User Manual

8
Ciri Khusus Model Lain
Siri XJ-A
z Nipis dan kompak
Bersaiz fail A4 dan senipis kira-kira 43 mm. Cukup kompak untuk dipasang dan digunakan di
mana-mana sahaja.
Siri XJ-M
z Sokongan tayangan imej 3D
Tayangan isyarat imej 3D (protokol berjujukan medan 60Hz/120Hz) melalui satu daripada tiga
sumber input (RGB analog, video komposit, S-video) disokong.
Model WXGA (XJ-A242, XJ-A247, XJ-A252, XJ-A257, XJ-M241, XJ-M246, XJ-M251, XJ-M256)
z Resolusi WXGA
Menyokong resolusi tayangan skrin lebar WXGA (1280
×
800). Resolusi ini sesuai digunakan untuk
menayang komputer riba skrin lebar dan imej TV HD.
Siri XJ-M Model USB (XJ-M146, XJ-M156, XJ-M246, XJ-M256)
z Tayangan kandungan skrin komputer yang bersambung melalui LAN berwayar*
Kabel LAN boleh digunakan untuk sambungan terus antara projektor dan komputer, atau
sambungan LAN boleh dibuat melalui penghala rangkaian sedia ada. Sebaik saja sambungan
diwujudkan, kedua-dua output skrin dan output audio disokong.
z Pengawalan jauh projektor dari komputer yang bersambung melalui LAN berwayar*
Operasi kawalan projektor boleh dilakukan dari jauh menggunakan pelayar web komputer yang
bersambung melalui sambungan LAN berwayar.
* Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sambungan LAN, lihat “Panduan Fungsi Rangkaian”
yang berasingan.
Cermin mata 3D (YA-G30) yang tersedia secara berasingan diperlukan untuk melihat imej 3D
yang ditayangkan dalam bentuk 3D. Selain itu, perisian khusus (CASIO 3D Converter) yang
tersedia secara berasingan diperlukan untuk menayangkan imej 3D dengan projektor apabila
komputer (RGB analog) menjadi sumber input.
Tayangan imej 3D tidak disokong melalui sambungan HDMI atau sambungan video komponen.