User Manual

71
z Cuba lakukan langkah-langkah berikut, yang mungkin akan atau mungkin tidak akan
mengembalikan projektor kepada operasi biasa.
z Jika projektor tidak kembali beroperasi seperti biasa setelah anda melakukan langkah-langkah
di atas, bawa projektor kepada penjual anda atau pusat servis CASIO yang bertauliah.
Teks kabur. z Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Laraskan fokus imej.
z Seting frekuensi dan/atau fasa semasa tidak sepadan dengan isyarat input.
(Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat RGB.) Tekan kekunci [AUTO]
untuk melaksanakan operasi pelarasan automatik.
z Pada menu persediaan, lakukan pelarasan“Pelarasan Imej 2 J Frekuensi” dan
“Pelarasan Imej 2 J Fasa”. (Terpakai hanya apabila sumber input ialah isyarat
RGB.) Lihat halaman 58.
Mesej “Sila masukkan kata
laluan.” muncul dan
operasi selanjutnya tidak
boleh dilakukan.
Seting “Seting Opsyen 1 J Hidup Kuasa dengan Kata Laluan” pada menu persediaan
dihidupkan, jadi projektor itu dilindungi kata laluan. Masukkan kata laluan yang betul,
dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. Lihat halaman 62.
Alat kawalan jauh tidak
berfungsi.
z Bateri alat kawalan jauh mungkin telah habis. Gantikan bateri.
z Alat kawalan jauh mungkin terlalu jauh dari projektor. Pastikan alat kawalan jauh
berada dalam lingkungan lima meter dari projektor apabila melakukan operasi.
Penunjuk TEMP atau
LIGHT sedang berkelip
atau menyala.
Ralat telah berlaku. Lihat “Penunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 68).
Unit sumber cahaya tidak
menyala.
Unit sumber cahaya telah sampai ke penghujung hayat perkhidmatan atau mengalami
malfungsi. Hubungi penjual asal atau pusat servis CASIO yang bertauliah untuk
penggantian.
Kuasa tiba-tiba mati dan
projektor mula semula.
Projektor melakukan operasi pemeriksaan kendiri secara berkala. Dalam kes yang
jarang berlaku, hasil daripada pemeriksaan kendiri mungkin menyebabkan projektor
bermula semula secara automatik. Ini pada kebiasaannya tidak menunjukkan
malfungsi, jadi anda boleh terus menggunakan projektor.
Walau bagaimanapun, malfungsi mungkin ditunjukkan jika permulaan semula yang
berturutan terus berlaku. Jika ini berlaku hubungi pengedar asal anda atau pusat
servis CASIO yang bertauliah.
1. Cabut palam kord kuasa AC dan tunggu sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Pasangkan kord kuasa kembali dan hidupkan kembali projektor.
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan