User Manual

70
Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor.
Penyelesaian Masalah Projektor
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan
Kuasa tidak hidup. z Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung
dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul.
z Jika penunjuk TEMP atau LIGHT terus berkelip atau menyala, ini bermaksud
terdapat ralat yang telah berlaku. Lihat “Penunjuk Ralat dan Mesej Amaran”
(halaman 68).
Tiada imej ditayangkan
atau imej yang
ditayangkan tidak normal.
z Peranti komputer atau video yang bersambung kepada projektor tidak dihidupkan
atau tidak mengeluarkan isyarat video. Pastikan peranti komputer atau video yang
bersambung dihidupkan, dan lakukan operasi yang diperlukan padanya untuk
mengeluarkan isyarat video.
z Sumber output yang betul tidak dipilih pada projektor. Pada projektor, pilih sumber
input yang betul yang berpadanan dengan peranti yang bersambung.
z Imej mungkin tidak ditayangkan dengan betul apabila terminal output komponen
peranti video bersambung dengan terminal KOMPUTER projektor. Dengan
projektor Siri XJ-A, sambungkan peranti video ke terminal AV. Bagi projektor Siri
XJ-M, sambungkan ke terminal VIDEO atau S-VIDEO.
Warna atau paparan imej
sangat tidak normal.
Opsyen salah (“Komponen” atau “RGB”) mungkin dipilih untuk seting “Seting Input J
Terminal KOMPUTER” pada menu persediaan. Imej tidak akan ditayangkan dengan
betul jika “Komponen” dipilih semasa terminal KOMPUTER projecter bersambung
dengan terminal output RGB komputer, atau jika “RGB” dipilih semasa terminal
KOMPUTER projektor bersambung dengan terminal output video komponen peranti
video. Pada menu persediaan, pilih “Auto” untuk seting “Seting Input J Terminal
KOMPUTER”. Lihat halaman 59.
Saya tidak dapat
memahami mesej atau
menu kerana bahasanya
salah.
Lakukan operasi berikut untuk memilih bahasa yang anda mahu. Lihat halaman 60.
1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2. Jika isyarat input ialah HDMI, tekan [T] empat kali dan kemudian tekan kekunci
[ENTER]. Jika isyarat input bukan HDMI, tekan [T] lima kali dan kemudian tekan
kekunci [ENTER].
3. Tekan [S] dua kali dan kemudian tekan kekunci [ENTER] untuk memaparkan menu
pilihan bahasa.
4. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk mengalihkan penonjolan kepada bahasa yang
anda mahu pilih dan tekan kekunci [ENTER].
5. Tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.
Tiada bunyi z Seting aras kelantangan projektor mungkin terlalu rendah atau disenyapkan. Tekan
kekunci [VOLUME] alat kawalan jauh dan kemudian gunakan [W] dan [X] untuk
melaraskan aras kelantangan. Lihat halaman 49.
z Seting aras kelantangan peranti yang bersambung kepada projektor terlalu rendah
atau peranti lain tidak mengeluarkan audio. Laraskan aras kelantangan peranti
yang bersambung.
z Output audio peranti yang bersambung mungkin tidak disambungkan dengan
betul kepada terminal AV projektor (Siri XJ-A) atau terminal AUDIO MASUK (Siri
XJ-M). Periksa sambungan. Lihat “Menyambung Kabel Projektor” (halaman 11).
z Apabila sumber input adalah HDMI, Pemapar Fail, Wayarles, Rangkaian atau
Paparan USB, “Talian” boleh dipilih untuk seting “Seting Opsyen 2 J Audio
Keluar” pada menu persediaan. Tukar seting “Audio Keluar” kepada “Pmbsr Sra”.
Lihat halaman 60.
Warna janggal Isyarat input mungkin tidak sepadan dengan seting projektor. Cuba lakukan perkara
berikut.
Gunakan kekunci [BRIGHT] untuk melaraskan kecerahan imej.
Gunakan kekunci [COLOR MODE] untuk menukarkan mod warna.
Pada menu persediaan, gunakan “Pelarasan Imej 1 J Imbangan Warna” untuk
melaraskan imbangan warna imej tayangan.