User Manual

10
Sambungkan penyesuai wayarles YW-40 yang dibekalkan dengan projektor ke port USB-A projektor,
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
Jika “Hidup” dipilih untuk “Pasang dan Main” pada menu persediaan, operasi yang diperihalkan di
bawah akan dijalankan apabila penyesuai wayarles disambungkan ke projektor.
z Jika penyesuai wayarles disambungkan ketika kuasa projektor dihidupkan
Selepas sambungan, sumber input akan bertukar kepada sama ada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau
“Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula secara
automatik.
z Jika penyesuai wayarles disambungkan dan kemudian kuasa projektor dihidupkan
Memulakan projektor akan menyebabkan sumber input bertukar kepada “Wayarles” (Siri XJ-A) atau
“Rangkaian” (Siri XJ-M) dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula secara
automatik.
z Jangan sekali-kali cuba menggunakan penyesuai wayarles yang dibekalkan dengan projektor
bersama-sama sebarang jenis peranti lain.
Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor
*
Awas
Jauhkan penyesuai wayarles yang dibekalkan dengan projektor daripada
capaian kanak-kanak kecil. Jika penyesuai ditelan secara tidak sengaja, ia
boleh mengganggu pernafasan dan mengakibatkan situasi yang mengancam
nyawa.
Siri XJ-A Siri XJ-M
Skrin Tunggu Sedia Sambungan LAN (Skrin Sistem Persembahan Rangkaian)