Panduan Persediaan

MS-7
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
z Unit sumber cahaya projektor menggunakan laser dan LED.
z Jangka hayat unit sumber cahaya dikadarkan lebih kurang 20,000 jam. Jangka hayat sebenar
bergantung kepada keadaan, seting yang dikonfigurasikan pada menu persediaan, dan perbezaan
antara setiap unit sumber cahaya.
z Unit sumber cahaya dijamin untuk jangka masa yang dinyatakan di dalam sijil waranti atau selama
6,000 jam, mana-mana yang berlaku dahulu.
z Kegagalan unit sumber cahaya untuk menyala atau pengurangan kecerahan unit sumber cahaya yang
ketara menunjukkan penghujung hayat unit sumber cahaya itu. Hubungi penjual asal atau pusat servis
CASIO yang bertauliah untuk penggantian. Sila ambil perhatian bahawa masalah yang disebabkan
oleh penyahpasangan atau pengubahsuaian projektor yang tidak dibenarkan tidak dilindungi oleh
waranti dan tidak layak untuk diperbaiki oleh CASIO.
Projektor ini adalah peranti laser Kelas 1 yang mematuhi IEC 60825-1.
z Projektor ini mempunyai modul laser terbina dalam. Penyahpasangan atau pengubahsuaian adalah
sangat berbahaya dan tidak seharusnya dicuba.
z Sebarang operasi atau pelarasan yang tidak diarahkan secara spesifik oleh panduan pengguna
mengakibatkan risiko pendedahan radiasi laser yang berbahaya.
Perihal Unit Sumber Cahaya
Langkah Berjaga-Jaga Bagi Laser
Bahagian Bawah