Panduan Persediaan

MS-3
Langkah-Langkah Keselamatan
Menghapuskannya dengan
membakar
Jangan sekali-kali cuba menghapuskan
projektor dengan membakarnya. Berbuat
demikian boleh menyebabkan letupan,
yang mengakibatkan risiko kebakaran
dan kecederaan diri.
Pancaran cahaya projektor
Menutup bolong
Jangan sekali-kali membiarkan bolong
tertutup. Berbuat demikian menyebabkan
peningkatan haba dalaman, yang
mengakibatkan risiko kebakaran dan
kerosakan projektor. Menyentuh
projektor semasa ia panas
mengakibatkan risiko kecederaan
terbakar. Pastikan anda sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga seperti
berikut.
• Jarakkan sekurang-kurangnya 30 sm di antara
projektor dan dinding.
• Jangan sisipkan projektor ke dalam mana-mana
ruang yang tidak mempunyai pengudaraan yang
baik.
Jangan sekali-kali tutup projektor dengan selimut
atau sebarang item seperti itu.
• Tempatkan projektor di atas permukaan stabil
dan rata semasa menggunakannya. Jangan
sekali-kali menggunakan projektor semasa ia
berada di atas karpet, selimut, tuala, kusyen
tempat duduk, atau permukaan lain yang
bentuknya mudah diubah.
• Jangan sekali-kali tegakkan projektor di atas
mana-mana hujungnya semasa digunakan.
Kabinet projektor
Jangan sekali-kali buka kabinet projektor.
Berbuat demikian mengakibatkan risiko
renjatan elektrik.
Membersihkannya
Sebelum membersihkan projektor,
pastikan ia dimatikan dan cabut
palamnya dari salur keluar kuasa.
Kegagalan berbuat demikian
mengakibatkan risiko renjatan elektrik.
Bolong ekzos
Bolong ekzos menjadi sangat panas semasa
projektor sedang beroperasi. Jangan sekali-kali
menyentuhnya. Berbuat demikian mengakibatkan
risiko kecederaan terbakar. Kawasan sekitar
bolong ekzos juga menjadi agak panas. Jangan
sekali-kali meletakkan objek yang dibuat daripada
plastik atau bahan lain yang sensitif kepada haba
dekat dengan atau di bawah projektor. Berbuat
demikian mengakibatkan risiko kecacatan dan
kepudaran warna pada objek itu.
Penutup lensa
Pastikan penutup lensa dibuka sebelum
menghidupkan projektor. Jangan sekali-kali
tinggalkan penutup lensa terpasang semasa
projektor digunakan.
Lokasi
Jangan letakkan projektor di sebarang jenis lokasi
seperti di bawah. Berbuat demikian
mengakibatkan risiko kebakaran dan renjatan
elektrik.
• Dekat dengan kawasan yang terdedah kepada
gegaran kuat
• Kawasan yang terdedah kepada kelembapan
tinggi atau habuk yang banyak
• Di dapur atau kawasan lain yang terdedah
kepada asap minyak
• Dekat dengan alat pemanas, di atas karpet yang
panas, atau di kawasan yang terdedah kepada
cahaya matahari terus
• Kawasan yang terdedah kepada suhu melampau
(Julat suhu operasi ialah 5°C hingga 35°C.)
Objek berat
Jangan sekali-kali letak objek berat di atas
projektor atau panjat ke atas projektor. Berbuat
demikian mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik.
Air
Jangan sekali-kali tempatkan projektor di dalam
bilik mandi atau di sebarang tempat lain di mana ia
mungkin terkena percikan air.
Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam
lensa, bolong masuk atau bolong ekzos
semasa cahaya dihidupkan. Apabila
menghidupkan projektor, pastikan
bahawa tiada sesiapa yang melihat terus
ke dalam lensa, bolong masuk atau
bolong ekzos. Cahaya terang yang
dipancarkan oleh projektor
mengakibatkan risiko kerosakan mata.
• Jangan cuba menggunakan kaca
pembesar, cermin atau objek serupa
yang lain untuk membengkokkan atau
memantulkan cahaya projektor, dan
jangan pegang atau letakkan objek
sedemikian dalam laluan cahaya
projektor. Cahaya yang terbias atau
dipantulkan boleh memancar ke mata
seseorang dan mengakibatkan risiko
kerosakan mata.
-
-
-
$