User Manual

35
Untuk tayangan auto fail imej atau fail filem dari memori
dalaman projektor
1.
Lakukan langkah 1 hingga 8 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke
memori dalaman projektor” (halaman 19).
2.
Buat folder bernama “AUTORUNC” (semua aksara huruf besar bit tunggal)
dalam direktori akar pemacu “InternalMem” (memori dalaman projektor).
3.
Masukkan semua fail imej atau fail filem yang anda mahu tayang dengan
Autojalan ke dalam folder yang anda buat dalam langkah 2.
z Jika anda mahu tayang auto fail filem, letakkan hanya satu fail filem ke dalam folder
“AUTORUNC”. Jangan letakkan sebarang fail lain ke dalam folder tersebut. Sekiranya ada
kedua-dua fail filem dan fail imej dalam folder “AUTORUNC”, fail imej akan diberi keutamaan
dan fail filem tidak akan dimainkan.
z Berbilang fail imej boleh diletakkan dalam folder “AUTORUNC” tanpa sebarang masalah. Jika
berlaku masalah, menghidupkan kuasa projektor dalam langkah 6 di bawah akan memulakan
persembahan slaid imej tersebut.
4.
Matikan projektor.
5.
Jika pemacu kilat USB atau peranti USB lain disambungkan pada port USB-A
projektor, putuskan sambungannya.
6.
Hidupkan projektor.
z Ini secara automatik akan menayang fail yang anda letak dalam folder AUTORUNC dalam
langkah 3 di atas.