User Manual

50
Untuk membisukan audio (VOLUME)
1.
Tekan kekunci [VOLUME +] atau [VOLUME –] untuk memaparkan skrin
“Kelantangan”.
2.
Tekan kekunci [ENTER].
z Ini menghentikan output dari pembesar suara.
3.
Untuk mengembalikan audio, tekan kekunci [VOLUME +] atau [VOLUME –].
Untuk mengosongkan imej dan membisukan audio seketika
(BLANK)
1.
Tekan kekunci [BLANK].
z Ini akan mengosongkan skrin dengan memaparkan imej skrin kosong yang ditentukan oleh
seting “Skrin Kosong” Menu Persediaan (halaman 59) dan membisukan audio.
2.
Untuk mengembalikan imej dan bunyi normal, tekan kekunci [BLANK] (atau
kekunci [ESC]).
Untuk memegunkan imej (FREEZE)
Tekan kekunci [FREEZE] untuk memegunkan imej sumber input semasa. Untuk kembali ke imej
sumber input masa nyata, tekan kekunci [FREEZE] sekali lagi atau tekan kekunci [ESC].
Untuk melaras imej secara automatik (AUTO)
Tekan kekunci [AUTO].
z Menekan kekunci [AUTO] secara automatik akan melaraskan frekuensi dan fasa menurut isyarat
input, yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej tayangan lain.
z Operasi ini disokong apabila sumber input adalah Komputer (RGB).