User Manual

37
Mesej Ralat Pemapar Fail
Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan
Folder tidak mengandungi
sebarang fail imej.
Tiada folder atau fail yang boleh dipapar dalam folder yang anda sedang
cuba capai dengan Pemapar Fail. Guna komputer anda untuk menyemak
kandungan folder tersebut. Untuk butiran lanjut mengenai format fail yang
disokong untuk main semula Projektor Data, lihat “Fail Main Semula yang
Disokong” (halaman 18).
Fail ECA/PtG ini tidak boleh
dimainkan.
Mungkin terdapat ralat dalam fail ECA atau fail PtG itu sendiri. Mainkan
semula fail ECA atau fail PtG menggunakan EZ-Converter FA pada komputer
dan semak fail tersebut.
Tidak boleh memaparkan fail imej. z Anda mungkin sedang mencuba untuk memainkan semula imej yang
format dan/atau saiznya tidak disokong oleh Pemapar Fail. Semak “Fail
Main Semula yang Disokong” (halaman 18)
z Mungkin terdapat ralat dalam fail imej itu sendiri. Buka fail imej pada
komputer anda dan semak fail tersebut.
Fail filem ini tidak boleh dimain
semula.
z Anda mungkin sedang mencuba untuk memainkan semula filem yang
format dan/atau saiznya tidak disokong oleh Pemapar Fail. Semak “Fail
Main Semula yang Disokong” (halaman 18)
z Mungkin terdapat ralat dalam fail filem itu sendiri. Buka fail filem pada
komputer anda dan semak fail tersebut.
Fail PDF ini tidak boleh dipaparkan. Untuk maklumat mengenai jenis fail PDF yang boleh dipaparkan oleh
Pemapar Fail, lihat “Fail Main Semula yang Disokong” (halaman 18).
Ralat Capaian Memori Dalaman Ralat mungkin dijana oleh folder atau fail tertentu dalam memori dalaman
projektor. Lakukan langkah 1 hingga 8 di bawah “Untuk menyalin fail dari
komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 19) dan kemudian buka
pemacu “InternalMem” (memori dalaman projektor) pada komputer anda.
Semak jika semua folder dan fail dalam “InternalMem” boleh dibuka seperti
biasa. Jika anda mengalami masalah dengan mana-mana fail atau folder,
padamkannya.
Jika anda tidak boleh membuka mana-mana fail dalam memori dalaman
projektor dengan komputer anda atau jika anda tidak boleh membuka
pemacu “InternalMem” itu sendiri, ia mungkin bermakna terdapat masalah
dengan sistem fail memori dalaman projektor. Dalam kes ini, lakukan
prosedur di bawah “Untuk memformat memori dalaman projektor (Pengguna
Windows sahaja)” (halaman 22).
Gagal kerana kapasiti memori
dalaman tidak mencukupi.
Baki kapasiti memori dalaman projektor yang tersedia tidak mencukupi.
Lakukan langkah 1 hingga 8 di bawah “Untuk menyalin fail dari komputer ke
memori dalaman projektor” (halaman 19) dan kemudian buka pemacu
“InternalMem” (memori dalaman projektor) pada komputer anda. Kemudian,
padam fail yang anda tidak perlukan lagi.
Fail ini tidak boleh dimain semula. Untuk maklumat mengenai jenis fail yang boleh dipaparkan oleh Pemapar
Fail, lihat “Fail Main Semula yang Disokong” (halaman 18).
Tidak menemui fail imej. Memori dalaman projektor atau pemacu kilat USB yang disambungkan tidak
mengandungi apa-apa, atau terdapat sedikit masalah dengan sistem fail.
Guna komputer anda untuk menyemak kandungan memori dalaman
projektor atau pemacu kilat USB.
B