User Manual

38
Menggunakan EZ-Converter FA untuk Menukar Fail PowerPoint
kepada Fail ECA atau PtG
EZ-Converter FA adalah perisian komputer untuk menukar fail PowerPoint kepada fail ECA atau fail
PtG, yang boleh dimainkan semula menggunakan Pemapar Fail projektor. EZ-Converter FA
menyokong penukaran fail yang dibuat dengan Microsoft Office PowerPoint 2003, 2007 dan 2010.
Sebelum cuba menggunakan EZ-Converter FA, pastikan anda pergi ke laman web CASIO
(https://www.casio-intl.com/support/) dan semak maklumat di situ mengenai keperluan
sistem komputer minimum dan syarat berkenaan muat turun dan penggunaan.
Prosedur di bawah mengandaikan anda telah memasang EZ-Converter FA pada komputer
anda.
Main semula dan tayangan fail ECA atau fail PtG biasanya akan dapat menghasilkan semula
peralihan, animasi dan kesan khas lain bagi fail PowerPoint asal kecuali untuk beberapa
pengecualian tertentu (diterangkan di bawah).
Memulakan operasi penukaran dengan EZ-Converter FA akan menukar seting skrin komputer
anda seperti di bawah buat seketika. Seting skrin akan kembali semula kepada keadaan asal
selepas operasi penukaran selesai.
Resolusi skrin fail ECA atau fail PtG akan bertukar kepada resolusi yang ditentukan oleh seting
EZ-Converter FA (800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau 1280 × 800) apabila operasi
penukaran fail bermula. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting ini, lihat “Untuk
menentukan resolusi skrin fail ECA atau fail PtG” (halaman 41).
Penukaran objek OLE (filem, audio dsb.) dan objek VBA dalam fail PowerPoint tidak
disokong.
Penukaran operasi pemasa dan ulang dalam animasi fail PowerPoint tidak disokong.
Animasi dalam fail PowerPoint ditukar sehingga masa yang ditetapkan oleh “Untuk
menentukan masa paparan animasi maksimum” (halaman 41), dan semua animasi selepas
itu dipotong. Apabila sampai ke tempat terakhir animasi ditukar semasa main semula fail
yang ditukar, main semula akan jeda, dan anda perlu menekan kekunci [ENTER] untuk pergi
ke langkah seterusnya.
Fail PowerPoint sumber dimainkan apabila anda menukar fail dengan EZ-Converter FA. Jika
tiada perubahan pada skrin selama tiga saat yang berturutan semasa main semula ini,
katakan antara Titik A dan B, contohnya, kesan pada Titik B dalam fail asal diabaikan dan
tidak ditukar. Apabila sampai ke Titik B semasa main semula fail yang ditukar, main semula
akan jeda, dan anda perlu menekan kekunci [ENTER] untuk pergi ke langkah seterusnya.
Sistem Pengendalian: Pertukaran:
Windows XP Resolusi skrin bertukar kepada 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
Pecutan perkakasan kad paparan dinyahdayakan.
Windows Vista atau
Windows 7
Resolusi skrin bertukar kepada 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
Windows bertukar kepada mod Asas (Windows Aero
TM
dinyahdayakan).
Windows 8 Resolusi skrin bertukar kepada 800 × 600, 1024 × 768, 1280 × 768 atau
1280 × 800.
D