Panduan Persediaan

Spesifikasi
MS-16
GPL dan LGPL (untuk pengguna model port USB)
(1) Produk ini menggunakan perisian (Perisian ini) yang dibekalkan di bawah GNU General Public
License (GPL) dan GNU Lesser General Public License (LGPL). Sebagai mematuhi GPL dan LGPL,
kod sumber Perisian ini ialah kod sumber terbuka. Sesiapa saja yang berhasrat untuk melihat kod
sumber terbuka ini boleh berbuat demikian dengan memuat turun dari tapak muat turun Projektor
CASIO. Apabila menyalin, mengubah suai, atau mengagih Perisian ini, pastikan ia dibuat mengikut
terma dan syarat GPL dan LGPL.
(2) Perisian ini dibekalkan “seperti yang sedia ada” tanpa jaminan yang tersurat atau tersirat dalam apa
jua bentuk. Walau bagaimanapun, penafian ini tidak menjejaskan terma dan syarat jaminan produk
ini sendiri (termasuk malfungsi yang berpunca daripada Perisian ini).
(3) Teks penuh GPL dan LGPL yang meliputi perisian ini boleh didapati di bahagian belakang
“Panduan Pengguna”. “Panduan Pengguna” untuk projektor ini dimasukkan bersama dengan fail
yang anda muat turun dari laman web yang URLnya tertera di muka depan manual ini.
z DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Incorporated Amerika Syarikat.
z Microsoft, Windows, Windows Vista, dan PowerPoint ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan
Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
z HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar HDMI Licensing, LLC.
z Apple dan Macintosh ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc. Amerika Syarikat.
z Adobe dan Reader ialah tanda dagangan berdaftar Adobe Systems Incorporated.
z XGA ialah tanda dagangan berdaftar IBM Corporation Amerika Syarikat.
z Nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan pemilik
masing-masing.