User Manual

59
Seting Skrin 3
Nisbah Bidang (RCVHD)
Pilih seting nisbah bidang untuk imej yang ditayangkan.
Lihat “Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)” (halaman 51)
untuk butiran lanjut.
Seting Skrin 3
Mod Tayangan
Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin.
Hadapan*: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari hadapan skrin.
Belakang: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari belakang skrin. Seting ini
menerbalikkan imej hadapan yang ditayangkan secara melintang.
Seting Skrin 3
Lekapan Siling
Sediakan projektor untuk digantung dari siling.
Hidup: Pilih apabila projektor digantung dari siling. Oleh kerana bahagian bawah
projektor menghadap ke atas, imej yang ditayangkan diterbalikkan secara
melintang dan menegak.
Mati*: Pilih apabila projektor digunakan di atas meja. Ini akan menayangkan imej
dengan anggapan bahawa bahagian atas projektor menghadap ke atas.
Seting Skrin 3
Skrin Permulaan
Nyatakan sama ada skrin permulaan perlu ditayangkan setiap kali kuasa projektor
dihidupkan dan pilih imej yang akan digunakan sebagai skrin permulaan.
Logo: Menayang logo terbina dalam projektor atau logo pengguna (halaman 74)
sebagai skrin permulaan.
Tiada*: Menyahdayakan penayangan skrin permulaan.
Seting Skrin 3
Tiada Skrin Isyarat
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila tiada isyarat input
dimasukkan ke dalam projektor: “Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo”
(logo terbina dalam projektor, atau logo pengguna, halaman 74).
Seting Skrin 3
Skrin Kosong
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila kekunci [BLANK] ditekan:
“Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo” (logo terbina dalam projektor, atau
logo pengguna, halaman 74).
Seting Skrin 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Skrin” kepada lalai awal untuk
sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Input 3
Terminal KOMPUTER (RC)
Nyatakan kaedah yang akan digunakan untuk mengenal pasti isyarat input terminal
KOMPUTER.
Auto*: Projektor mengenal pasti secara automatik isyarat input terminal
KOMPUTER.
RGB: Sentiasa anggap isyarat input terminal KOMPUTER ialah isyarat RGB.
Komponen: Sentiasa anggap isyarat input terminal KOMPUTER ialah isyarat video
komponen.
Seting Input 3
Isyarat Video (V)
Seting Input 3
Isyarat S-Video (V)
(Siri XJ-M sahaja)
Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengenal pasti isyarat video yang
diinputkan ke projektor (Siri XJ-A: isyarat input terminal AV, Siri XJ-M: terminal
VIDEO atau isyarat input terminal S-VIDEO).
Auto*: Projektor mengenal pasti secara automatik isyarat input video.
NTSC, NTSC4.43, PAL, PAL-M, PAL-N, PAL60, SECAM:
Sentiasa anggap bahawa isyarat input video ialah jenis isyarat video yang
dinyatakan.
Seting Input 3
Penunjuk Nama Isyarat
Nyatakan sama ada jenis isyarat input yang baharu dipilih perlu dipaparkan (Hidup*)
atau tidak dipaparkan (Mati) apabila kekunci [INPUT] ditekan untuk menukar isyarat
input.
Seting Input 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Input” kepada lalai awal untuk
sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Opsyen 1 3
Pembetulan Pepasak Auto
Hidupkan (Hidup*) atau matikan (Mati) pembetulan pepasak auto.
Seting Opsyen 1 3
Laras Auto (R)
Nyatakan sama ada projektor perlu mengesan jenis isyarat input RGB (resolusi,
frekuensi) dan melaraskan imej tayangan sewajarnya.
Hidup*: Laras Auto didayakan.
Mati: Laras Auto dinyahdayakan.
Seting Opsyen 1 3
Mod Eko
Lihat “Mod Eko (ECO)” (halaman 53).
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: