User Manual

48
Anda boleh menyambungkan kalkulator graf CASIO pada Projektor Data menggunakan kabel USB
dan menayang imej skrin kalkulator dengan Projektor Data. Sambungan USB kalkulator graf CASIO
berikut disokong.
z ClassPad II (fx-CP400)
z ClassPad 330 PLUS
z Siri fx-CG
z Siri fx-9860G
z Siri fx-9860GII
z fx-9750GII
z GRAPH 95/85/85 SD/75/75+/35+
Untuk menayang imej skrin kalkulator graf
1.
Semasa projektor dihidupkan, sambung kabel USB yang dibekalkan bersama
kalkulator graf pada port USB-A projektor dan port USB kalkulator graf.
2.
Pada projektor, tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog
“Input”.
3.
Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Pemapar” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
4.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Alat USB CASIO” dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
5.
Pada kalkulator graf, lakukan operasi yang diperlukan untuk tayangan.
z Untuk maklumat lanjut mengenai operasi ini, rujuk dokumentasi pengguna yang dibekalkan
bersama kalkulator anda.
z Jika kalkulator tidak beroperasi dengan betul selepas anda menyambungkannya pada
Projektor Data, cuba tanggalkan kabel USB dari kalkulator dan kemudian sambungkannya
semula. Jika ini tidak menyelesaikan masalah, tanggalkan kabel USB dari kedua-dua Projektor
Data dan kalculator. Matikan Projektor Data dan kemudian hidupkan semula, dan kemudian
sambungkan semula kalkulator.
Menayang Imej Skrin Kalkulator Graf
(Model USB Sahaja)