yang boleh dimainkan semula oleh Pemapar Fail.
Untuk togol menu fail antara paparan senarai dan paparan ikon
Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Tukar format skrin” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
z Anda boleh menetapkan sama ada paparan senarai atau paparan ikon sebagai paparan lalai.
Untuk maklumat lanjut, lihat “Mengkonfigurasi Seting Pemapar Fail” di halaman 32.
Untuk menatal menu fail
Tekan kekunci [ ] untuk tatal ke hadapan dan kekunci [ ] untuk tatal ke belakang.
Untuk membuka folder
Gunakan kekunci kursor untuk mengalih penonjolan ke folder yang anda mahu buka dan kemudian
tekan kekunci [ENTER].
Untuk keluar dari folder semasa dan bergerak naik ke aras
seterusnya
Tekan kekunci [ESC].
Untuk kembali ke skrin utama dari menu fail
Tekan kekunci [FUNC]. Pada menu yang muncul, pilih “Kembali ke menu atas” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].