User Manual

54
Pemasa persembahan menunjukkan kira detik dari nilai masa yang dipraset. Anda boleh
menggunakannya untuk mengesan berapa banyak masa telah berlalu semasa persembahan anda,
dan untuk mengehadkan persembahan kepada jumlah masa yang dipraset. Anda boleh
mengkonfigurasi pemasa persembahan supaya ia dipaparkan dalam imej yang ditayang.
Untuk memaparkan pemasa
Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayang, tekan kekunci [TIMER] sekali.
Pemasa akan muncul selama lima saat dan kemudian hilang secara automatik jika “Mati” dipilih untuk
seting “Paparan Berterusan” pada menu fungsi pemasa.
Untuk memaparkan menu fungsi pemasa
Apabila pemasa tidak dipaparkan pada imej yang ditayang, tekan kekunci [TIMER] dua kali. Jika
pemasa dipaparkan, tekan kekunci [TIMER] satu kali.
Gunakan menu ini untuk memulakan, menjeda, menyambung semula dan mengeset semula pemasa
dan untuk mengkonfigurasi pelbagai seting pemasa.
Menggunakan Pemasa Persembahan (TIMER)
B