User Manual

61
Seting Opsyen 2 3
Altitud Tinggi
Hidupkan atau matikan seting kelajuan kipas altitud tinggi mengikut altitud kawasan
tempat anda menggunakan projektor.
Hidup: Pilih seting ini apabila menggunakan projektor di kawasan altitud tinggi (1,500
hingga 3,000 meter di atas paras laut) di mana udara adalah nipis. Seting ini
meningkatkan kecekapan penyejukan.
Mati*: Pilih seting ini pada altitud biasa (sehingga 1,500 meter).
z Jangan gunakan projektor ini pada altitud lebih daripada 3,000 meter di
atas paras laut.
Seting Opsyen 2 3
Kunci Panel Kawalan
Nyahdayakan operasi utama unit projektor.
Lihat “Kunci Panel Kawalan” (halaman 65) untuk butiran lanjut.
Seting Opsyen 2 3
Kapsyen Tertutup (V)
Gunakan submenu ini untuk menyatakan sama ada mahu memaparkan atau tidak
kapsyen tertutup apabila menayangkan isyarat video yang merangkuminya.
Mati*: Kapsyen tertutup tidak dipaparkan.
CC1, CC2, CC3, CC4: Menunjukkan seting ouput kapsyen tertutup semasa (CC1,
CC2, CC3 dan CC4).
z Pembetulan pepasak tidak menjejaskan teks kapsyen tertutup yang
dipaparkan.
Seting Opsyen 2 3
Fungsi Pemasa
Memaparkan menu fungsi pemasa. Untuk butiran, lihat “Menggunakan Pemasa
Persembahan (TIMER)” (halaman 54).
Seting Opsyen 2 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Opsyen 2” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Multimedia 3
Autojalan
Nyatakan sama ada mahu menggunakan (Dayakan*) atau tidak mahu menggunakan
(Nyahdayakan) fungsi autojalan. Untuk butiran, lihat “Autojalan” (halaman 34).
Seting Multimedia 3
Fungsi (F)
Memaparkan menu yang sama (Menu Fungsi) yang muncul apabila kekunci alat
kawalan jauh [FUNC] ditekan.
Seting Multimedia 3
Fungsi Storan Dalaman
(RCVHD)
Akses memori dalaman projektor dari komputer. Untuk butiran, lihat “Untuk menyalin
fail dari komputer ke memori dalaman projektor” (halaman 19).
Seting Rangkaian Akses item seting sambungan LAN wayarles projektor dan seting rangkaian. Untuk
butiran, lihat “Panduan Fungsi Rangkaian” yang berasingan.
Info Operasi (RCVHDFT) Memaparkan maklumat projektor di bawah.
Isyarat Input, Nama Isyarat, Resolusi, Frekuensi Melintang, Frekuensi Menegak,
Sistem Imbas, Masa Nyala, Versi (versi ROM projektor)
Pulihkan Semua Lalai 3
Masa Operasi Unit
Paparkan masa operasi terkumpul unit ini.
Masa ini tidak boleh diasalkan.
Pulihkan Semua Lalai 3
Pulihkan Semua Lalai
Asalkan semua seting item Menu Persediaan, kecuali yang di bawah.
Seting Opsyen 1 3 Bahasa, Seting Opsyen 1 3 Hidup Kuasa dengan Kata Laluan,
Info Operasi 3 Masa Nyala, Info Operasi 3 Versi,
Pulihkan Semua Lalai 3 Masa Operasi Unit
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: