User Manual

7
Ciri dan Fungsi Utama Projektor
Ciri yang Sama pada Semua Model
z Sumber Cahaya Hibrid Bebas Merkuri
Laser asli CASIO dan sumber cahaya hibrid LED menyampaikan luminans tinggi daripada 2,500
hingga 3,000 lumen. Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra alam.
z Pelbagai pilihan sumber input
RGB analog, video komposit, S-video (Siri XJ-M sahaja), video komponen (Y·Cb·Cr, Y·Pb·Pr) dan
sumber input HDMI disokong.
z Fungsi Kawalan Kecerahan Pintar (Mod Eko)
Projektor mengesan tahap cahaya persekitaran dan melaraskan kecerahan tayangan secara
automatik sebagaimana yang diperlukan untuk operasi kuasa rendah yang cekap. (Memerlukan
seting “Mod Eko ” ditetapkan kepada “Hidup (Auto)”.)
z Hidup Kuasa Terus
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk dihidupkan secara automatik dan mula menayang sebaik
sahaja ia dipasang ke salur keluar kuasa.
z Pemasa Persembahan
Pemasa persembahan adalah pemasa kira detik yang menunjukkan jumlah baki masa
persembahan pada skrin tayangan.
z Kemas kini perisian tegar dan pemindahan data imej logo pengguna
Kemas kini perisian tegar (perisian dalam ROM kilat projektor) dan imej logo pengguna boleh
dipindahkan ke projektor dari komputer jika diperlukan.
Ciri Model USB
Model USB: XJ-A147, XJ-A247, XJ-A257, XJ-M146, XJ-M156, XJ-M246, XJ-M256
z Tayangan imej, filem dan jenis fail lain (Pemapar Fail)
Pemapar Fail projektor boleh digunakan untuk membuka dan menayang jenis fail berikut yang
terletak dalam memori dalaman projektor atau pada pemacu kilat USB yang disambungkan pada
projektor: fail imej (JPG, PNG, GIF, BMP), fail filem (AVI, MOV, MP4), fail persembahan (ECA, PtG),
fail PDF.
z Tayangan kandungan skrin komputer melalui sambungan USB (Paparan USB)
Menyambung projektor ke komputer dengan kabel USB membolehkan tayangan kandungan skrin
komputer. Ini menyokong tayangan kandungan skrin walaupun bagi komputer kecil yang hanya
mempunyai satu port USB, tetapi tiada RGB, HDMI atau jenis terminal output video lain.
z Sambungan Kalkulator Fungsi Saintifik Grafik
Sesetengah model kalkulator saintifik grafik CASIO boleh disambungkan terus ke port USB-A
projektor untuk menayang kandungan skrin kalkulator tersebut.
z Tayangan imej dari komputer atau peranti pintar melalui sambungan LAN wayarles*
Projektor dikonfigurasi sebagai titik capaian, komputer atau peranti pintar boleh berhubung terus
dengannya melalui sambungan LAN wayarles. Atau komputer atau peranti pintar boleh bersambung
melalui sambungan LAN wayarles menggunakan titik capaian LAN wayarles sedia ada. Kedua-dua
output skrin dan output audio disokong semasa komputer disambungkan.
z Kawalan projektor menggunakan komputer atau peranti pintar melalui sambungan LAN
wayarles*
Projektor boleh dikawal dari komputer atau peranti pintar yang bersambung dengannya melalui
sambungan LAN wayarles.
* Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sambungan LAN wayarles, lihat “Panduan Fungsi
Rangkaian” yang berasingan.