User Manual

64
Untuk menukar seting hidup kuasa dengan kata laluan
1.
Lakukan langkah 1 hingga 5 di bawah “Untuk menukar kata laluan” (halaman 63)
dan paparkan skrin Kata Laluan.
2.
Setelah mengesahkan bahawa “Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” dipilih,
gunakan kekunci [W] dan [X] untuk memilih sama ada seting “Hidup” atau
“Mati”.
z Menukarkan seting daripada “Mati” kepada “Hidup” akan menyebabkan kotak dialog “Minta
kata laluan apabila kuasa dihidupkan?” muncul. Tekan kekunci [ENTER] untuk mengesahkan
bahawa anda mahu menghidupkan perlindungan hidup kuasa dengan kata laluan, atau [ESC]
untuk keluar dari kotak dialog tanpa menukar seting.
3.
Setelah selesai, tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.
Untuk menukar kata laluan fungsi storan dalaman projektor
1.
Lakukan langkah 1 hingga 5 di bawah “Untuk menukar kata laluan” (halaman 63)
dan paparkan skrin Kata Laluan.
2.
Tekan kekunci [T] untuk memilih “Kata Laluan Storan Dalaman”.
3.
Gunakan kekunci [W] dan [X] untuk memilih “Hidup” atau “Mati”.
z Menukarkan seting daripada “Mati” kepada “Hidup” akan menyebabkan kotak dialog “Minta
kata laluan apabila operasi storan dalaman dijalankan?” muncul. Tekan kekunci [ENTER]
untuk mengesahkan bahawa anda mahu menghidupkan perlindungan kata laluan storan
dalaman, atau [ESC] untuk keluar dari kotak dialog tanpa menukar seting.
4.
Setelah selesai, tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.