MS PROJEKTOR DATA Siri XJ-A XJ-A147/XJ-A247/XJ-A257 Siri XJ-M XJ-M146/XJ-M156 XJ-M246/XJ-M256 Panduan Fungsi Rangkaian z Dalam manual ini, “Siri XJ-A” dan “Siri XJ-M” merujuk hanya kepada model khusus yang tersenarai di atas. z Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” dan “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian” dalam dokumen “Panduan Penyediaan” yang dibekalkan bersama Projektor Data, dan pastikan anda menggunakan produk ini dengan betul.
z DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. z Microsoft, Windows, dan Windows Vista ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. z HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. z Mac OS ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Apple, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
Kandungan Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian .................. 7 Apa yang anda boleh lakukan dengan fungsi rangkaian........................7 Perisian yang Diperlukan untuk Menggunakan Fungsi Rangkaian ........8 Skop Kandungan Manual ini........................................................................................ 8 Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN ............................................................. 9 Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan .....
Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar (Siri XJ-M Sahaja) .................................................................................35 Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Berwayar................................................. 35 Prosedur Sambungan LAN Berwayar........................................................................ 36 Menggunakan kabel LAN untuk menyambungkan komputer secara terus ke projektor........................................................................
Melog masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Berwayar (Siri XJ-M Sahaja) .............................................................................. 54 Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar ......................................................................................................... 54 Untuk mengubah alamat IP komputer berdasarkan pada alamat IP projektor dan bersambung melalui LAN berwayar.........................................
Lampiran ........................................................................ 73 Menggunakan Pendeta Token .............................................................73 Untuk memasang Network Connection pada pemacu kilat USB .......................... 73 Untuk menggunakan token USB untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles. .............................................................................
Gambaran Keseluruhan Fungsi Rangkaian Projektor Siri XJ-M menyokong kedua-dua sambungan LAN wayarles dan sambungan LAN berwayar. Projektor Siri XJ-A menyokong sambungan LAN wayarles sahaja. Apa yang anda boleh lakukan dengan fungsi rangkaian... z Sambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles dan tayangkan imej skrin komputer Imej skrin komputer boleh ditayang oleh projektor tanpa sambungan kabel.
Perisian yang Diperlukan untuk Menggunakan Fungsi Rangkaian Perisian yang diperlukan untuk menggunakan fungsi rangkaian bergantung pada jenis peranti yang akan disambungkan ke projektor melalui LAN, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Peranti Perisian Komputer menjalankan Windows Network Connection (untuk Windows) Komputer menjalankan Mac OS Network Connection (untuk Mac OS) Kunjungi laman web di URL di bawah untuk memuat turun perisian. http://www.casio-intl.
Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN Bahagian ini meliputi semua yang perlu anda tahu bagi mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer, dan menayang kandungan paparan komputer. Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan Terdapat beberapa cara berlainan untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer. Aliran kerja di bawah memperihalkan apa yang perlu anda lakukan untuk membuat sambungan LAN.
Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor Sambungkan penyesuai wayarles YW-40 yang dibekalkan dengan projektor ke port USB-A projektor, seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah. Siri XJ-A Siri XJ-M Jika “Hidup” dipilih untuk “Pasang dan Main” pada menu persediaan, operasi yang diperihalkan di bawah akan dijalankan apabila penyesuai wayarles disambungkan ke projektor.
Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Wayarles Prosedur dalam bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection, yang dipasang pada komputer, untuk mencari SSID yang dipancarkan oleh projektor dan mewujudkan sambungan antara komputer dan projektor. Jenis SSID Terdapat tiga jenis SSID projektor yang berlainan, setiap satu diperihalkan di bawah.
Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection untuk mencari SSID terbina dalam projektor (mudah atau generik) dan mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. Operasi yang diperihalkan di sini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer dan memulakan tayangan skrin komputer.
Operasi Komputer 6. Mulakan Network Connection. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. z Jika komputer anda menjalankan Windows 7, 8 atau 8.1 dan kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Salah satu kotak dialog yang ditunjukkan di bawah akan muncul sebaik sahaja Network Connection menemui projektor untuk bersambung.
9. Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK]. z Ketika projektor bersambung ke komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej skrin komputer (skrin utama) akan ditayang. z Untuk butiran tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Menggunakan Network Connection” (halaman 39). 10.
Bagi menggunakan SSID generik projektor untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan menayang Operasi Projektor 1. Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 10) dan kemudian hidupkan projektor. z Sumber input akan bertukar secara automatik kepada sama ada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau “Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula. z Jika tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN tidak bermula, tekan kekunci [INPUT].
Operasi Komputer 6. Mulakan Network Connection. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. z Jika komputer anda menjalankan Windows 7, 8 atau 8.1 dan kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Salah satu kotak dialog yang ditunjukkan di bawah akan muncul sebaik sahaja Network Connection menemui projektor untuk bersambung.
8. Pada kotak dialog “Enter the passphrase or WEP key.” yang muncul, masukkan nama pengguna dan frasa laluan. z Dalam kotak “User Name”, anda boleh masukkan sebarang nama sehingga sepanjang 20 aksara. Nama pengguna yang anda masukkan di sini akan dipaparkan sebagai nama pengguna pada skrin tayangan. z Mengikut SSID projektor yang sedang disambungkan, masukkan aksara yang ditunjukkan di bawah ke dalam kedua-dua kotak “Passphrase/WEP Key Input” dan “Confirm”. 9.
12. Bagi memutuskan sambungan LAN wayarles dan tidak meneruskan tayangan skrin komputer, klik butang tutup ( ) di sudut kanan atas tetingkap Network Connection. z Ini menutup tetingkap Network Connection dan mengembalikan imej tayangan ke skrin tunggu sedia sambungan LAN. z Selepas anda melakukan operasi di atas, Network Connection akan mengingati frasa laluan yang digunakan untuk sambungan terakhir.
Untuk membuat SSID pengguna 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN.
5. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. z Ini memaparkan halaman “Network Settings”. z Input dan seting yang diperlukan untuk membuat SSID pengguna dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu mengubah seting lain. z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Network Settings” (halaman 60). 6. Dalam kotak “SSID”, masukkan rentetan aksara yang anda mahu gunakan sebagai SSID pengguna.
8. Masukkan frasa laluan. z Frasa laluan yang dimasukkan dalam kotak teks “Passphrase/WEP Key Input” bergantung pada protokol keselamatan yang anda pilih dalam langkah 7, seperti yang diperihalkan di bawah. Keselamatan WPA-PSK AES Rentetan Aksara Input Masukkan frasa laluan WPA-PSK atau WPA2-PSK. Masukkan sekurang-kurangnya lapan dan maksimum 63 aksara bait tunggal, atau nilai perenambelasan sehingga sepanjang 64 digit.
Bagi menggunakan SSID pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles dan menayang Operasi Projektor 1. Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 10) dan kemudian hidupkan projektor. z Sumber input akan bertukar secara automatik kepada sama ada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau “Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula. z Jika tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN tidak bermula, tekan kekunci [INPUT].
Operasi Komputer 6. Mulakan Network Connection. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. z Jika komputer anda menjalankan Windows 7, 8 atau 8.1 dan kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Salah satu kotak dialog yang ditunjukkan di bawah akan muncul sebaik sahaja Network Connection menemui projektor untuk bersambung. Jika kotak dialog ini muncul: 7.
9. Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK]. z Ini memaparkan kotak dialog yang ditunjukkan di bawah. 10. Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat digit yang ditunjukkan di sudut kiri atas skrin tunggu sedia sambungan LAN yang sedang ditayang. 11. Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK]. z Ketika projektor bersambung ke komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer.
Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer Semasa terdapat sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, projektor boleh bersambung dengan titik capaian wayarles yang bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau Intranet), tanpa memutuskan sambungan dengan komputer.
Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan komputer 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles.
5. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. z Ini memaparkan halaman “Network Settings”. z Input dan seting yang diperlukan di sini dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu mengubah seting lain. z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Network Settings” (halaman 60). 6. Jika butang “Obtain an IP address automatically” kelihatan seperti untuk mengubahnya kepada . 7.
9. Gunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan dengan projektor untuk memeriksa jika projektor disambungkan ke titik capaian LAN wayarles. (1) Tekan kekunci [MENU], dan kemudian pilih “Seting Rangkaian” 3 “Info LAN wayarles”. (2) Pada kotak dialog “Info LAN wayarles” yang muncul, semak “Status Sambungan AP Luaran”. z Jika “Bersambung” ditunjukkan, ia bermakna projektor disambungkan ke titik capaian LAN wayarles. Jika “Terputus” ditunjukkan, lakukan prosedur ini daripada langkah 1 semula.
Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer Melalui Titik Capaian LAN Wayarles Gambaran Keseluruhan Sambungan Sambungan LAN boleh diwujudkan antara projektor dan komputer dengan menyambungkan kedua-duanya ke titik capaian LAN wayarles yang sedia ada dalam syarikat, dsb. Titik capaian LAN wayarles LAN wayarles LAN wayarles z Sambungan jenis ini membolehkan komputer menggunakan perkhidmatan (Internet atau Intranet) rangkaian yang bersambung melalui titik capaian LAN wayarles.
Prosedur Sambungan Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN.
5. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. z Ini memaparkan halaman “Network Settings”. z Input dan seting yang diperlukan di sini dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu mengubah seting lain. z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Network Settings” (halaman 60). 6. Jika butang “Obtain an IP address automatically” kelihatan seperti untuk mengubahnya kepada . 7.
8. Konfigurasikan seting untuk sambungan ke titik capaian LAN wayarles dari projektor. (1) Jika butang “Enable” dalam kawasan “External Access Point” kelihatan seperti , klik untuk mengubahnya kepada . (2) Klik [Scan Access Point]. z “Select an access point.” dipaparkan dalam kotak “External Access Point SSID”. (3) Klik butang [T] di sebelah kanan kotak “External Access Point SSID” dan kemudian pilih SSID titik capaian yang anda mahu sambung di senarai yang muncul.
Bagi mewujudkan sambungan antara projektor dan komputer dan menayang melalui titik capaian LAN wayarles z Prosedur di bawah menganggap keadaan yang diperihalkan di bawah. • Komputer telah disambungkan ke titik capaian LAN wayarles. Tiada perbezaan sama ada komputer bersambung melalui LAN wayarles (Wi-Fi) atau LAN berwayar (menggunakan kabel LAN). Jika komputer bersambung melalui sambungan LAN berwayar, pastikan fungsi LAN wayarles komputer dinyahdayakan.
4. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk. z Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat digit yang ditunjukkan di sudut kiri atas skrin tunggu sedia sambungan LAN yang sedang ditayang. 5. Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK]. z Ketika projektor bersambung ke komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej skrin komputer (skrin utama) akan ditayang.
Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN Berwayar (Siri XJ-M Sahaja) Gambaran Keseluruhan Sambungan LAN Berwayar Kaedah yang anda harus gunakan untuk menyambungkan projektor ke komputer melalui LAN berwayar bergantung pada sama ada komputer juga akan disambungkan ke rangkaian luaran pada masa yang sama.
Prosedur Sambungan LAN Berwayar Menggunakan kabel LAN untuk menyambungkan komputer secara terus ke projektor 1. Sambungkan komputer ke projektor dengan kabel LAN. Operasi Projektor 2. Tekan kekunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 4. Semak alamat IP (“Server IP”) di sudut kanan bahagian bawah skrin tunggu sedia sambungan LAN. z Di sini, kita akan menggunakan alamat IP projektor 192.168.
8. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk yang diperlukan. z Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat digit yang ditunjukkan di sudut kiri atas skrin tunggu sedia sambungan LAN yang sedang ditayangkan. 9. Apabila semuanya seperti yang anda mahukan, klik [OK]. z Ini akan menyebabkan tetingkap Network Connection berubah seperti yang ditunjukkan di bawah dan tayangan imej skrin komputer (tetingkap utama) akan bermula.
Mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan komputer melalui penghala z Prosedur di bawah menganggap bahawa pelayan DHCP berjalan pada rangkaian yang dipunyai oleh penghala, dan terdapat sambungan LAN antara komputer dan penghala. Operasi Projektor 1. Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan projektor ke penghala yang merupakan tempat komputer disambungkan melalui LAN 2. Pada projektor, pilih “Auto” untuk “Seting IP”.
Menggunakan Network Connection Network Connection merupakan aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer, dan untuk menghantar imej paparan, filem dan audio dari komputer yang bersambung ke projektor. z Penerangan dalam bahagian ini menganggap yang sambungan LAN telah wujud antara projektor dan komputer, dan yang kandungan skrin komputer sedang ditayang.
Operasi Network Connection Operasi Butang Network Connection Semasa adanya sambungan LAN antara projektor dan komputer, anda boleh menggunakan butang di tetingkap Network Connection untuk melakukan operasi yang diperihalkan di bawah.
Operasi Menu Fungsi Network Connection Semasa adanya sambungan LAN antara projektor dan komputer, anda boleh menggunakan item pada menu fungsi Network Connection (yang muncul apabila anda mengklik butang menu fungsi) untuk melakukan operasi yang diperihalkan di bawah.
Perisian Pemacu Tambahan untuk Windows Dengan Windows, penggunaan beberapa bahagian Network Connection memerlukan pemasangan perisian pemacu seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Untuk maklumat mengenai cara mendapatkan perisian ini, lawati laman web CASIO (http://www.casio-intl.com/support/).
Menayang Strim Video Anda boleh menggunakan Network Connection bagi memainkan filem dan mengeluarkan imej main semula pada projektor untuk tayangan. Hanya strim video filem dipaparkan pada skrin tayangan. Anda boleh membiarkan desktop biasa dan tetingkap Network Connection (yang tidak ditayangkan) pada skrin komputer. Fail Main Semula yang Disokong AVI: Maksimum 20 Mbps 720/30P (video MJPEG, audio ADPCM) MOV: Maksimum 20 Mbps 1080/30P (video H.
Mengawal Komputer dari Jauh menggunakan Peranti Pintar Bahagian ini menerangkan cara menggunakan peranti pintar untuk mengawal dari jauh komputer yang menjalankan Network Connection. z Bagi menjalankan operasi kawalan jauh yang diperihalkan di sini, peranti pintar anda perlu dipasang dengan C-Assist (halaman 75). Bagi memulakan PC jauh 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menayang kandungan skrin komputer melalui LAN wayarles.
Operasi Network Connection Lain Untuk memutuskan sambungan LAN wayarles semasa dan menyambung semula 1. Pada menu fungsi Network Connection, pilih [Server Search]. z Ini memutuskan sambungan LAN wayarles semasa dan mengubah skrin tayangan ke skrin tunggu sedia sambungan LAN. 2. Lakukan salah satu operasi di bawah.
Seting Rangkaian Projektor Terdapat dua jenis seting rangkaian projektor: seting asas yang boleh dikonfigurasi oleh projektor sahaja, dan seting yang lebih terperinci yang boleh dikonfigurasi dengan menggunakan komputer yang bersambung ke projektor melalui sambungan LAN bagi mencapai halaman Pentadbir Projektor. z Bagi mendapatkan maklumat tentang seting rangkaian asas yang boleh dikonfigurasi pada projektor sahaja, lihat “Menggunakan Menu Persediaan Projektor” (di bawah).
Untuk memaparkan maklumat LAN berwayar (Siri XJ-M sahaja) 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Info LAN berwayar” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan kotak dialog Info LAN berwayar. Jadual di bawah menerangkan maklumat yang muncul pada kotak dialog. Nama Item 4.
Untuk memaparkan maklumat LAN wayarles 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Info LAN wayarles” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan kotak dialog “Info LAN wayarles”. Jadual di bawah menerangkan maklumat yang muncul pada kotak dialog. Nama Item 4.
Untuk menukar SSID 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting LAN Wayarles Projektor” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 4. Pastikan “SSID” dipilih dan tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan senarai SSID yang boleh dipilih.
Untuk menukar seting IP 1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan. 2. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 3. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting LAN Wayarles Projektor” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. 4. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Seting IP” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Dengan projektor Siri XJ-M anda boleh menjalankan langkah di bawah bagi menggantikan langkah 3 dan 4 di atas, jika anda mahu.
7. Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu mengemas kini seting rangkaian. 8. Tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini mengenakan perubahan seting IP kepada projektor dan menutup kotak dialog.
Menggunakan Halaman Pentadbir Projektor Anda boleh menggunakan pelayar web komputer untuk mencapai halaman Pentadbir Projektor yang diterangkan di bawah untuk melihat maklumat dan seting, dan untuk melakukan pelbagai operasi. Gunakan halaman ini: Untuk melakukan ini: Rujuk kepada: System Status Lihat versi perisian tegar dan maklumat rangkaian (alamat IP, dsb.) projektor “Untuk memaparkan status sistem” (halaman 58) Control Panel Konfigurasi seting rangkaian di bawah.
Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Wayarles Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, anda boleh melakukan operasi Network Connection pada komputer untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor. Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN wayarles 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles.
Melog masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Berwayar (Siri XJ-M Sahaja) Dengan projektor Siri XJ-M, anda boleh melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui LAN berwayar tanpa menggunakan Network Connection. Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar 1. Lakukan salah satu operasi di bawah untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui sambungan LAN berwayar.
Untuk mengubah alamat IP komputer berdasarkan pada alamat IP projektor dan bersambung melalui LAN berwayar 1. Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan komputer secara terus ke projektor. Operasi Projektor 2. Pilih “Manual” untuk seting IP projektor. (1) Jalankan langkah berikut untuk memaparkan kotak dialog Seting IP: Kekunci [MENU] 3 “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor”. z Seting lalai asal untuk “Seting IP” ialah “Auto”. (2) Tekan kekunci [X] untuk memilih “Manual” untuk “Seting IP”.
Untuk mengubah alamat IP projektor berdasarkan pada alamat IP komputer dan bersambung melalui LAN berwayar z Gunakan prosedur di bawah apabila anda mengetahui alamat IP komputer. 1. Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan komputer secara terus ke projektor. 2. Nyatakan alamat IP projektor secara manual. (1) Jalankan langkah berikut untuk memaparkan kotak dialog Seting IP: Kekunci [MENU] 3 “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor”. z Seting lalai asal untuk “Seting IP” ialah “Auto”.
Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan komputer z Prosedur di bawah menganggap bahawa pelayan DHCP berjalan pada rangkaian yang dipunyai oleh penghala, dan terdapat sambungan LAN antara komputer dan penghala. 1. Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan projektor ke penghala yang merupakan tempat komputer disambungkan melalui LAN. 2. Pada projektor, pilih “Auto” untuk “Seting IP”.
Operasi Disokong selepas Melog Masuk ke Halaman Projector Admin Untuk memaparkan status sistem 1. Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir Projektor. z Ini akan memaparkan halaman “System Status”. Jadual di bawah menerangkan maklumat yang muncul pada halaman. Nama Item 2.
Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Control Panel z Seting rangkaian pada halaman “Control Panel” terbahagi antara dua kumpulan. Kumpulan 1 : Projector Name, Login Code Kumpulan 2 : Show User Name, IEEE 802.11n (Wi-Fi), Channel Width Apabila melakukan prosedur di bawah, anda perlu mengkonfigurasikan seting hanya dalam kumpulan tunggal dan kemudian mengenakannya dengan mengklik butang Guna yang berkenaan ([Apply1] untuk Kumpulan 1 atau [Apply2] untuk Kumpulan 2).
5. Untuk memulakan semula projektor dan mengaktifkan seting yang berubah, klik [OK]. z Untuk membatalkan memulakan semula projektor tanpa menukar seting, klik [Batal] bukannya [OK]. z Mengklik [OK] akan mengaktifkan seting yang berubah dan memulakan semula projektor. Sambungan LAN antara projektor dan komputer akan diputuskan pada masa ini. Untuk mengkonfigurasikan seting rangkaian halaman Network Settings 1.
Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Dayakan/Nyahdayakan siaran SSID Dalam kawasan “Wireless Settings”, pilih “Enable” atau “Disable” untuk “SSID Broadcast”. Nyatakan saluran untuk komunikasi LAN wayarles Dalam kawasan “Wireless Settings”, klik [T] pada sebelah kanan kotak “Channel” . Pada senarai yang muncul, pilih saluran daripada 1 hingga 11. Nyatakan auto pilihan saluran LAN wayarles yang akan digunakan Dalam kawasan “Wireless Settings”, klik [T] pada sebelah kanan kotak “Channel” .
Untuk menukar kata laluan bagi melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor z Prosedur di bawah juga boleh digunakan untuk menukar kata laluan untuk melog masuk ke halaman “Transfer File” . Untuk maklumat tentang halaman “Transfer File”, lihat “Memuat naik Fail ke Memori Dalaman Projektor” (halaman 67). 1. Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir Projektor. 2. Pada anak tetingkap kiri, klik “Change Passwords”.
Untuk mengasalkan semua seting pada halaman Pentadbir Projektor 1. Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir Projektor. 2. Pada anak tetingkap kiri, klik “Initialize Settings”. z Ini akan memaparkan halaman “Initialize Settings” . 3. Klik [Apply]. z Ini akan memaparkan kotak dialog yang bertanya sama ada anda mahu memulakan semula projektor. 4.
Mengawal Projektor dari jauh Melalui Sambungan LAN Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk mengawal projektor dari komputer atau peranti luaran lain melalui sambungan LAN. Untuk mengawal projektor dari jauh dari komputer yang bersambung melalui LAN 1. Merujuk kepada “Melog Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor melalui Sambungan LAN Wayarles” (halaman 53), log masuk ke halaman Pentadbir Projektor. 2. Dalam anak tetingkap kiri, klik “Control Panel”. z Ini akan memaparkan halaman “Control Panel”.
3. Setelah anda selesai dengan operasi kawalan jauh, klik “Logout” untuk log keluar dari halaman Pentadbir Projektor. z Projektor Siri XJ-M menyokong peranti luaran dan perintah di bawah. Peranti Luaran dan Perintah Semua perintah PJLink Class1 (Versi 1.00) Rujuk kepada: http://pjlink.jbmia.or.jp/english/ Perintah pengawal dan perisian Crestron Electronic (RoomView®) http://www.crestron.com/ Penemuan Peranti AMX http://www.amx.
Item Kawalan Jauh Halaman Control Panel Kumpulan Item Refresh (Butang) Projector Status Projector Control Penerangan Klik untuk segar semula skrin dengan maklumat terkini. Projector Status Menunjukkan status semasa projektor sebagai sama ada “ON” atau “Standby”. Error Info Menunjukkan satu daripada berikut. No Error: Beroperasi seperti biasa. Temperature Error: Ralat suhu telah berlaku. Fan Error: Ralat kipas telah berlaku. Light Error: Ralat unit sumber cahaya telah berlaku.
Operasi Pemapar Fail Projektor Bahagian ini menerangkan bagaimana menggunakan pelayar web untuk mencapai memori dalaman untuk memuat naik fail dan memadam fail sedia ada. Ia juga memberikan maklumat tentang operasi Pemapar Fail yang anda boleh jalankan dengan pelayar web. Memuat naik Fail ke Memori Dalaman Projektor Anda perlu log masuk ke halaman “Transfer File” untuk memuat naik fail ke memori dalaman projektor.
3. Pada anak tetingkap kiri, klik “Transfer File”. Pada skrin input kata laluan yang muncul, masukkan kata laluan. z Kata laluan lalai awal ialah “admin”. 4. Klik butang [Login]. z Jika log masuk berlaku seperti biasa, halaman “Transfer File” akan muncul.
Untuk log masuk ke halaman Transfer File melalui sambungan LAN berwayar (Siri XJ-M Sahaja) Lihat “Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar” (halaman 54). Pada langkah 6 dalam prosedur, klik “Transfer File” dan bukannya “Projector Admin”. Ambil perhatian bahawa kata laluan lalai asal ialah “admin”. Untuk log keluar dari halaman Transfer File Pada sudut atas kanan tetingkap pelayar web, klik “Logout”. Ini mengembalikan halaman atas projektor.
Operasi Disokong semasa Log Masuk ke Halaman Transfer File Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Muat naik fail ke memori dalaman projektor (1) Klik [Browse] atau [Select File]. z Ini memaparkan kotak dialog “Buka Fail” . (2) Klik pada fail (satu saja) yang anda mahu muat naik. z Format fail yang boleh dimuat naik adalah format yang disokong untuk main semula oleh Pemapar Fail projektor (JPEG, PNG, GIF, BMP, AVI, MOV, MP4, ECA, PtG, PDF). (3) Klik [Buka].
Operasi Pemapar Fail Projektor Bahagian ini menerangkan operasi butang yang anda boleh gunakan pada pelayar web komputer untuk menjalankan operasi Pemapar Fail projektor. Memaparkan Halaman Viewer Control Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, anda boleh melakukan operasi Network Connection pada komputer untuk memaparkan halaman “Viewer Control” tanpa memasukkan kata laluan.
3. Pada anak tetingkap kiri, klik “Viewer Control”. z Untuk memaparkan halaman “Viewer Control” seperti yang ditunjukkan di bawah, dan memulakan tayangan skrin utama Pemapar Fail oleh projektor. Untuk maklumat mengenai operasi yang boleh anda lakukan pada masa ini, lihat “Operasi Halaman Viewer Control” (halaman 72). Semasa Pemapar Fail ditayangkan, butang-butang ini melakukan operasi yang sama seperti butang yang sepadan pada alat kawalan jauh yang dibekalkan bersama projektor.
Lampiran Menggunakan Pendeta Token Anda boleh menggunakan pendeta token Network Connection untuk menyalin Network Connection ke pemacu kilat USB. Selepas berbuat demikian, anda boleh menjalankan Network Connection pada komputer yang tidak memasang program tersebut hanya dengan memasang pemacu kilat USB (dipanggil “Token USB”) ke dalam port USB komputer. Penggunaan token USB adalah disyorkan apabila menyambung ke projektor dari berbilang komputer.
4. Klik butang [Next>]. z Ini akan memasang Network Connection pada pemacu kilat USB yang ditentukan. Mesej “Wizard ended normally.” muncul pada paparan setelah proses pemasangan selesai. 5. Klik [Exit] untuk menutup skrin pendeta token. Untuk menggunakan token USB untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui LAN wayarles. Sambungkan token USB kepada port USB komputer dan klik dua kali pada ikon Network Connection dalam token.
Menggunakan C-Assist untuk Menayang dari Peranti Pintar Memasang C-Assist pada peranti pintar Android atau iOS membolehkan imej peranti pintar ditayangkan dari projektor. C-Assist juga membolehkan peranti pintar digunakan untuk mengawal komputer yang bersambung dengan projektor. Syarat-syarat berikut diperlukan untuk melakukan operasi ini.
Penyelesaian Masalah Sambungan LAN wayarles antara Projektor dan Komputer Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Saya tidak dapat mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. z Jika sebarang utiliti LAN wayarles selain daripada Network Connection sedang berjalan di komputer, tutupkannya. z Cuba dekatkan projektor dengan komputer. Pastikan juga tidak ada dinding atau halangan lain di antara projektor dan komputer.
Halaman Pentadbir Projektor Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Halaman Pentadbir Projektor tidak muncul apabila saya cuba mencapainya dari Network Connection. Pelayar yang anda gunakan mungkin dikonfigurasikan untuk menggunakan pelayan proksi. Oleh kerana konfigurasi pelayan proksi boleh menghalangnya dari mencapai halaman Pentadbir Projektor, anda perlu mengubah konfigurasi pelayar anda. Untuk maklumat tentang seting pelayar proksi, lihat dokumentasi bantuan dan pengguna lain untuk pelayar anda.
MA1405-A