Panduan Persediaan

MS-9
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
Projektor ini dibuat daripada komponen ketepatan. Kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga ini
boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menyimpan data dengan selamat dan malfungsi.
Jangan sekali-kali menggunakan atau menyimpan projektor di lokasi berikut.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko malfungsi dan kerosakan pada
projektor.
Elakkan daripada menggunakan projektor di dalam keadaan berikut. Keadaan
seperti ini mengakibatkan risiko malfungsi dan kerosakan pada projektor.
Apabila meletakkan projektor di bawah atau melakukan sebarang operasi yang
melibatkan pergerakan atau pengorientasian semula projektor, pastikan jari
anda tidak terjepit di bawah projektor.
Jangan sekali-kali tinggalkan bateri yang habis di dalam alat kawalan jauh
untuk jangka masa lama.
Bateri yang habis boleh bocor, yang menyebabkan berlaku malfungsi dan kerosakan pada alat kawalan
jauh. Pastikan bateri diganti sekurang-kurangnya sekali setahun, tidak kira berapa banyak pun anda
gunakan alat kawalan jauh dalam tempoh itu.
Bersihkan dengan kain lembut dan kering.
Apabila ia terlalu kotor, gunakan kain lembut yang dibasahkan sedikit dengan larutan lemah air dan
detergen neutral yang lembut. Perahkan semua air berlebihan dari kain sebelum mengelap. Jangan
sekali-kali menggunakan pencair, benzin, atau sebarang agen mudah meruap lain untuk membersihkan
projektor. Berbuat demikian boleh menghilangkan tanda-tanda dan meninggalkan kesan kotoran pada
bekas.
Titik Skrin Hilang
Walaupun projektor ini diperbuat menggunakan teknologi digital paling maju pada masa sekarang,
beberapa titik pada skrin mungkin hilang. Ini adalah biasa, dan tidak menandakan malfungsi.
Jangan sekali-kali mendedahkan projektor pada impak kuat ketika ia sedang
beroperasi.
Jika projektor mengalami impak kuat secara tidak sengaja, imej tayangan akan hilang buat sementara.
Imej akan muncul semula selepas beberapa ketika, tetapi ia mungkin mempunyai warna yang salah atau
ia mungkin memaparkan mesej ralat.
Jika imej yang ditayangkan mempunyai warna yang salah, pilih semula sumber input semasa. Jika ini
tidak mengembalikan warna yang betul pada imej yang ditayangkan, matikan projektor dan kemudian
hidupkannya semula.
Jika imej muncul semula dengan mesej ralat, betulkan masalah ini mengikut penerangan petunjuk di
bawah “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” di dalam Panduan Pengguna.
Langkah Berjaga-Jaga Yang Lain
z Lokasi yang terdedah kepada cas elektrostatik
z Lokasi yang terdedah kepada suhu melampau
z Lokasi di mana terdapat kelembapan melampau
z Lokasi yang terdedah kepada perubahan suhu mendadak
z Lokasi di mana terdapat banyak habuk
z Di atas permukaan yang bergoyang, senget, atau pun tidak stabil
z Lokasi di mana terdapat bahaya terkena air
z Lokasi di mana terdapat banyak asap minyak atau asap lain
z Elakkan kawasan yang terdedah kepada suhu melampau (julat suhu operasi ialah 5°C hingga
35°C).
z Jangan sekali-kali letak objek berat di atas projektor atau panjat ke atas projektor.
z Jangan sekali-kali memasukkan atau membiarkan objek asing masuk ke dalam projektor.
z Jangan sekali-kali meletakkan pasu atau bekas air yang lain di atas projektor.