User Manual

43
Gambaran Keseluruhan Fungsi Paparan USB
Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB* membolehkan tayangan kandungan skrin
komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya
mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain.
* Untuk menggunakan fungsi Paparan USB, sambungkan komputer pada port USB-B projektor.
Keperluan Sistem Komputer Minimum
z Sistem Pengendalian yang Disokong
Windows XP SP3, Windows Vista SP1 (32bit), Windows 7 SP1 (32bit, 64bit), Windows 8/8.1 (64bit)
atau Mac OS (10.6, 10.7, 10.8, 10.9)
Perhatikan bagaimanapun, fungsi mungkin dihadkan oleh sistem pengendalian yang digunakan.
z Dilengkapi port USB Jenis A (USB 2.0).
z Log masuk ke Windows dengan keistimewaan pentadbir untuk menggunakan fungsi paparan
USB. Anda tidak akan dapat menggunakan paparan USB jika anda log masuk ke Windows
dengan akaun bukan pentadbir.
Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan
USB
Operasi yang anda perlu lakukan kali pertama anda bersambung pada komputer untuk menayang
kandungan paparannya (diterangkan di bawah) bergantung pada sama ada komputer menjalankan
Windows atau Mac OS. Selepas itu, gunakan prosedur di bawah “Untuk menayang kandungan skrin
komputer melalui sambungan USB buat kali pertama” (halaman 47), yang sama untuk mana-mana
sistem pengendalian.
Lakukan salah satu prosedur di bawah, bergantung pada sistem pengendalian komputer anda.
Menayang dengan Fungsi Paparan USB
(Model USB Sahaja)